Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memberi bantuan kewangan kepada pelumba sensasi negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang masih bergelut untuk mendapatkan penaja utama bagi menghadapi saingan MotoGP Dunia 2020 yang bermula 8 Mac ini di Litar Antarabangsa Losail, Qatar.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman, berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan pengurusan tertinggi KBS berhubung jumlah dana yang akan disalurkan daripada Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) kepada Hafizh Syahrin.
Pelumba berusia 25 tahun itu terpaksa kembali ke Moto2 bersama pasukan Angel Nieto pada musim 2020 selepas dua musim beraksi di kelas perdana, MotoGP.
"Saya akan membantu sebaik mungkin kerana sebelum ini (fokus kita) untuk mencari penaja dalam kalangan syarikat korporat. Kita masih menunggu permohonan dari pihak Hafizh Syahrin dan kita akan terus mencari jalan untuk membantu beliau," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan amanat Tahun Baharu kepada staf KBS, di sini, pada Jumaat.
Pada masa yang sama, Syed Saddiq turut menyeru syarikat korporat untuk tampil membantu bagi mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung pelumba kelahiran Selangor itu dalam menghadapi saingan Moto2 pada musim ini.
Sebelum ini, syarikat petroleum negara iaitu Petronas mengumumkan yang mereka tidak lagi menaja Hafizh Syahrin untuk beraksi dalam kelas Moto2 tahun ini, dan hanya akan menyalurkan tajaan kepada pembangunan akar umbi antaranya pasukan SIC bagi kelas Moto3.
Pasukan Angel Nieto dilaporkan hanya bersetuju membantu Hafizh Syahrin untuk mendapatkan tempat dalam perlumbaan Moto2 sahaja dan pelumba itu perlu mendapatkan penaja utama bagi menampung beberapa keperluan lain termasuk gaji, tiket penerbangan, hotel dan kos latihan pengangkutan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 10 2020
![KBS bantu pelumba Moto2, Hafizh Syahrin KBS bantu pelumba Moto2, Hafizh Syahrin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/81535317174_HAFIZHSYAHRIN.jpg)
Hafizh terpaksa kembali ke Moto2 bersama pasukan Angel Nieto pada musim 2020 selepas dua musim beraksi di kelas perdana, MotoGP. - Gambar fail
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721127722_NurFarahKartini.jpg)
Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
Kakak ipar mangsa Syeril Norsyuhada Suhaimi, 29, berkata mereka sekeluarga masih terkejut dan sedih atas kejadian yang menimpa Nur Farah Kartini.
![Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721125507_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
Enam MP kekal : Tak adil salahkan Speaker - Gobind
Mengenai keputusan mengekalkan enam kerusi Parlimen bekas ahli Bersatu, Gobind Singh Deo berkata tidak adil untuk salahkan Speaker buat keputusan yang diperuntukkan undang-undang.
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719354914_Destroyedbuildings.jpg)
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB
Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.
![Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
![Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712376317_TujuanForensik.jpg)
Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas
Gen HNF4A (Hepatocyte Nuclear Factor 4 Alpha) didapati akan berhenti berfungsi pada tubuh pesakit kanser pankreas.
Pantau Agenda Reformasi: Potensi dan cabaran percambahan e-Sukan di Malaysia
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
!['Terlampau banyak bercakap dan tidak berbuat apa-apa…' - Hafizh Syahrin 'Terlampau banyak bercakap dan tidak berbuat apa-apa…' - Hafizh Syahrin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709784560_TBHafizSyahrinj.jpg)
'Terlampau banyak bercakap dan tidak berbuat apa-apa…' - Hafizh Syahrin
JDT sah menceburi arena perlumbaan permotoran bersama-sama pelumba berpengalaman negara Hafizh Syahrin Abdullah mulai musim 2024.
![JDT Racing Team 'belanja' wajah jentera baharu Hafizh Syahrin JDT Racing Team 'belanja' wajah jentera baharu Hafizh Syahrin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708941546_TBJDTRacingTeam.jpg)
JDT Racing Team 'belanja' wajah jentera baharu Hafizh Syahrin
Menjelang musim 2024 yang bakal dihadapi JDT Racing Team, mereka sudah pun mula mendedahkan wajah jentera yang bakal digunakan di Asia Road Racing Championship (ARRC) musim 2024.
![Hafiz Syahrin belum puas hati dengan jentera Hafiz Syahrin belum puas hati dengan jentera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678020414_TBHAFIZH.jpg)
Hafiz Syahrin belum puas hati dengan jentera
Hafizh Syahrin Abdullah masih belum berpuas hati dengan jenteranya ketika beraksi pada Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2023.
![WSBK: Hafizh Syahrin mula gegar Litar Mandalika WSBK: Hafizh Syahrin mula gegar Litar Mandalika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71677882534_WorldSuperbikeCham.jpg)
WSBK: Hafizh Syahrin mula gegar Litar Mandalika
Pelumba pasukan PETRONAS MIE Racing HONDA Team itu mencatatkan masa 1 minit 37.087 saat pada sesi latihan bebas pertama.
![Hafizh Syahrin tak pulang tangan kosong Hafizh Syahrin tak pulang tangan kosong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71677363233_HafizhSyahrin.jpg)
Hafizh Syahrin tak pulang tangan kosong
Berlumba dalam keadaan litar basah, Hafizh Syahrin masih mampu mengawal jentera Honda CBR1000 RR-R dengan baik di litar.
![Hafizh masih menanti perkhabaran TMJ Hafizh masih menanti perkhabaran TMJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637073873_HafizhSyahrin.jpg)
Hafizh masih menanti perkhabaran TMJ
Bekas pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah masih menanti perkhabaran daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menzahirkan minat menajanya Jun lepas.
![WSBK: Hafizh uji jentera baharu di Sepanyol seawal Januari depan WSBK: Hafizh uji jentera baharu di Sepanyol seawal Januari depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637073873_HafizhSyahrin.jpg)
WSBK: Hafizh uji jentera baharu di Sepanyol seawal Januari depan
Hafizh tidak akan memandang rendah saingan WSBK kerana menyifatkannya sebagai kejohanan yang agak sukar walaupun berpengalaman berlumba dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) sebelum ini.
![KBS sedia cari jalan bantu Hafizh KBS sedia cari jalan bantu Hafizh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71634214614_HafizhSyahrin.jpg)
KBS sedia cari jalan bantu Hafizh
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata jika atlet negara mempunyai masalah, KBS akan terlebih dahulu mendengar sebelum sedaya upaya memberikan pertolongan.
![Hafizh Syahrin kecewa GP Malaysia dibatalkan Hafizh Syahrin kecewa GP Malaysia dibatalkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61628271597_TBHafizhSyahrin.jpg)
Hafizh Syahrin kecewa GP Malaysia dibatalkan
Pembatalan MotoGP memberi kesan mendalam kepada pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah.
![Hafizh Syahrin kemalangan, tidak tamatkan perlumbaan di GP Austria Hafizh Syahrin kemalangan, tidak tamatkan perlumbaan di GP Austria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81628435458_HafizhSyahrin.jpg)
Hafizh Syahrin kemalangan, tidak tamatkan perlumbaan di GP Austria
Pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah tidak dapat menamatkan perlumbaannya di Grand Prix (GP) Styria, Austria hari ini selepas mengalami kemalangan pada pusingan ke-16.