PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengemukakan cadangan kepada Kabinet semalam, untuk mengasingkan proses hak mengundi kepada mereka yang berumur 18 tahun dan pendaftaran pemilih automatik.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diharap dapat melaksanakan usaha itu dengan segala formula dan ruang yang ada, memandangkan semua anggota Kabinet semalam menyokong Undi18.
"Dalam pindaan itu merangkumi banyak perkara, jadi saya fikir kita laksanakan dahulu 'the low hanging fruit' (mana yang mudah)," katanya yang juga akan mengutus surat kepada SPR dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berhubung cadangannya itu.
Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Penugasan Sukarelawan Khidmat Sokongan Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVAC) di sini semalam, Reezal Merican berkata Takiyuddin juga akan membentangkan perincian mengenai isu itu, pada minggu depan.
Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh dilaporkan berkata, pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun, dijangka hanya mampu dilaksanakan selepas 1 Sept 2022, dan kenyataan itu dipertikaikan banyak pihak yang menganggap penangguhan itu sebagai tidak munasabah.
Pada 16 Jul 2019, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi menurunkan had umur mengundi dari 21 tahun ke 18 tahun, pendaftaran pengundi automatik dan menurunkan umur calon layak bertanding pilihan raya kepada 18 tahun.
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin yang turut hadir pada majlis itu berkata, beliau menyokong hujah KBS dalam mesyuarat Kabinet semalam mengenai pengasingan proses itu, kerana dimaklumkan bahawa sistem pendaftaran automatik belum siap.
"Kalau tidak boleh dilaksanakan pendaftaran automatik sebab masalah sistem, kenapa perlu ditangguhkan Undi18. Undi18 boleh diteruskan macam biasa. Itulah pandangan kami dan kami akan membuat keputusan di Kabinet minggu hadapan," kata Khairy.
Sementara itu Reezal berkata, KBS menerima hampir 8,000 permohonan untuk menyertai pasukan sukarelawan MyVAC sejak dilancarkan pada 26 Feb lepas dan ia melepasi sasaran awal kerajaan iaitu 6,000 sukarelawan yang akan ditugaskan di lebih 600 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh negara.
"Sukarelawan MyVAC diibaratkan sebagai barisan hadapan kedua yang akan menyokong pasukan perubatan di PPV dengan tugas membantu proses pendaftaran dan pengesahan penerima vaksin, membantu pengurusan komunikasi dengan penerima vaksin untuk mengelakkan vaksin scammers selain memberi sokongan psikologi," katanya.
MyVAC disokong Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), Kementerian Kesihatan, Kementerian Pengajian Tinggi dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia melibatkan golongan belia, mahasiswa institut pengajian tinggi dan badan bukan kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 01 2021
Reezal Merican berucap pada Majlis Penyerahan Penugasan Sukarelawan Khidmat Sokongan Malaysia Vaccine Support Volunteers di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya, 31 Mac, 2021. --fotoBERNAMA
Dua beranak maut, empat cedera dalam nahas dua kenderaan di WCE
Kemalangan di antara kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kelisa itu berlaku sekitar jam 5.15 pagi.
Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selain peralatan perubatan penting.
Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas
Penganut Kristian di Syria kembali meraikan perayaan hari Krismas di Gereja Lady of Damascus, Damsyik.
Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 dapat sokongan padu daripada organisasi utama
Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 (MCS 2024), yang akan berlangsung dari 17-19 Dis mendapat sokongan padu daripada penaja dan rakan strategik utama.
MATRADE sasar jualan eksport MIHAS@Dubai bernilai RM1 bilion
MIHAS@Dubai akan menjadi acara antarabangsa pertama di luar negara dengan penyertaan terbesar oleh syarikat Malaysia diterajui oleh MATRADE.
MATRADE sasar MIHAS 2024 jana jualan RM3.5 bilion
Reezal Merican berkata sasaran itu lebih tinggi berbanding jualan RM3.2 bilion yang berjaya dicapai pada MIHAS 2023.
Pensijilan halal bantu perluaskan produk dan perkhidmatan ke peringkat antarabangsa - MATRADE
Pensijilan halal memainkan peranan kritikal bagi memperluaskan pasaran produk tempatan ke peringkat antarabangsa.
Perjuangan atlet di Paris bakar semangat MATRADE perkukuh eksport negara
Reezal Merican berkata beliau ingin lihat semangat juang seperti yang dipamerkan barisan atlet negara diterapkan di MATRADE.
Pertumbuhan sektor peranti perubatan Malaysia dijangka terus berkembang - Matrade
Kerajaan giat mempromosikan Malaysia sebagai hab pembuatan serantau dan komited untuk membangunkan industri penjagaan kesihatan.
'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'
Katanya, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.
Malaysia tawar khidmat kepakaran pemain industri untuk pembangunan Nusantara
Satu memorandum persefahaman akan dimeterai dengan Kadin mengenai penerokaan pelbagai bidang baharu berkaitan digital dan teknologi.
Stadium QPR kini dikenali MATRADE Loftus Road Stadium
Stadium QPR iaitu Loftus Road kini dinamakan MATRADE Loftus Road Stadium berkuatkuasa sehingga musim 20252026.
Tiada sebarang perbincangan berhubung jawatan kerajaan negeri - Reezal Merican
Reezal Merican berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti dan Kerajaan Perpaduan untuk memutuskan perkara berkenaan.