PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat dengan Filipina, Indonesia dan Bangladesh berhubung cadangan membawa masuk tenaga kerja asing sektor keselamatan dari negara sumber baharu.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata keputusan di peringkat dasar telah dipersetujui untuk membawa masuk tenaga kerja asing dari negara luar selain Nepal.
"Kita (KDN) sudah benarkan kemasukan tenaga kerja asing (sektor keselamatan) dari negara lain (negara sumber) selain Nepal.
"Cuma nak bawa masuk perlu tepati kriteria (yang ditetapkan) iaitu pekerja asing itu perlu ada pengalaman kerja dalam sektor keselamatan ketika di negara mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini hari ini.
Beliau berkata permohonan bagi mendapatkan tenaga kerja itu boleh dibuat selepas perbincangan tersebut diadakan, bagaimanapun kemasukan adalah bergantung kepada keputusan dari negara sumber baharu terbabit.
Hamzah sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan telah mempertimbangkan cadangan membawa masuk pekerja asing sektor keselamatan dari negara sumber baharu bagi mengimbangi kekurangan tenaga kerja warga Nepal dan tempatan untuk bekerja di sektor itu.
Sementara itu, Ketua Pengarah APMM Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata pihaknya telah melakukan 63 tangkapan menerusi Op Pagar Laut bermula 19 April hingga 17 Mei lepas, melibatkan pelbagai kesalahan jenayah maritim antaranya pendatang asing tanpa izin, penyeludupan kontraban dan barang kawalan serta pencerobohan bot nelayan asing.
Katanya, jumlah keseluruhan nilai rampasan kira-kira RM23 juta.
Op Pagar Laut yang memasuki tahun ketujuh diadakan setiap tahun menjelang sambutan Aidilfitri sebagai operasi khas yang memfokuskan kepada usaha mengekang kegiatan jenayah rentas sempadan sepanjang musim perayaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 24 2022

Hamzah berkata keputusan di peringkat dasar telah dipersetujui untuk membawa masuk tenaga kerja asing dari negara luar selain Nepal. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

PDRM terima 482 laporan sindiket "job scam" libatkan 628 rakyat Malaysia
Dripada jumlah itu, 14 daripada 15 mangsa dari Sabah berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih terkandas di luar negara.

KDN tambah baik SOP permohonan warganegara selaras pindaan Perlembagaan Persekutuan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam perancangan untuk menambah baik SOP di bawah Perkara 15(2), pada tahun ini.

Sosma: Kerajaan fokus pertahan keselamatan negara, hak asasi individu
Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan bersedia untuk meneliti semula Sosma khususnya beberapa seksyen yang termaktub dalam Sosma.

KDN sediakan memorandum Jemaah Menteri, pinda Akta Perhimpunan Aman 2012
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyediakan satu memorandum Jemaah Menteri susulan keputusan kerajaan untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

KDN jamin keselamatan negara terkawal, tindakan tegas terhadap jenayah senjata api
Keselamatan awam dan ketenteraman negara kekal menjadi keutamaan KDN dengan PDRM berada dalam keadaan kesiapsiagaan terbaik.

KDN kenakan perintah larangan tiga judul buku termasuk puisi 'masturbasi'
Kerajaan mengenakan Perintah Larangan ke atas tiga judul penerbitan buku, berikutan dikhuatiri memudaratkan kemoralan masyarakat Malaysia.

Enam penerbitan dikenakan tindakan Perintah Larangan di bawah Akta 301
Enam tajuk penerbitan tersebut termasuk 'A Million Kisses In Your Lifetime' oleh Monica Murphy dan 'What If It's Us' oleh Becky Albertalli dan Adam Silvera.

KDN jangka kumpul 150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir untuk dilupuskan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjangkakan mengumpul kira-kira 150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir di Kelantan, Terengganu, dan Kedah untuk dilupuskan mengikut syarak.

KDN laksana pelan integrasi komprehensif bagi dua bekas tahanan Guantanamo
Pelan berkenaan dirancang untuk memastikan pemulihan menyeluruh serta membolehkan kedua-dua individu berkenaan berintegrasi semula ke dalam masyarakat.

Rakyat Malaysia ditahan di Teluk Guantanamo selamat tiba di tanah air - KPN
Dua rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba sejak 18 tahun lepas, selamat tiba di tanah air hari ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.