KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia mencari jalan terbaik bagi membantu pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah yang memberi bayangan untuk meninggalkan Kejuaraan Motosikal Dunia pada penghujung musim ini.
Menterinya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata jika atlet negara mempunyai masalah, KBS akan terlebih dahulu mendengar sebelum sedaya upaya memberikan pertolongan.
"Itu tanggungjawab kita, yang penting beliau juga kena berusaha dan perlu ada semangat, Insya-Allah kita akan dapatkan satu titik pertemuan untuk memastikan beliau terbela," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan rasmi ke Institut Sukan Negara (ISN) di sini, hari ini.
Baru-baru ini, Hafizh yang mewakili pasukan NTS RW Racing GP mengakui tidak dapat melihat masa depannya berlumba pada musim 2022 disebabkan faktor kekangan kewangan kerana untuk beraksi beliau perlu mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi memenuhi tuntutan pasukan.
Beliau terdahulu memberi bayangan bersedia untuk menamatkan perjalanan kariernya selama lapan tahun dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia menerusi hantaran di Instagram miliknya dengan menggamit perjalanan kariernya sejak 2014.
Dalam perkembangan berasingan, Ahmad Faizal berkata dalam tempoh yang singkat di kementerian itu beliau bersama warga kerja KBS telah mewujudjan akaun satelit industri sukan.
Ahmad Faizal berkata ia kerana sehingga kini tiada data untuk menunjukkan betapa besarnya industri sukan negara.
"...dari segi pakaian sukan, pembuatannya, peralatan sukan, perniagaan dari segi fasiliti sukan dan sebagainya kita belum ada data lengkap," kata beliau.
Bercakap mengenai industri sukan, Ahmad Faizal berkata KBS mengalu-alukan penglibatan atlet atau bekas atlet untuk terlibat dalam memberi sokongan kepada industri itu serta meraih pulangan daripadanya.
"Saya tak nak atlet-atlet bila bersara meninggalkan terus bidang tersebut dan pergi ke bidang lain seterusnya memulakan kehidupan baharu. Kehidupan baharu dalam bidang yang sama boleh diteruskan kerana industri sukan itu cukup besar dan boleh beri pulangan yang banyak dari segi pendapatan," katanya.
Dalam pada itu, lawatan rasmi Ahmad Faizal hari ini bagi meninjau fasiliti dan operasi ISN selaku agensi penyedia perkhidmatan saintifik, nasihat, perundingan dan perkhidmatan berkaitan sains sukan dan perubatan sukan kepada atlet negara.
Antara fasiliti dikunjungi adalah Fasiliti Perubatan Sukan, Makmal Ais , Makmal Pergerakan Manusia, Gim Rimba dan "Environmental and Altitude Chamber".
Beliau berpuas hati dengan operasi yang dijalankan ISN mengikut spesifikasi bertaraf antarabangsa dalam usaha memulihkan serta meningkatkan prestasi atlet.
"Atlet negara harus memanfaatkan kemudahan yang disediakan bagi memastikan kecederaan dapat dipulihkan selain meningkatkan kecergasan mereka dalam masa singkat," katanya.
Turut sama pada sesi lawatan itu adalah Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ti Lian Ker, Ketua Pegawai Eksekutif ISN Ahmad Faedzal Md Ramli, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS Ramona Mohd Razali dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS Abdulah Hasan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 14 2021

Hafizh memberi bayangan bersedia untuk menamatkan perjalanan kariernya selama lapan tahun dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Terlampau banyak bercakap dan tidak berbuat apa-apa…' - Hafizh Syahrin
JDT sah menceburi arena perlumbaan permotoran bersama-sama pelumba berpengalaman negara Hafizh Syahrin Abdullah mulai musim 2024.

JDT Racing Team 'belanja' wajah jentera baharu Hafizh Syahrin
Menjelang musim 2024 yang bakal dihadapi JDT Racing Team, mereka sudah pun mula mendedahkan wajah jentera yang bakal digunakan di Asia Road Racing Championship (ARRC) musim 2024.

Hafiz Syahrin belum puas hati dengan jentera
Hafizh Syahrin Abdullah masih belum berpuas hati dengan jenteranya ketika beraksi pada Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2023.

WSBK: Hafizh Syahrin mula gegar Litar Mandalika
Pelumba pasukan PETRONAS MIE Racing HONDA Team itu mencatatkan masa 1 minit 37.087 saat pada sesi latihan bebas pertama.

Hafizh Syahrin tak pulang tangan kosong
Berlumba dalam keadaan litar basah, Hafizh Syahrin masih mampu mengawal jentera Honda CBR1000 RR-R dengan baik di litar.

Hafizh masih menanti perkhabaran TMJ
Bekas pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah masih menanti perkhabaran daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menzahirkan minat menajanya Jun lepas.

WSBK: Hafizh uji jentera baharu di Sepanyol seawal Januari depan
Hafizh tidak akan memandang rendah saingan WSBK kerana menyifatkannya sebagai kejohanan yang agak sukar walaupun berpengalaman berlumba dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) sebelum ini.

KBS sedia cari jalan bantu Hafizh
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata jika atlet negara mempunyai masalah, KBS akan terlebih dahulu mendengar sebelum sedaya upaya memberikan pertolongan.

Hafizh Syahrin kecewa GP Malaysia dibatalkan
Pembatalan MotoGP memberi kesan mendalam kepada pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah.

Hafizh Syahrin kemalangan, tidak tamatkan perlumbaan di GP Austria
Pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah tidak dapat menamatkan perlumbaannya di Grand Prix (GP) Styria, Austria hari ini selepas mengalami kemalangan pada pusingan ke-16.