SHAH ALAM: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) masih melakukan pemantauan dan pensampelan pada kekerapan setiap 30 minit di beberapa lokasi berpotensi di Sungai Langat susulan insiden kebakaran melibatkan beberapa kilang di Pusat Perindustrian Budiman, Kajang, awal pagi semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor Hee Loy Sian dalam kenyataan berkata pemantauan statik turut dilaksanakan di jambatan Teras Jernang.
Beliau berkata sehingga kini, LUAS masih meneruskan kawalan dan pemantauan di lokasi kebakaran bagi memastikan aliran sisa dikawal sepenuhnya.
Hee berkata pensampelan LUAS di Sungai Langat semalam, telah mengesan bau sebanyak dua ton dan pihak Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah dimaklumkan segera.
Susulan itu, menurut Hee penyaluran air mentah ke muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Batu 11, Cheras terpaksa ditutup sementara selama tiga jam bermula 3 petang semalam untuk pencegahan impak yang lebih teruk kepada operasi loji.
"Hasil daripada usaha pencegahan segera ini, penyaluran air mentah ke LRA berkenaan dengan kapasiti 27 juta liter sehari (JLH) dan kemampuan bekalan kepada anggaran 8,779 akaun di sekitar 30 kawasan di Cheras dan Balakong dapat beroperasi semula pada 6 petang setelah bacaan bau 0 ton direkodkan tiga kali berturut-turut," katanya.
Semalam media melaporkan tujuh kilang dan satu stor simpanan barangan musnah manakala dua lagi rosak teruk akibat kebakaran di kawasan perindustrian terbabit yang berlaku kira-kira 2 pagi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 01 2023

LUAS masih meneruskan kawalan dan pemantauan di lokasi kebakaran bagi memastikan aliran sisa dikawal sepenuhnya. - Gambar/ LUAS

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Dua pekerja melecur, kilang proses minyak sawit mentah terbakar
Dua pekerja lelaki warga tempatan dan Indonesia melecur tahap dua dalam kejadian kebakaran di sebuah kilang memproses minyak sawit mentah di Taman Nilai di sini hari ini.

Kebakaran kilang: Seorang lagi pekerja kilang disahkan maut
Seorang lagi individu meninggal dunia, Khamis lalu dalam kebakaran kilang di kawasan perindustrian Sungai Puloh, Aman Perdana baru-baru ini.

Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.

Tiga cedera dalam kebakaran kilang di Iskandar Puteri
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M.Kumarasan berkata, tiga lelaki terbabit dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan lanjut.

Kebakaran kilang sebabkan pencemaran Sungai Rinting
JAS jalankan siasatan selepas terima aduan mengenai bangkai ikan ditemui terapung di permukaan dan bau air tercemar di Sungai Rinting semalam.

23 maut kebakaran kilang, CEO syarikat bateri Korea Selatan ditahan
CEO syarikat pengeluar bateri Aricell Korea Selatan, ditangkap atas dakwaan pelanggaran keselamatan berikutan kebakaran besar di satu daripada kilang syarikat itu yang meragut 23 nyawa.

Letupan bahan kimia, penduduk diminta berlindung daripada asap toksik
Pihak berkuasa tempatan bergegas ke sebuah kilang di Derrimut, barat Melbourne selepas letupan yang berpunca daripada bahan kimia mencetuskan kebakaran pada Rabu, lapor Xinhua.

Kilang bateri terbakar di Korea Selatan, 22 maut, 3 cedera
Sekurang-kurangnya 22 individu maut manakala tiga lagi cedera selepas sebuah kilang pembuatan bateri utama di selatan Seoul, terbakar pada Isnin.

Bangunan kilang hasilkan ubat musnah terbakar di Ipoh
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A tempat penghasilan ubat berkeluasan 70 x 60 kaki yang terbakar dalam lingkungan 80 peratus.

Kebakaran 9 kilang, 11 jam baru api padam sepenuhnya
Kebakaran membabitkan sembilan kilang kelas B, dengan api marak menyebabkan kemusnahan 100 peratus.