KUALA LUMPUR: Walaupun mangsa keganasan rumah tangga sering dikaitkan dengan wanita dan kanak-kanak namun kaum lelaki yang menjadi mangsa penderaan juga dilindungi undang-undang di negara ini, kata pakar undang-undang.
Pensyarah undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Profesor Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar berkata sesiapapun mangsa keganasan rumah tangga tidak kira wanita atau lelaki mempunyai hak untuk dilindungi seperti termaktub dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521).
"Kalau kita lihat definisi mangsa dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521), jelas menunjukkan akta ini tidak membezakan mangsa keganasan melalui jantina.
"Malah, kalau kita lihat dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 8 pun, menjamin kesamarataan seperti yang termaktub dalam Perkara 8 (1) yang menyatakan semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan sama rata, tidak kira lelaki mahupun perempuan.
"Dalam Perkara 8 (2) juga menyatakan tidak boleh ada diskriminasi dalam undang-undang termasuk jantina. Ini sangat jelas, lelaki juga mempunyai hak untuk dilindungi daripada keganasan rumah tangga," katanya ketika menjadi tetamu program Koresponden Bernama terbitan Bernama TV bertajuk 'Keganasan Rumah Tangga: Hak Kaum Lelaki' hari ini.
Khairil Azmin bagaimanapun berkata statistik lelaki yang membuat laporan mengenai keganasan rumah tangga sangat rendah berbanding mangsa keganasan rumah tangga yang lain.
Katanya sebagai contoh, berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor, daripada 254 kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan di Selangor dari Januari sehingga September 2020, hanya 30 orang mangsa lelaki tampil membuat laporan.
Menurutnya, beliau percaya jumlah sebenar lelaki yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga adalah lebih daripada apa yang dilaporkan itu namun mangsa mungkin hanya berdiam diri dan tidak membuat laporan kepada pihak berkuasa atas sebab-sebab tertentu.
"Ada banyak faktor mengapa kaum lelaki ini, tidak tampil melaporkan kepada pihak berkuasa mereka menjadi mangsa keganasan. Antara faktor utama ialah melibatkan maruah diri atau keluarga kerana stigma dipandang rendah oleh masyarakat sekeliling andai mereka melaporkan kepada pihak berkuasa.
"Seterusnya, ada juga lelaki yang bergantung kepada pasangan. Oleh itu, mereka takut membuat laporan mereka menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Tidak kurang juga ada yang memberi alasan yang mereka masih sayang pada pasangan dan berharap pasangan mereka akan berubah," jelasnya.
Dalam pada itu, Khairil Azmin menasihatkan lelaki yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga supaya mengetepikan sikap ego untuk membuat laporan kerana takut dianggap lemah dan jangan salahkan diri sendiri kerana tidak semua keganasan yang berlaku berpunca daripada diri mereka sendiri.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 08 2022

Ada banyak faktor mengapa kaum lelaki tidak tampil melaporkan kepada pihak berkuasa mereka menjadi mangsa keganasan. - Gambar hiasan/Freepik

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tikam isteri kerana tak dapat duit beli rokok
Pihak berkuasa kini sedang melakukan siasatan lanjut ke atas Onal dan beberapa saksi di lokasi kejadian.

Tidak bekerja bukan alasan untuk bertahan didera suami - Pakar
Apabila berlaku kes sebegini, masyarakat melontarkan pertanyaan mengapa si isteri tidak bertindak keluar dari rumah dan membebaskan dirinya?

Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.

Bunuh isteri kerana enggan dipeluk
Seorang lelaki dari Kabupaten Kepulauan Tanimbar, Maluku, hilang pertimbangan apabila tergamak menikam isterinya sehingga maut hanya kerana mangsa enggan dipeluk.

Tergamak bakar isteri hanya disebabkan pengecas telefon
Mangsa meninggal dunia setelah dua minggu berjuang melawan keganasan yang dilakukan oleh suaminya sendiri.

Zahnita sempat mohon maaf kepada ibu mentua, namun...
Zahnita memohon maaf kepada ibu mentuanya apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama suaminya Abd Zackery Ghouse.

Ujian air kencing terhadap Zahnita Wilson kerana ada laporan berkaitan dadah
Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap bekas pelakon dan peragawati terkenal, Zahnita Wilson dilakukan berikutan terdapat laporan berkaitan dadah membabitkan wanita itu.

Kes Jahidah: Bekas suami dipenjara 10 tahun
Seorang peniaga dihukum penjara 10 tahun di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya, Jahidah Nordin, 46, sehingga koma, tiga tahun lalu.

Kes Jahidah: 'Penantian keluarga akhirnya berakhir' - Adik
Perjuangan lebih tiga tahun keluarga Jahidah Nordin @Sylvester yang didakwa dipukul suaminya sehingga koma akhirnya menemui titik noktah.

Zahnita Wilson dapat perintah perlindungan interim
Keputusan itu diputuskan oleh Majistret Wahida Zainal Abidin dalam prosiding yang berlangsung hari ini.