JOHOR BAHRU: Kebijaksanaan Sultan Ibrahim dalam memakmurkan Johor sepanjang menaungi negeri itu pastinya akan dapat membawa Malaysia ke tahap lebih maju sepanjang lima tahun penggal pemerintahan Seri Paduka Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam satu temu bual khas bersama Bernama baru-baru ini berkongsi bahawa Seri Paduka Baginda sangat menitikberatkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum dan agama yang merupakan kunci kemakmuran serta kemajuan sesebuah negeri atau negara.
"Melihat cara Sultan Ibrahim mentadbir Johor, saya yakin Seri Paduka Baginda akan buat perkara sama di peringkat negara," katanya.
Selain itu, Onn Hafiz berkata isu-isu melibatkan kehidupan rakyat dan perpaduan kaum sentiasa menjadi topik perbincangan antara beliau dengan Sultan Ibrahim termasuk dalam situasi tidak formal dan santai seperti ketika program Kembara Mahkota Johor (KMJ).
"Saya selalu berkongsi kenderaan dengan Seri Paduka Baginda ketika mengunjungi daerah-daerah Johor dalam program KMJ. Sultan Ibrahim gemar bercerita mengenai sejarah Johor dan daerah-daerah yang dilawati, pada masa sama mengingatkan saya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat di setiap daerah berkenaan," katanya.
KMJ yang diilhamkan oleh Sultan Ibrahim pada 2001 ketika bergelar Tunku Mahkota Johor bertujuan menyelami denyut nadi rakyat jelata dan sejak itu, KMJ menjadi satu daripada acara utama tahunan Johor sekali gus merapatkan hubungan Istana Johor dengan rakyat.
Selain itu, Onn Hafiz berkata Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah sememangnya berjiwa rakyat dan cakna dengan isu serta permasalahan yang dihadapi masyarakat pelbagai lapisan peringkat.
"Seri Paduka Baginda berdua memang raja yang tegas tetapi sangat penyayang sifatnya dan sangat menjiwai rakyat. Misalnya ketika negara berdepan pandemik COVID-19, keluarga diraja Johor telah menyumbangkan lebih RM180 juta dalam tempoh singkat untuk membantu rakyat seluruh negeri.
"Apa sahaja yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda berdua akan menyentuh keperluan rakyat sebagai contoh keperluan tambahan hospital di negeri ini yang tidak mencukupi dan pelebaran Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), syukur berkat titah Kebawah Duli Tuanku, kelulusan telah diberi untuk projek berkenaan," katanya.
Pelebaran Lebuhraya PLUS daripada empat kepada enam lorong dilanjutkan dari Sedenak ke Simpang Renggam dengan kos RM931 juta diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Belanjawan 2024 pada Oktober tahun lepas.
Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan berlangsung di Istana Negara pada 20 Julai dan bersempena dengan istiadat itu, BERNAMA TV akan menyiarkan dokumentari "Di Sebalik Mahkota" pada 19 Julai ini.
Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2024

Onn Hafiz ketika ditemui dalam satu wawancara di Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor, Saujana, baru-baru ini. -- fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Sultan Ibrahim selamat jalani rawatan di luar negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu dalam hantaran yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Tiada undian 7-2 di Majlis Raja-Raja, beberapa individu dikenal pasti - Fahmi
Kerajaan menafikan dakwaan yang tular di media sosial mengenai kononnya terdapat undian dengan keputusan 7-2 dalam sidang Majlis Raja-Raja, baru-baru ini.

UiTM anjur solat hajat doa kesejahteraan, kesembuhan Agong
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengadakan Solat Hajat Khas di Masjid UiTM Shah Alam bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Jemaah Menteri doakan kesembuhan Yang di-Pertuan Agong
Jemaah Menteri mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesembuhan dan selamat menerima rawatan perubatan di luar negara.

Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.

Waspada akaun Instagram palsu menyamar sebagai Raja Permaisuri Agong
Akaun ini adalah palsu dan menyamar menggunakan identiti Raja Permaisuri Agong.

Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-268 di Istana Negara, hari ini.

Agong terima menghadap Panglima Angkatan Tentera
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar di Istana Negara hari ini.

Ahmad Zahid, Fadillah junjung titah Agong, Parlimen sebagai platform semak, imbang
Ahmad Zahid dan Fadillah menjunjung titah Sultan Ibrahim bahawa Parlimen mesti berfungsi sebagai platform semak dan imbang.

'Pertahan kedaulatan negara, biarpun hanya seketul batu karang di lautan' - Agong
Jika kedaulatan tercabar, perlu ada tindakan tegas oleh pihak kerajaan, sama ada melalui saluran diplomatik, undang-undang mahupun pertahanan.