Kebersamaan dalam kalangan anggota ASEAN adalah penting dalam mencapai matlamat untuk mewujudkan kawasan yang selamat serta lebih stabil, dan muncul sebagai rantau paling berjaya, kata Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Berucap di Forum Putrajaya 2018 di sini hari ini, beliau berkata bagi mencapai matlamat itu, ASEAN harus bersama-sama melipatgandakan usaha serta mengintegrasikan kapasiti dan keupayaannya dalam menjalin hubungan kerja yang lebih kukuh sehingga ke peringkat bawah.
"Ketika cabaran terhadap keselamatan serantau adalah besar, peluang dan laluannya hanya substantif.
"Ini sepatutnya menjadi pendirian kita kerana kita berusaha untuk menjadikan Asia Tenggara lebih selamat dan makmur," katanya pada forum bertajuk "Regional Security Crescendos and Its Implication on Stability".
Turut hadir, Menteri Pertahanan Indonesia, Ryamizard Ryacudu; Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen; dan Setiausaha Pertahanan Filipina Ricardo David Jr.
Forum itu dianjurkan bersempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NatSec Asia) 2018 yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada Ahad.
Hishammuddin menegaskan sebagai sebuah rantau, ASEAN sudah mengalami era keamanan dan kestabilan yang belum pernah berlaku sebelum ini, walaupun menghadapi tekanan dan ancaman yang datang dari luar rantau ini.
"Ketika dunia berhempas-pulas menangani ancaman keganasan yang serius, sangat penting bagi kita untuk berbincang dan merangka pelan tindakan bagi memastikan rantau kita bebas daripada menghadapi keganasan tidak berperikemanusiaan ini," katanya.
Justeru, beliau percaya Forum Putrajaya ini dapat menyumbang dan membawa intergrasi keselamatan ASEAN ke tahap lebih tinggi.
Sementara itu, Ryamizard percaya perbincangan dan berkongsi pandangan secara kerap dan berkesan melalui mekanisme sedia ada seperti Pemukiman Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM), ADMM-Plus dan Forum Putrajaya adalah penting bagi mengekang ancaman bukan fizikal yang bertujuan menghancurkan pemikiran masyarakat ASEAN.
Beliau berkata pada masa kini, ASEAN berdepan empat isu keselamatan yang serius - isu Korea Utara, Ketegangan di Laut China Selatan, Isu Keselamatan Trilateral di Laut Sulu daripada ancaman Daish di Asia Timur dan pergolakan krisis Rohingya.
Dalam perkembangan berkaitan, Ng berkata ADMM-Plus terutamanya, adalah platform pertahanan dan keselamatan paling penting bagi rantau ini, dan menjadi satu kemestian untuk menggandakan usaha dalam membina daya tahan dan meningkatkan kerelevanannya.
Forum Putrajaya merupakan forum antarabangsa dwitahunan yang dianjurkan Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MIDAS) sebagai platform untuk mengumpul dan berkongsi pandangan berhubung isu pertahanan dan keselamatan dalam kalangan wakil kerajaan, ahli akademik dan pemain industri.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 16 2018
HISHAMMUDDIN: Ini sepatutnya menjadi pendirian kita kerana kita berusaha untuk menjadikan Asia Tenggara lebih selamat dan makmur. -Gambar fail
LHDN terima 114 juta rekod e-invois setakat 26 Dis
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 114 juta e-invois daripada 9,000 pembayar cukai setakat semalam.
Saham TNB melonjak pada sesi awal susulan cadangan tarif baharu
Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
GMS penting untuk pemusatan ASEAN, kata ahli akademik
GMS yang dimulakan oleh Bank Pembangunan Asia pada 1992, terdiri daripada Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand, Vietnam serta wilayah Yunnan dan Guangxi di China.
Kepengerusan ASEAN: MAHB tingkat sistem pengurusan operasi, keselamatan lapangan terbang
MAHB akan meningkatkan kemudahan infrastruktur, sistem pengurusan operasi dan tahap keselamatan di lapangan terbang.
Ringgit ditutup tinggi mendapat rangsangan daripada kenaikan harga minyak
Ringgit mengekalkan trajektori menaiknya untuk ditutup tinggi hari ini berbanding dolar AS dan beberapa mata wang utama lain, mendapat rangsangan terutamanya daripada kenaikan harga minyak.
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mencatat pemulihan kukuh apabila ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan kenaikan harga komoditi dan bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah.
Prabowo demam, mohon pertemuan dengan Anwar ditangguh
Anwar menerusi perkongsian di laman media sosialnya berkata, Prabowo memohon untuk menangguhkan pertemuan tersebut kerana mengalami demam.
Malaysia akan sesuaikan diri dengan era Trump, kata Anwar
Anwar menegaskan kepentingan AS sebagai pelabur kumulatif utama Malaysia, di samping kuasa besar global lain seperti China dan Jerman.
PM Anwar seru kebangkitan kedua ASEAN untuk bentuk masa depan mampan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa era transformatif bagi Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) ketika Malaysia bersedia untuk memegang jawatan pengerusi blok itu pada 2025.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, merupakan hari dagangan ketujuh berturut-turut mencatatkan penurunan.