KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyasarkan untuk memproses sekurang-kurangnya 10,000 permohonan taraf kewarganegaraan pada tahun ini.
Menteri berkenaan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sejak beliau berkhidmat di KDN pada Disember tahun lepas, sebanyak 4,294 permohonan telah diproses dan daripada jumlah itu, hampir 67 peratus diluluskan manakala bakinya ditolak.
"Saya kongsikan statistik sejak 2013 hingga 21 Feb 2023, terdapat sebanyak 132,272 permohonan yang diterima untuk menjadi warganegara Malaysia.
"Sekarang saya dah buat keputusan terhadap 4,300 dan bakinya tak banyak lagi, dan saya yakin sebelum hujung tahun saya boleh mencapai sehingga 10,000 permohonan," katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi KDN di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata antara sebab permohonan ditolak ialah pemohon tidak mendaftarkan perkahwinan semasa memohon kewarganegaraan untuk anak, pemohon tidak mempunyai bukti berada dalam negara ketika memohon, pemohon tidak mempunyai locus standi serta terdapat unsur keraguan dan pencanggahan fakta semasa semakan dibuat.
Justeru, Saifuddin Nasution berkata beliau akan mengadakan satu taklimat khas kepada Ahli Parlimen bagi menjelaskan isu berkaitan permohonan taraf kewarganegaraan termasuk tatacara permohonan dan senario yang perlu diambil perhatian.
Beliau juga berharap pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan anak yang lahir di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing mendapat kerakyatan negara ini akan mendapat sokongan Ahli Parlimen untuk diluluskan.
"Ini langkah yang kita ambil bersifat manusiawi. Hubungan ibu dan anak. Dulu undang-undang dibuat 1950-an belum terbayang waktu itu wanita kita akan berkahwin, bertemu jodoh di seluruh dunia.
"Sekarang 2023, takkan undang-undang itu statik dan beku di situ. Sebab itu, kita angkat untuk kita lakukan pindaan dan sasaran kita, mesti 148 (sokongan dua pertiga Ahli Parlimen) dan ini merentasi parti politik," katanya.
Sebelum ini, Saifuddin Nasution memaklumkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2023 berkaitan kewarganegaraan dijangka dibentangkan dalam persidangan Parlimen kali ini setelah memenuhi kehendak undang-undang.
Dalam pada itu, beliau berkata rangka penggubalan Rang Undang-Undang Penyalahgunaan Dadah dan Bahan (Pencegahan, Rawatan dan Pemulihan) bagi menggantikan Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983 sudah siap serta dalam proses akhir membabitkan penilaian Pejabat Peguam Negara.
Katanya RUU baharu itu akan meningkatkan akses bagi mendapatkan rawatan dan pemulihan merangkumi aspek perundangan yang lebih komprehensif.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 22 2023

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menggulung perbahasan Titah Diraja bagi Kementerian pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. - BERNAMA

Angka kematian di Gaza meningkat kepada 404 apabila Israel teruskan genosid
Banyak mangsa masih berada di bawah runtuhan, dan usaha menyelamat sedang giat dijalankan.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, sita 608 tong
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan LPG bersubsidi dianggarkan bernilai RM14,565 menerusi sebuan di sebuah stor haram di Jalan Kampung Jawa, Shah Alam, Selangor, minggu lepas.
AWANI Tonight: Political financing: Understanding challenges behind the bill
As the government gathers input on the Political Financing Bill, Dr. Tricia Yeoh of the University of Nottingham Malaysia highlights key issues and challenges hindering the bill's passage.
AWANI Tonight: Mourners bid farewell to victims at Al-Ahli hospital
Mourners gathered at Al-Ahli Arab Baptist Hospital to bid farewell to Palestinian victims of Israeli strikes on Gaza City, amidst widespread destruction and debris.
AWANI Tonight: M'sia ready to accept 15 Palestinian prisoners
Malaysia is prepared to accept 15 Palestinians released from Israeli prisons and resettle them here, says Foreign Minister Datuk Seri Mohamad Hasan.

Liga Super: Jumlah penyertaan pasukan hanya diketahui hujung bulan depan - MFL
Dengan hanya berbaki 44 hari lagi, ia akan menjadi tempoh yang sangat kritikal, terutama buat kelab yang sedang bergelut dengan isu kewangan.

Dua kanak-kanak hilang, dikhuatiri lemas di Batang Mukah
Mangsa Dexper Kiu Kuang Wei, 10, dan adik perempuannya Susie Kiu, 7, dikatakan tiba-tiba tenggelam dan hilang dibawa arus.

Pesawat MH720 dari Jakarta selamat mendarat di KLIA selepas isytihar kecemasan
Datuk Kapten Norazman Mahmud mengesahkan kejadian itu, dengan menyatakan terdapat kecemasan dalam penerbangan.
#AWANITonight | 18 March 2025
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
-Malaysia ready to accept 15 Palestinian prisoners
-Gaza: Mourners bid farewell to victims at Al-Ahli Hospital
-Malaysia ready to accept 15 Palestinian prisoners
-Gaza: Mourners bid farewell to victims at Al-Ahli Hospital

Bazar Kraf Aidilfitri tampilkan batik tempatan, songket dan kraf tangan
Pelbagai karya pengusaha batik tempatan, tenunan songket dan hasil kraf tangan seperti beg anyaman, dokoh dan manik buatan tangan ditawarkan pada Bazar Kraf Aidilfitri di Kompleks Kraf Conlay di sini.

PDRM terima 489 laporan babit 637 rakyat Malaysia jadi mangsa pemerdagangan orang
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 489 laporan berkaitan 637 warganegara Malaysia menjadi mangsa pemerdagangan orang.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Polis masih siasat punca kematian pegawai perbendaharaan - Saifuddin Nasution
Lelaki berusia 45 ditemui dalam keadaan terbaring di atas lantai pejabat dan hasil pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah.

Dua pemilik kedai perabot miliki bingkai gambar ada kesalahan ayat al-Quran didenda
Dua pemilik kedai perabot masing-masing didenda RM1,500 selepas mengaku bersalah memiliki bingkai gambar mengandungi kesalahan ayat al-Quran.

KDN sediakan memorandum Jemaah Menteri, pinda Akta Perhimpunan Aman 2012
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyediakan satu memorandum Jemaah Menteri susulan keputusan kerajaan untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

Siasatan kematian tahanan Penjara Taiping masih berjalan - Saifuddin Nasution
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

ASEAN: KDN beri tumpuan aspek jenayah rentas sempadan dan jenayah siber
Aspek jenayah rentas sempadan dan jenayah siber antara tumpuan Kementerian Dalam Negeri sepanjang berlangsungnya Kepengerusian ASEAN 2025, kata Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Tempoh proses permit masuk hanya enam bulan - Saifuddin Nasution
Tempoh proses permohonan permit masuk kini telah dipertingkatkan dengan hanya mengambil masa maksimum enam bulan selepas dokumen lengkap dikemukakan.

KDN jadi pemudah cara perhimpunan antirasuah esok - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bertindak sebagai pemudah cara untuk memastikan kelancaran perhimpunan antirasuah yang dijadualkan berlangsung esok di Kuala Lumpur.

KDN teroka teknologi AI beri perkhidmatan terbaik pada rakyat - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri dan agensi di bawahnya akan menerokai teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam usahanya untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cekap kepada rakyat.