KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Selangor, Melaka dan Perak semakin pulih apabila jumlah mangsa serta pusat pemindahan sementara (PPS) semakin berkurangan.
Di SELANGOR, portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara memaklumkan sehingga 8.28 pagi tadi, jumlah PPS beroperasi di Sepang semakin berkurang daripada enam PPS yang dibuka semalam kepada tiga dan kini hanya menempatkan 55 mangsa daripada 15 keluarga.
Tiga PPS yang masih dibuka itu adalah di Sekolah Rendah Agama Kampung Giching (34 mangsa), Sekolah Rendah Agama Kampung Labu Lanjut (20 mangsa) dan Balai MPKK Kampung Giching yang kekal menempatkan seorang mangsa banjir.
Jumlah mangsa banjir di MELAKA pula terus menurun pada 8 pagi ini membabitkan 99 mangsa daripada 29 keluarga berbanding 305 mangsa daripada 83 keluarga pada 4 petang semalam.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kolonel Cuthbert John Martin Quadra berkata 38 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel di Jasin.
"Di Alor Gajah, 34 mangsa daripada 12 keluarga ditempatkan di PPS SK Durian Tunggal, 19 mangsa daripada empat keluarga di PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Wah dan lapan mangsa daripada tiga keluarga di PPS SK Telok Berembang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, di PERAK, jumlah mangsa banjir pagi ini kekal 19 orang melibatkan enam keluarga dari dua kampung yang ditempatkan di dua PPS sejak kediaman dan tempat tinggal mereka dinaiki air pada Rabu lepas.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, jumlah tersebut membabitkan sembilan lelaki dan 10 perempuan dari Kampung Sungai Temelok, Trong, Taiping dan Kampung Sungai Rentaka, Matang, masing-masing ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Temelok dan PPS Sekolah Kebangsaan Matang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 24 2021
Keadaan banjir di Selangor, Melaka dan Perak semakin pulih apabila jumlah mangsa serta pusat pemindahan sementara (PPS) semakin berkurangan. -Gambar fail/Bernama
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Banjir: Jumlah mangsa di Selangor, Perak meningkat
Jumlah mangsa banjir di Selangor dan Perak menunjukkan peningkatan dengan satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Perak setakat 8 malam tadi.
Banjir di Kedah pulih, jumlah mangsa di Selangor menurun
Keadaan banjir di Kedah pulih sepenuhnya, Selangor mencatatkan penurunan jumlah mangsa manakala situasi di Perak tidak menunjukkan sebarang perubahan setakat 5 petang ini.
Mangsa banjir di Selangor, Kedah dan Perak meningkat pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Selangor, Kedah, dan Perak mencatatkan sedikit peningkatan pada pagi ini berbanding malam tadi.
121 mangsa banjir di Perak masih berlindung di tiga PPS
Menurut jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah pada Sabtu, terdapat dua daerah yang terjejas iaitu Kerian dan Taiping.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
Banjir Kedah: Tujuh PPS diaktifkan di Baling, tempatkan 199 mangsa
Seramai 199 mangsa daripada 66 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Baling sejak malam tadi.
Mangsa banjir Perak meningkat, tiga PPS baharu dibuka
Mereka ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara - satu di Kerian dan dua di Larut Matang Selama.
Arahan NADMA No.1 jadi panduan utama pengurusan bencana - Ahmad Zahid
Arahan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) No. 1 akan menjadi panduan utama dalam pengurusan bencana bagi mengurangkan risiko dan impak bencana di negara ini.
Kerugian banjir menurun kepada RM755 juta tahun lepas - Ahmad Zahid
Nilai kerugian akibat banjir di seluruh negara berjaya dikurangkan kepada RM755 juta tahun lepas berbanding RM1.03 bilion pada 2022.
Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 89 orang
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Merah di daerah Kota Setar.