KUALA LUMPUR: Bekas pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang bakal membuat penampilan sulung pada Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) bersama pasukan Mie Racing Honda bermula musim 2022 dijangka menguji jentera baharunya seawal Januari depan di Sepanyol.
Hafizh yang bakal menjadi pelumba pertama Malaysia beraksi dalam saingan WSBK seakan tidak sabar merasai pengalaman menunggang jentera baharu yang dikhabarkan "sangat menakjubkan" itu untuk berlumba pada musim depan.
"Saya tidak pernah bawa jentera ini, mungkin uji pada hujung Januari atau awal Februari di Sepanyol," katanya pada sidang media secara dalam talian hari ini.
Bagaimanapun, pelumba kelahiran Ampang yang ketika ini berada di London, United Kingdom atas urusan peribadi, berharap agar wakil pasukan baharunya di Malaysia dapat mengatur sesi baginya menunggang jentera baharu berkenaan di sini sejurus tiba di tanah air dalam usahanya untuk mencipta keserasian dengan jentera berkenaan.
Dalam pada itu, beliau sama sekali tidak akan memandang rendah saingan WSBK kerana menyifatkannya sebagai kejohanan yang agak sukar walaupun berpengalaman berlumba dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) sebelum ini.
Hafizh pada masa sama juga berharap UMW Grantt International yang menajanya dalam saingan Moto2 akan meneruskan penajaan mereka walaupun berlumba dalam kejohanan lain tahun depan.
"Saya dan pihak pengurusan masih bincangkan lagi mengenai tajaan tahun depan. Insya-Allah saya harap ada peluang bekerjasama lagi. Terima kasih UMW bantu saya dalam Moto2 termasuk menanggung kos latihan dan travel (perjalanan) saya," katanya.
Mengenai prestasinya pada musim 2021, Hafizh yang baharu sahaja menamatkan baki perlumbaan Moto2 bersama pasukan NTS RW Racing GP pada saingan Grand Prix (GP) Valencia di Litar Ricardo Tormo Ahad lepas mengakui prestasinya tidak menyerlah musim ini dengan mengutip sembilan mata dan menamatkan musim di tangga ke-28 daripada 40 pelumba secara keseluruhan.
Katanya nasib mungkin tidak menyebelahinya musim ini walaupun merasakan mental dan fizikalnya berada pada tahap yang baik selain telah bekerja keras bagi memastikan beliau mencapai keputusan memberangsangkan dalam perlumbaan Moto2.
Penghijrahan Hafizh ke WSBK menerusi satu pengumuman Sabtu lepas menyaksikan beliau menamatkan perjalanan karier selama lapan musim dalam saingan MotoGP, termasuk dua musim bersaing untuk kelas perdana pada 2018 dan 2019, sejak menjadi pelumba sepenuh masa pada 2014.
Pelumba berusia 27 tahun itu akan berlumba bersama pelumba berpengalaman dari Argentina Leandro Mercado untuk saingan WSBK musim 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 16 2021

Hafizh yang bakal menjadi pelumba pertama Malaysia beraksi dalam saingan WSBK seakan tidak sabar merasai pengalaman menunggang jentera baharu yang dikhabarkan "sangat menakjubkan" itu untuk berlumba pada musim depan. - Gambar fail/ Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Terlampau banyak bercakap dan tidak berbuat apa-apa…' - Hafizh Syahrin
JDT sah menceburi arena perlumbaan permotoran bersama-sama pelumba berpengalaman negara Hafizh Syahrin Abdullah mulai musim 2024.

JDT Racing Team 'belanja' wajah jentera baharu Hafizh Syahrin
Menjelang musim 2024 yang bakal dihadapi JDT Racing Team, mereka sudah pun mula mendedahkan wajah jentera yang bakal digunakan di Asia Road Racing Championship (ARRC) musim 2024.

Hafiz Syahrin belum puas hati dengan jentera
Hafizh Syahrin Abdullah masih belum berpuas hati dengan jenteranya ketika beraksi pada Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2023.

WSBK: Hafizh Syahrin mula gegar Litar Mandalika
Pelumba pasukan PETRONAS MIE Racing HONDA Team itu mencatatkan masa 1 minit 37.087 saat pada sesi latihan bebas pertama.

Hafizh Syahrin tak pulang tangan kosong
Berlumba dalam keadaan litar basah, Hafizh Syahrin masih mampu mengawal jentera Honda CBR1000 RR-R dengan baik di litar.

Hafizh masih menanti perkhabaran TMJ
Bekas pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah masih menanti perkhabaran daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menzahirkan minat menajanya Jun lepas.

WSBK: Hafizh uji jentera baharu di Sepanyol seawal Januari depan
Hafizh tidak akan memandang rendah saingan WSBK kerana menyifatkannya sebagai kejohanan yang agak sukar walaupun berpengalaman berlumba dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) sebelum ini.

KBS sedia cari jalan bantu Hafizh
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata jika atlet negara mempunyai masalah, KBS akan terlebih dahulu mendengar sebelum sedaya upaya memberikan pertolongan.

Hafizh Syahrin kecewa GP Malaysia dibatalkan
Pembatalan MotoGP memberi kesan mendalam kepada pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah.

Hafizh Syahrin kemalangan, tidak tamatkan perlumbaan di GP Austria
Pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah tidak dapat menamatkan perlumbaannya di Grand Prix (GP) Styria, Austria hari ini selepas mengalami kemalangan pada pusingan ke-16.