KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa komited menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa bagi memerangi isu rasuah atau perjudian dalam sukan, kata Menterinya Hannah Yeoh.
Beliau berkata pihaknya telah mengadakan Program Advokasi Antirasuah Badan Sukan Kebangsaan dan Ikrar Bebas Rasuah Badan Sukan Kebangsaan bersama pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 3 Ogos lepas.
Selain itu, pihaknya juga telah mengadakan mesyuarat berhubung isu perjudian haram dalam sukan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) pada 22 Ogos.
"Saya sudah bangkitkan semua kerisauan kepada polis dan mereka juga kata kita akan dapatkan data-data yang lebih terperinci. Seperti yang anda tahu, betting ini bukan sahaja boleh berlaku kepada e-sukan tetapi juga keputusan perlawanan dan apa-apa perlawanan yang ditetapkan.
"Sebab itu, sekarang kita lihat bagaimana boleh eratkan lagi kerjasama antara SPRM, PDRM ... mereka hadir di MSN membuat ikrar janji bersama persatuan sukan dan atlet untuk pastikan ada tadbir urus yang baik, supaya kita tahu salah laku semua. Kita dalam peringkat kesedaran," katanya selepas menghadiri sesi dialog bersama Standard Chartered di sini hari ini.
Ditanya sekiranya KBS ada menerima maklumat berkenaan salah laku dalam arena sukan, Hannah berkata setakat ini pihaknya belum menerima apa-apa aduan secara terperinci, namun bersedia memberi kerjasama sekiranya diperlukan pihak berkuasa.
Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki memaklumkan industri sukan elektronik atau e-sukan kini dalam pemerhatian SPRM berikutan industri itu terdedah kepada isu rasuah serta perjudian.
Dalam pada itu, Hannah berkata sebarang perubahan senarai atlet ke program Road To Gold (RTG) hanya akan dibincangkan pada mesyuarat jawatankuasa penilaian program itu selepas Sukan Asia Hangzhou 2022 yang akan membuka tirai pada 23 Sept ini, berakhir.
"Kita akan bincang dengan jawatankuasa, tetapi fokus sekarang ialah Sukan Asia, yang paling penting mereka (atlet) perlu buat yang terbaik di sana," katanya.
Program RTG ialah projek nasional dengan objektif untuk menyelaras usaha memburu emas sulung pada Sukan Olimpik.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 07 2023
![KBS komited jalin kerjasama dengan pihak berkuasa perangi rasuah KBS komited jalin kerjasama dengan pihak berkuasa perangi rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683030970_TBHANNAHYEOH.jpg)
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa komited menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa bagi memerangi isu rasuah atau perjudian dalam sukan, kata Menterinya Hannah Yeoh. - Gambar fail/BERNAMA
![KPT aku-akukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT aku-akukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT aku-akukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721139141_TBJDUSHA.jpg)
Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman
Usha Vance, isteri kepada Senator J.D. Vance yang dipilih sebagai calon gandingan bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal minggu ini, telah meletakkan jawatannya di sebuah firma guaman,
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721138010_HannahYeoh.jpg)
Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik
Hannah Yeoh berkata Jawatankuasa RTG telah menerima tawaran daripada pemaju hartanah, Top Residency, yang berminat untuk menghadiahkan pemenang pingat emas pertama.
![E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128633_MohdHidayatMohdSa.jpg)
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
![Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721122322_ZulkifliHasan.jpg)
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
![KBS penuhi permintaan pemain skuasy program Fast Track LA28 KBS penuhi permintaan pemain skuasy program Fast Track LA28](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721050507_tbOlimpikParis.jpg)
KBS penuhi permintaan pemain skuasy program Fast Track LA28
Permintaan itu termasuk bantuan kejurulatihan khusus, peralatan latihan dan pemulihan selain perkhidmatan sokongan perubatan dan sains sukan.
![Isu tunggakan gaji: KBS saran FAM cari jalan penyelesaian sebaiknya Isu tunggakan gaji: KBS saran FAM cari jalan penyelesaian sebaiknya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720964586_TBADAMADLI.jpg)
Isu tunggakan gaji: KBS saran FAM cari jalan penyelesaian sebaiknya
KBS menyarankan agar FAM menangani dan mencari jalan penyelesaian sebaiknya berhubung masalah tunggakan gaji pemain dalam Liga Malaysia (Liga M) 2024/2025.
![Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354301_HannahYeoh.jpg)
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
![Olimpik Paris: KBS salur dana RM300,000 untuk atlet profesional termasuk Zii Jia Olimpik Paris: KBS salur dana RM300,000 untuk atlet profesional termasuk Zii Jia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717392383_KBSHannahYeoh.jpg)
Olimpik Paris: KBS salur dana RM300,000 untuk atlet profesional termasuk Zii Jia
Empat atlet profesional negara yang akan beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 telah diberikan geran bantuan berjumlah RM300,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
![Sebuah institusi di bawah KBS, KKDW dijadikan pusat latihan TVET e-sports Sebuah institusi di bawah KBS, KKDW dijadikan pusat latihan TVET e-sports](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718961973_AhmadZahidHamidi.jpg)
Sebuah institusi di bawah KBS, KKDW dijadikan pusat latihan TVET e-sports
Sebuah institusi TVET di bawah KBS dan KKDW akan 'diubah wajah' dan dijadikan pusat latihan TVET sukan elektronik atau e-sports.
![Goodday Charge persembahkan Team eMAS, pasukan eSukan warga emas pertama Malaysia Goodday Charge persembahkan Team eMAS, pasukan eSukan warga emas pertama Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718885076_tbGooddayChargeTe.jpg)
Goodday Charge persembahkan Team eMAS, pasukan eSukan warga emas pertama Malaysia
Diiktiraf Malaysia Book of Records, perkuat usaha melegitimasi e-sukan sebagai sejenis sukan sebenar.
![Negeri digesa melabur dalam pembangunan bakat baharu renang, terjun Negeri digesa melabur dalam pembangunan bakat baharu renang, terjun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718443952_HannahYeoh.jpg)
Negeri digesa melabur dalam pembangunan bakat baharu renang, terjun
KBS gesa semua kerajaan negeri membuat pelaburan untuk pembangunan bakat baharu bagi melahirkan lebih ramai atlet dalam sukan renang dan terjun.
![KBS bincang dengan PBT untuk mudahkan akses orang ramai kepada kemudahan sukan KBS bincang dengan PBT untuk mudahkan akses orang ramai kepada kemudahan sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718283784_TBHannahYeoh.jpg)
KBS bincang dengan PBT untuk mudahkan akses orang ramai kepada kemudahan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang berbincang dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menjadikan kemudahan sukan lebih mudah diakses oleh orang ramai.
![Sepak takraw sudah penuhi kriteria sukan teras - Mohd Sumali Sepak takraw sudah penuhi kriteria sukan teras - Mohd Sumali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707194286_MohdSumaliReduan.jpg)
Sepak takraw sudah penuhi kriteria sukan teras - Mohd Sumali
Sukan sepak takraw sudah menepati kriteria untuk disenaraikan semula ke dalam sukan teras Malaysia, menurut Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan.
![Sukan SEA 2027: KBS adakan sesi libat urus lihat impak kewangan terhadap negara Sukan SEA 2027: KBS adakan sesi libat urus lihat impak kewangan terhadap negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71717143059_HannahYeoh.jpg)
Sukan SEA 2027: KBS adakan sesi libat urus lihat impak kewangan terhadap negara
Hannah berkata sesi libat urus itu juga bertujuan melihat sama ada terdapat minat dari negeri lain untuk menjadi tuan rumah bersama Putrajaya.