KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan Sabah akan merangka rencana lebih komprehensif berhubung isu warga asing di negeri itu, selepas bancian berhubung kumpulan itu selesai dilaksanakan kelak.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata untuk tujuan tersebut, ketika ini beliau dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mempengerusikan jawatankuasa bersama, yang dinamakan Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing.
Beliau berkata menerusi jawatankuasa itu, bancian sedang dijalankan Jabatan Ketua Menteri Sabah bagi mengenal pasti secara tepat keberadaan warga asing di negeri, termasuk mereka yang memegang pelbagai kad pendaftaran warga asing di negeri itu.
"Untuk kita merangka langkah ke depan, ia mesti berasaskan fakta tepat, jadi tugas itu diambil dan dijalankan Jabatan Ketua Menteri dan kemudian KDN akan bersama kerajaan negeri Sabah untuk merangka langkah ke hadapan," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan), yang bertanyakan langkah diambil kerajaan bagi mengenal pasti pemegang Pas IMM 13 ketika ini, merupakan mereka yang layak seperti yang ditetapkan Jabatan Imigresen.
Vivian berkata ini berikutan terdapat isu pas berkenaan dijual di pasaran gelap, sedangkan pemilik asal pas berkenaan telah meninggal dunia.
Pemegang IMM 13 dibenarkan tinggal di negeri Sabah termasuk Labuan mengikut tempoh yang dinyatakan dalam pas dan pemegang pas ini boleh bekerja di negeri itu, tanpa perlu memohon pas kerja (tetapi bukan untuk bekerja dalam sektor profesional dan perkhidmatan awam).
Saifuddin Nasution berkata isu berkaitan warga asing di Sabah lebih kompleks, terutamanya apabila wujud masyarakat dikenali sebagai 'Pala'u' yang tinggal di kawasan rumah air, dengan jumlahnya mencecah puluhan ribu ketika ini dan mempunyai masalah identiti.
"Ada yang datang dari Filipina, Indonesia, beranak pinak di situ dan segala macam, jadi kalangan pertubuhan bukan kerajaan, mereka akan bahaskan soal apa masa depan pendidikan mereka (Pala'u), bagaimana pula peluang mendapatkan kemudahan kesihatan.
"Kadang-kadang mereka melahirkan anak pergi ke klinik atau hospital kemudian tidak selesaikan bil hospital, anak pun terpaksa ditinggalkan. Jadi keadaan sangat kompleks yang kita kena selesaikan satu persatu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 12 2024
Saifuddin ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. -- fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
AWANI Tonight: Clear gig worker sector categories needed for stronger protection
ISIS Malaysia's Farah Nabilah Abdul Rahman calls for clearer categorising of gig work sectors to enable better protection and regulations.
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
Sembilan kementerian selesai gulung Belanjawan 2025 peringkat jawatankuasa, PM Anwar hadir MQT
Sidang minggu ini juga menyaksikan kehadiran Anwar pada sesi MQT bagi menjawab beberapa isu selepas beliau pulang daripada lawatan luar negara.
Pemain industri gig minta kerajaan tangguhkan pembentangan RUU Pekerja Gig
Pemain industri gig meminta kerajaan menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig pada bulan Disember depan.
Sebahagian besar kos lawatan kerja ke lima negara ditanggung GLC, swasta - PM
Anwar yang juga Menteri Kewangan menambah, syarikat-syarikat berkenaan diundang dalam lawatan kerja itu dan mempunyai kepentingan perniagaan serta pelaburan.
Isu dibangkitkan persidangan tiga negara antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu utama yang dibangkitkan pada persidangan berkaitan di Peru, Brazil dan Riyadh antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
RM44.2 juta Akaun Sejahtera dicarum bagi program i-Lindung hingga September 2024
Sejumlah RM44.2 juta telah dikeluarkan oleh pencarum melalui Akaun Sejahtera KKWSP sejak program i-Lindung diperkenalkan pada Julai 2022.
JPN dalam fasa akhir muktamad perolehan kad pengenalan generasi baharu
KDN kini dalam fasa akhir memuktamadkan perolehan kad pengenalan struktur baharu bagi menggantikan kad pengenalan sedia ada.
Perolehan MyKad generasi baharu di fasa akhir - KDN
Kad pengenalan generasi baharu itu dilengkap dengan ciri keselamatan yang lebih canggih.
Lebih 115,000 terlibat dadah jenis sintetik setakat Sept - KDN
Setakat September tahun ini, lebih 115,000 atau 70.4 peratus individu terlibat dalam penyalahgunaan dadah sintetik.
Kerajaan cadang pinda Ordinan CAP.123 Sabah, tambah 48 seksyen baharu
Kerajaan bercadang meminda Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Sabah (CAP.123) bagi tujuan pengemaskinian dan keselarasan peruntukan dengan sistem pentadbiran semasa JPN.
Pembelian ubat meningkat 30 peratus dalam lapan tahun - Dzulkefly
Perbelanjaan bagi pembelian ubat-ubatan pada 2023 telah meningkat sebanyak 30 peratus dalam tempoh lapan tahun.