IPOH: Pelajar berusia 17 tahun, Mohammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, yang maut akibat dilanggar sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, di sini semalam dalam persiapan ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.
Abang mangsa, Zarul Fitri Muhd Zamrie, 29, berkata menjadi rutin adik bongsunya itu berkumpul bersama rakan-rakannya setiap Jumaat dengan motosikal masing-masing setelah habis waktu sekolah di hadapan masjid berhampiran sementara menunggu waktu solat Jumaat.
"Semalam mungkin hari terakhir sekolah, mereka teruja jumpa kawan-kawan dan raikan dengan cara mereka sendiri berborak sambil berkumpul di hadapan masjid sebelum menunaikan solat Jumaat," katanya ketika ditemui media di kediamannya hari ini.
Semalam, Mohammad Zaharif Affendi yang menunggang motosikal dilanggar sebuah kereta ketika dalam perjalanan pulang dari sekolahnya di SMK Jati dalam kejadian kira-kira 12.40 tengah hari dan kejadian itu tular di media sosial.
Susulan itu, seorang lelaki berusia 44 tahun yang juga pegawai kanan polis ditahan dan direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
Sementara itu, ibu mangsa, Mimi Julia Ismail, 50, berkata Allahyarham anaknya seorang yang sangat baik dan jarang menolak jika ada individu meminta tolong.
"Arwah dikurniakan kebolehan membaiki motosikal, malah sering membantu rakan-rakannya membaiki motosikal di rumah ini.
"Arwah memang berimpian mahu membuka bengkel perusahaan membaiki motosikal suatu hari nanti," katanya sebak.
Mimi Julia, yang mengusahakan kedai makan Restoran Mimiz berhampiran sekolah anaknya itu sejak sembilan tahun lepas, berkata anak bongsu dari empat beradik itu sejak seminggu lepas bertukar tabiat apabila gemar makan di waktu tengah malam.
Menurutnya dia ada menegur Mohammad Zaharif Affendi yang berat badannya semakin bertambah kerana makan malam dan menasihati anaknya itu kerana tabiat tersebut tidak sihat untuk kesihatan.
"Dia habiskan susu saya dalam peti sejuk, dia makan mi segera tengah malam, mulanya saya tak perasan tapi bila dia dah tak ada rupanya itu adalah petanda dia nak pergi," katanya.
Menceritakan detik ketika mengetahui tentang kematian anaknya, Mimi Julia berkata dia mengetahuinya daripada pelanggan yang makan di kedainya dan kejadian itu dilihatnya sendiri kerana kedai makan itu hanya 100 meter dari tempat kejadian.
"Saya tahu anak saya terlibat, tetapi saya tak sampai hati untuk lihat dia bergelut dengan ajalnya, jadi saya tidak pergi ke tempat kejadian itu, malah ke rumah mayat hospital juga saya tidak sanggup pergi," katanya.
Dalam pada itu, kakak Allahyarham, Nur Zawanie Muhd Zamrie, 28, yang juga seorang jururawat berkata dia yang hendak untuk ke tempat kerja berkejar dari kedai makan ibunya setelah mengetahui kemalangan itu melibatkan adiknya.
"Ketika saya pangku dia masih bernyawa, tetapi lemah. Dia hanya berkata sakit dada dan matanya tak nampak sebelum tidak sedarkan diri, saya cuba bagi bantuan pernafasan (CPR) sementara menunggu ambulans tiba tetapi dia tidak dapat diselamatkan," katanya.
Nur Zawanie berkata dia sekeluarga memohon agar siasatan dilakukan dengan telus walaupun kejadian itu melibatkan pegawai atasan polis.
"Biarpun adik buat salah, tetapi dia remaja mungkin dia tidak matang, tetapi bukan kuasa dia (pelaku) untuk ambil nyawa adik saya sebegitu, saya mahu keadilan untuk adik saya ditegakkan," katanya yang turut bercadang melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 16 2023
Mimi Julia kelihatan sedih sambil menunjukkan gambar arwah anaknya di kediaman keluarganya di Taman Chepor Sentosa Chemor hari ini. -Bernama
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mohammad Zaharif bersiap untuk solat Jumaat sebelum dilanggar'
Menjadi rutin adik bongsunya berkumpul bersama rakan setiap Jumaat setelah habis waktu sekolah di hadapan masjid sementara menunggu waktu solat.