KUALA LUMPUR: Pembatalan perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2021 di Litar Antarabangsa Sepang yang dijadual pada 22 hingga 24 Okt ini, memberi kesan mendalam kepada pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah.
Ini kerana menurut Hafizh yang menyertai NTS RW Racing GP musim ini, perlumbaan di Sepang itu sepatutnya bakal menyaksikan penampilan pertamanya bersama pasukan dan jentera baharu.
Malah, beliau juga merindukan saat berlumba di laman sendiri selepas kali terakhir beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong tempatan pada musim 2019.
"Saya pun tak tahu masa depan saya macam mana, kalau saya tiada di tahun hadapan mungkin belum pasti ada pelumba Malaysia (bersaing) musim depan," katanya dalam satu klip video kepada media, semalam.
Susulan pembatalan perlumbaan tersebut, pelumba berusia 26 tahun itu turut hampa apabila terpaksa mengharungi perlumbaan berulang kali di Eropah selepas ketiadaan beberapa siri perlumbaan lain di Asia antaranya GP Jepun.
Sementara itu, Hafizh berkata pembatalan GP Malaysia turut menyaksikan impian peminat melihat penampilan terakhir legenda MotoGP Valentino Rossi di Sepang sebelum bersara daripada sukan itu tidak kesampaian.
"Ramai peminat yang masih menyokong Valentino Rossi, yang nak tengok Valentino berlumba di Sepang buat kali terakhir," katanya.
Perlumbaan GP Malaysia 2021 dibatalkan berikutan situasi semasa pandemik COVID-19 serta sekatan perjalanan dilaksanakan Malaysia, sekali gus ia tahun kedua berturut-turut penganjuran perlumbaan itu dibatalkan.
Perkara itu diumumkan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Persatuan Pasukan Perlumbaan Jalan Raya Antarabangsa (IRTA) dan Dorna Sports, pemegang hak eksklusif komersial dan televisyen MotoGP dalam kenyataan bersama, pada Khamis.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 20 2021

Pembatalan MotoGP memberi kesan mendalam kepada pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah. - Foto fail

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya

MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang
Morbidelli, pelumba pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team, mencatat masa 1 minit dan 57.210 saat pada pusingan ke-18 semalam.

MotoGP: 'Martinator' patah tangan dan kaki - Ujian Sepang
Pelumba Aprilia Racing itu disahkan mengalami kecederaan patah tangan kanan dan patah kaki kiri.

MotoGP: Jorge Martin akhiri musim penuh gaya bergelar juara
Jorge Martin berjaya mengakhiri perlumbaan di podium tertinggi kejuaraan berprestij itu.

Barcelona mungkin anjur perlumbaan kemuncak MotoGP 2024 - Dorna Sports
Ezpeleta berkata mereka sedang berbincang dengan kerajaan Catalonia untuk mengadakan perlumbaan terakhir di lokasi berkenaan.

MotoGP perlumbaan Barcelona agak mencabar - Bagnaia
Pelumba kelahiran Itali itu mengakui cabaran Litar de Catalunya selepas melalui pengalaman terjatuh di litar berkenaan pada Jun lalu.

PM Anwar hadir pada perlumbaan GP Malaysia 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa hadir ke perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini.

Malaysia bukan destinasi kemuncak MotoGP - Azhan
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berkemungkinan tidak menganjurkan pusingan kemuncak Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) yang sepatutnya berlangsung di Valencia.

MotoGP: Khairul Idham Pawi patah tangan kiri, terlepas perlumbaan sebenar esok
Khairul Idham Pawi dan Helmi Azman terlibat dalam kemalangan pada penghujung perlumbaan pusingan kelayakan 1 bagi kelas Moto2 MotoGP Malaysia.

MotoGP: Bagnaia pecahkan rekod sepusingan SIC, duduki petak pertama
Juara Dunia Francesco Bagnaia yang sekali lagi mencatatkan rekod baharu sepusingan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di Sepang.

FIM MiniGP Malaysia: Qabil Irfan sedia gegar Sepang
Walaupun masih berusia 12 tahun, dia optimis dengan latihan yang secukupnya mampu meningkatkan penggalamannya.