ISKANDAR PUTERI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor mengesan taktik baharu sindiket penyeludupan rokok yang menggunakan kontena diubah suai susulan rampasan rokok putih bernilai RM428,000 menerusi pemeriksaan di Pelabuhan Johor, 9 Dis lepas.
Pengarahnya Mishabudin Parmin berkata rokok seberat 342.4 kilogram itu dijumpai di dalam satu ruangan khas lantai sebuah kontena dan ia dipercayai diseludup terlebih dahulu dari negara lain termasuk Malaysia sebelum dihantar ke Australia.
Beliau berkata penyeludupan rokok dengan menggunakan kontena diubah suai merupakan taktik baharu memandangkan modus operandi seumpama itu antara taktik digunakan untuk menyeludup dadah.
"Hasil pemeriksaan rapi ke atas kontena 40 kaki (12.19 meter) tersebut bersama ejen penghantaran dan wakil syarikat menemukan sejumlah rokok putih yang disembunyikan di ruang khas lantai kontena yang diubah suai bersama 20 palet tisu.
"Rokok putih itu diseludup masuk ke Malaysia dan disimpan sementara sebelum dieksport. Kita tidak dapat kenal pasti lokasi sebenar rokok-rokok ini diseludup dan sedang jalankan siasatan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata susulan penemuan itu, seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967.
Dalam kes berlainan, Misbahudin berkata pihaknya menyita enam kontena berisi besi skrap bernilai RM380,000 dipercayai cuba diseludup ke negara Asia Timur di Pelabuhan Klang, Selangor.
Beliau berkata ia kejayaan hasil maklumat dan risikan sepasukan anggota Bahagian Penguatkuasaan Sungai Pulai dibantu pihak berkuasa zon bebas pelabuhan pada 5 Dis lepas.
"Hasil pemeriksaan ke atas dokumen pengikraran borang kastam mendapati dagangan diikrar sebagai bahan tembaga namun pemeriksaan rapi mendapati kontena mengandungi besi skrap itu tidak mempunyai permit eksport yang sah," katanya dan menambah kes disiasat mengikut Seksyen 133 (1) (a) dan Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 29 2022
Rokok seberat 342.4 kilogram itu dijumpai di dalam satu ruangan khas lantai sebuah kontena dan ia dipercayai diseludup terlebih dahulu dari negara lain termasuk Malaysia sebelum dihantar ke Australia.- BERNAMA
Satelit kayu pertama dihantar ke angkasa
Dinamakan LignoSat, ia mempunyai saiz sebesar tapak tangan dan ia ditugaskan untuk membuktikan kayu adalah bahan gred angkasa.
Dua warga China cedera ditembak di Karachi
Insiden tembakan di Karachi, Pakistan pada Selasa mengakibatkan dua warganegara China cedera. Perkara itu disahkan oleh pihak hospital dan kenyataan pihak polis yang mana ia dipercayai berkaitan dengan siri keganasan melibatkan warganegara China di negara itu baru-baru ini.
Apa yang kita perlu tahu tentang Electoral College?
Mari kita lihat keunikan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.
Kebangkitan sentimen persaingan 'populisma' rakyat
Timbalan Ketua Strategi Ibu Pejabat Asia UNSDSN (Universiti Sunway), Prof Wong Chin Huat berpandangan, persaingan dalam pilihan raya Amerika Syarikat kali ini menyuntik kelainan tersendiri kerana ia bukan lagi menunjukkan sokongan rakyat berdasarkan sayap parti di negara itu. Sebaliknya, keputusan itu nanti mencerminkan kebangkitan sentimen 'populisma terhadap pemimpin yang dilihat berupaya menyumbang secara terus kepada rakyat tanpa bergantung kepada sistem standard tadbir urus.
Jutaan rakyat Amerika tunai tanggungjawab
Jutaan rakyat Amerika Syarikat mula membuang undi mereka pada Selasa ketika pusat mengundi dibuka di seluruh negara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 November 2024.
10 Berita Pilihan - (5 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 6 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
ACLE: JDT benam juara Liga K1 Ulsan HD 3-0
JDT berjaya membenam juara Liga K1 Korea (Liga K1), Ulsan HD 3-0 pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 Zon Timur di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.
Pengurus syarikat rugi lebih RM500,000 terperdaya sindiket pelaburan saham
Seorang pengurus syarikat kerugian lebih RM500,000 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan saham tidak wujud.
Polis tumpaskan sindiket edar ganja, tahan tiga termasuk seorang wanita
Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan sebuah sindiket pengedaran ganja selepas menahan tiga individu termasuk seorang wanita serta merampas hampir 26 kilogram (kg) dadah bernilai RM79,680.
Sindiket jual sijil cuti sakit palsu tumpas, enam individu ditahan
Polis tumpas sindiket yang dipercayai menjual sijil cuti sakit palsu susulan penahanan enam individu dalam tangkapan berasingan.
707 mangsa sindiket penipuan tawaran kerja di luar negara diselamatkan
Sejumlah 707 mangsa warganegara Malaysia yang terlibat dengan sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara berjaya diselamatkan dan dihantar pulang ke tanah air setakat semalam.
PDRM, agensi lain sentiasa bekerjasama kekang penyeludupan dadah - Pengarah JSJN
Polis akan sentiasa bekerjasama erat dengan pelbagai agensi kerajaan untuk mengekang aktiviti penyeludupan dadah ke negara ini.
APMM gagalkan cubaan seludup satu tan daun ketum
APMM Zon Maritim Kuala Perlis menggagalkan cubaan menyeludup keluar kira-kira satu tan daun ketum bernilai RM50,000 di kedudukan 0.4 batu nautika timur laut muara Kuala Sanglang, Kuala Perlis.
Empat Ah Long ditahan, terlibat simbah cat, khianat di enam negeri
Polis Pulau Pinang menumpaskan satu sindiket Ah Long yang turut melakukan jenayah khianat rentas negeri.
EAIC tubuh pasukan petugas khas siasat sindiket visa perubatan warga asing
EAIC menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat isu salah laku berhubung sindiket visa perubatan yang dikeluarkan kepada warga asing daripada beberapa negara.
Peniaga kerugian lebih RM200,000 ditipu pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik untuk menyertai satu skim pelaburan atas nama Efinity Capital yang menawarkan keuntungan lumayan.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian.