Kementerian Belia dan Sukan memberi jaminan tidak akan 'menghukum' kakitangan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tata Negara (BTN).
Timbalan Menterinya, Steven Sim berkata kerajaan hari ini tidak mengamalkan kaedah balas dendam.
"Bab kasih sayang kita memang perlu banyak belajar daripada Arau tapi Arau jangan bimbang. Pembangkang di sebelah sana pun kita tak hukum.
"Kita tidak menggunakan kaedah balas dendam apatah lagi penjawat awam yang telah banyak berkhidmat kepada negara tanpa mengira siapa tuan politiknya.
"Jadi saya rasa dalam bab itu tidak perlu dikhuatiri kerana kita akan membuat rombakan semula. Mana yang boleh kita akan serapkan dalam program-program yang baharu," katanya ketika sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 bagi Kementerian Belia dan Sukan di Dewan Rakyat, pada Rabu.
Sebelumnya, Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) memohon agar kerajaan memberi jaminan kakitangan PLKN dan BTN tidak dibuang kerja susulan pemansuhan dua program itu.
"Menteri boleh bagi jaminan mereka tak dibuang kerja? Boleh tak bagi kasih sayang sedikit?
"Kini (PH) dah menang, jangan menghukum mereka, hukum kami tak apa, kami rela. Tapi jangan hukum kakitangan kerajaan berstatus kontrak dan sebagainya," katanya .
Dalam pada itu, Steven menjelaskan kerajaan akan menerapkan elemen kasih sayang dan inklusif dalam program yang bakal dilaksanakan menggantikan PLKN dan BTN.
"Tadi Arau kata mesti berpandukan kasih sayang, saya ingin menarik perhatian Arau tema Hari Kebangsaan kita pada tahun ini iaitu Sayangi Malaysiaku.
"Jadi saya rasa Arau dan ahli-ahli lain tidak perlu bimbang, prinsip atau nilai yg akan diterapkan tak kira dalam PLKN yang baharu atau BTN kalau ada yang baharu akan berpandukan kasih sayang, inklusif, ketimuran. Itu jaminan yang kita nak beri," katanya.
Menjawab soalan daripada Siti Zailah Mohd Yusof (Pas-Rantau Panjang), Steven memaklumkan Dewan Rakyat PLKN memiliki 2,000 orang kakitangan kontrak dan secara keseluruhan BTN memiliki 628 orang kakitangan.
Sinar Harian
Wed Aug 15 2018
![KBS jamin tidak 'hukum' kakitangan PLKN, BTN KBS jamin tidak 'hukum' kakitangan PLKN, BTN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/51534334295_TBKBSxjpg.jpg)
Steven Sim berkata kerajaan hari ini tidak mengamalkan kaedah balas dendam.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Penjaga tokong mengaku tidak bersalah rogol akauntan wanita Penjaga tokong mengaku tidak bersalah rogol akauntan wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689054856_courtgavelmahkam.jpg)
Penjaga tokong mengaku tidak bersalah rogol akauntan wanita
Seorang penjaga tokong mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol seorang akauntan wanita di Arau.
![11 rumah rosak teruk dibadai puting beliung di Arau 11 rumah rosak teruk dibadai puting beliung di Arau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698590179_TBputingbeliung.jpg)
11 rumah rosak teruk dibadai puting beliung di Arau
Sebanyak 11 rumah rosak teruk dan tidak selamat untuk didiami selepas dibadai puting beliung di Kampung Padang Besar, Guar Sanji pada petang Ahad.
![PRU15: Shahidan mohon orang Arau 'humban' calon dari Pulau Pinang PRU15: Shahidan mohon orang Arau 'humban' calon dari Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667644416_ShahidanKassim.jpg)
PRU15: Shahidan mohon orang Arau 'humban' calon dari Pulau Pinang
Shahidan Kassim mengharapkan pengundi di Parlimen itu menolak calon dari luar negeri berkenaan termasuk calon Barisan Nasional (BN) yang didakwanya berasal dari Pulau Pinang.
![PRU15: Shahidan tetap mahu tanding di Parlimen Arau PRU15: Shahidan tetap mahu tanding di Parlimen Arau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41667340590_TBSHAHIDAN.jpg)
PRU15: Shahidan tetap mahu tanding di Parlimen Arau
Shahidan berkata, beliau menerima banyak tawaran daripada parti-parti lain namun masih belum memuktamadkannya.
![Penuntut IPT disyaki buang bayi ditahan Penuntut IPT disyaki buang bayi ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61652193159_Babyhands.jpg)
Penuntut IPT disyaki buang bayi ditahan
Polis menahan seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) berhubung kes penemuan seorang bayi perempuan dipercayai baharu dilahirkan.
![Polis tahan suri rumah jual air ketum Polis tahan suri rumah jual air ketum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-04/61586573443_AIRKETUM.jpg)
Polis tahan suri rumah jual air ketum
Polis menahan seorang suri rumah dipercayai menjadi pengedar air ketum menerusi satu serbuan yang dilakukan di sebuah kediaman di sekitar Jalan Tambun Tulang, Kampung Baru Arau semalam.
![Remaja tidak mengaku bersalah pecah masuk pasar raya, curi 30 telefon bimbit Remaja tidak mengaku bersalah pecah masuk pasar raya, curi 30 telefon bimbit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81629438498_TBREMAJA.jpg)
Remaja tidak mengaku bersalah pecah masuk pasar raya, curi 30 telefon bimbit
Tertuduh yang berusia 14 tahun bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan.
![Tidak pakai pelitup muka, 9 pekerja penghantar barang dikompaun Tidak pakai pelitup muka, 9 pekerja penghantar barang dikompaun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51623070999_SuptNandaMaarof.jpg)
Tidak pakai pelitup muka, 9 pekerja penghantar barang dikompaun
Sembilan pekerja penghantar barang di sebuah premis perniagaan di Jejawi di sini hari ini dikenakan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka.
![Kanak-kanak 10 tahun ditemui lemas, terjatuh dalam bendang Kanak-kanak 10 tahun ditemui lemas, terjatuh dalam bendang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61618590536_budaklemas.jpg)
Kanak-kanak 10 tahun ditemui lemas, terjatuh dalam bendang
Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas di dalam takungan air bendang di Kampung Hutan Kandis, Jelempok, dekat Arau, kira-kira jam 6.30 petang Jumaat.
![Kenyataan saya ialah pendirian UMNO Perlis, bukan peribadi - Shahidan Kenyataan saya ialah pendirian UMNO Perlis, bukan peribadi - Shahidan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41616137915_ShahidanKassim.jpg)
Kenyataan saya ialah pendirian UMNO Perlis, bukan peribadi - Shahidan
Keputusan untuk terus bekerjasama dengan parti-parti lain termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Perlis adalah pendirian Badan Perhubungan UMNO Perlis.