MELAKA: Kebenaran menunaikan solat Jumaat secara sementara di 228 buah surau di seluruh negeri Melaka yang dikeluarkan sebelum ini susulan pandemik COVID-19, di hentikan berkuat kuasa 19 Ogos ini.
Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil berkata, keputusan itu dibuat selaras dengan syor daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bersidang pada 27 Jun lalu.
“Ini bermakna 12 Ogos 2022 adalah Jumaat terakhir bagi semua surau yang berkenaan dan selepas tarikh tersebut semua anak kariah hendaklah kembali mendirikan solat Jumaat di masjid kariah,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Penamatan kebenaran sementara solat Jumaat di surau-surau berkenaan, kata beliau, dibuat berdasarkan beberapa justifikasi termasuk ruang masjid masih boleh menampung kapasiti jemaah dalam satu-satu masa.
“Di samping mengimarah dan meninggikan syiar Islam di masjid-masjid serta mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat melalui penglibatan bersama dalam aktiviit-aktiviti masjid," kata beliau hari ini.
Bagaimanapun, kata Abdul Halim, hanya dua surau yang masih diberi kebenaran sementara untuk mendirikan solat Jumaat iaitu di Kampung Serkam Darat dan Kampung Gelam berikutan masjid kariah itu sedang diubah suai serta dalam proses pembinaan semula.
Katanya, pihaknya turut berterima kasih kepada semua jawatankuasa surau yang bertanggungjawab membolehkan lebih ramai umat Islam di negeri ini mendirikan Jumaat dalam tempoh COVID-19.
“Bagi pihak Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka dan kerajaan negeri, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua surau yang telah mengambil tanggungjawab mendirikan Jumaat walaupun secara sementara dalam tempoh COVID-19 ini.
“Semoga keputusan ini dapat meningkatkan martabat dan syiar Islam di negeri ini dan mengukuhkan perpaduan dan kesatuan ummah dalam negeri Melaka,” tambahnya.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Aug 11 2022
Kebenaran menunaikan solat Jumaat secara sementara di 228 buah surau di seluruh negeri Melaka yang dikeluarkan sebelum ini susulan pandemik COVID-19, di hentikan berkuat kuasa 19 Ogos ini. - Gambar hiasan
AS sahkan kes baharu selesema burung H5 melibatkan manusia di California
Tiada kaitan ditemukan antara kedua-dua kes setakat ini, menandakan ia kejadian berasingan penularan virus dari haiwan kepada manusia.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
[LAPOR LANGSUNG] Pengganti Hassan Nasrallah, Hashem Safieddine sasaran terbaharu Israel
Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menjadikan Hashem Safieddine iaitu pengganti pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah sebagai sasaran baharu.
Penjaga rumah amal GISB mengaku tidak bersalah dera kanak kanak
Mohd Syahid Hanapiah mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun di Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini.
UNL: Kylian Mbappe tercicir dalam skuad Perancis
Mbappe terus diketepikan daripada skuad Perancis untuk perlawanan Liga Negara-Negara (UNL).
AWANI Pagi: Kenali Melayu Cocos
Sebut sahaja Melayu Cocos mungkin ramai yang membayangkan Pulau Krismas dan Kepulauan Cocos (Keeling), Australia, lokasi di mana sebahagian besar komuniti ini berada.
Namun tidak ramai yang tahu komuniti unik ini juga berada di Sabah, Malaysia terutamanya di Tawau, Lahad Datu dan Kunak. Sejauh mana adat dan budaya mereka dikekalkan di sini?
#AWANIPagi
Namun tidak ramai yang tahu komuniti unik ini juga berada di Sabah, Malaysia terutamanya di Tawau, Lahad Datu dan Kunak. Sejauh mana adat dan budaya mereka dikekalkan di sini?
#AWANIPagi
Angka korban Taufan Helene melebihi 200 di Amerika Syarikat
Sekurang-kurangnya 204 orang disahkan maut di enam negeri akibat Taufan Helene sejak ia melanda Florida seminggu lalu.
4 rakyat Malaysia di Lubnan selamat tiba di KLIA, seorang lagi petang ini - Wisma Putra
Wisma Putra sedang berusaha untuk memastikan baki 16 rakyat Malaysia bersama keluarga mereka dapat dipindahkan dengan selamat.
Pasukan pengaman PBB di Lubnan teruskan misi, bersiap sedia untuk pelbagai senario
Pasukan UNIFIL berasa bertanggungjawab terhadap mandat yang diberikan kepada mereka oleh Majlis Keselamatan.
Lubnan kemuka aduan terhadap Israel di PBB susulan pencerobohan darat
Aduan terbabit mengecam pencerobohan terhadap kedaulatan Lubnan dan kemasukan pasukan Israel ke dalam sempadan Lubnan sejak malam 1 Okt.
PM tunai solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Aziz Pulau Indah
Beliau bersama jemaah lain diperdengarkan bacaan khutbah Jumaat bertajuk Kenapa GISB buat begini kepada Kanak-Kanak?
PM Anwar dijamu nasi kandar bersama rakyat, lawat Hospital Bukit Mertajam
Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menikmati sajian makan tengah hari bersama rakyat di Kedai Tok, Simpang Tiga Kubang Semang, Bukit Mertajam.
PM Anwar "diserbu" murid sekolah ketika makan tengah hari
Perdana Menteri "diserbu" sekumpulan murid sekolah ketika sedang menikmati makan tengah hari di gerai An-Najah Presint 9 Putrajaya hari ini.
Tak perlu tunggu solat Jumaat selesai, wanita boleh sembahyang Zuhur terus
Perkara itu seakan sudah sebati dalam masyarakat kita sejak sekian lama walaupun sebenarnya, wanita tidak tertakluk kepada 'syarat' itu.
Agong berkenan solat Jumaat di surau utama Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong berkenan menunaikan solat Jumaat di Surau Utama Istana Negara hari ini.
Umat Islam tunai solat hajat, doakan kesejahteraan negara, rakyat
Ribuan jemaah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin menunaikan solat hajat bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan negara khususnya daripada ditimpa banjir.
'Mohammad Zaharif bersiap untuk solat Jumaat sebelum dilanggar'
Menjadi rutin adik bongsunya berkumpul bersama rakan setiap Jumaat setelah habis waktu sekolah di hadapan masjid sementara menunggu waktu solat.
Agong berkenan solat Jumaat di Masjid Raja Lumu
Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah pada pukul 12.54 tengah hari di masjid tersebut disambut Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Sultan Selangor lancar e-Khutbah
Sultan Sharafuddin bertitah laman web berkenaan menghimpunkan koleksi 23 tahun khutbah bertulisan jawi dan rumi.
PM solat Jumaat bersama komuniti Islam San Francisco
Anwar yang solat bersama sekitar 250 jemaah komuniti Islam di San Francisco diimamkan oleh Maulana Faiz Vaid.