PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyediakan imbuhan kepada orang awam yang menyalurkan maklumat mengenai kegiatan jenayah termasuk aktiviti sindiket pengedaran dadah yang menjadikan Malaysia sebagai lokasi transit bahan terlarang itu.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata imbuhan atau hadiah tertentu diberikan sekiranya maklumat itu berjaya membawa kepada kejayaan penangkapan sindiket atau individu tertentu.
"Pemberi maklumat diberikan hadiah tertentu dan kita akan teruskan pemberian hadiah kepada pemberi maklumat... jumlah tertentu diberi kepada pemberi maklumat jika terdapat tangkapan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Program Pematuhan 'Authorized Economic Operator' (AEO) Bersepadu Peringkat Nasional Bil. 01/2023 di sini hari ini.
Semalam, media melaporkan JKDM merampas 454 kilogram (kg) dadah bernilai hampir RM70 juta dalam tiga serbuan di Pelabuhan Klang dan Kompleks Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang awal bulan ini hasil maklumat Kementerian Dalam Negeri (KDN) Arab Saudi.
Ahmad merakamkan penghargaan kepada KDN Arab Saudi yang menyalurkan maklumat mengenai kontena mengandungi dadah dari Brazil yang menuju ke India tetapi singgah di Malaysia itu.
Mengenai kes penyeludupan dadah melalui Pelabuhan Klang ke Brisbane, Australia, Ahmad berkata ia adalah sesuatu yang memeranjatkan dan memberikan nama yang tidak baik kepada Malaysia di peringkat perkastaman dunia.
"Kerajaan pandang serius di mana kelemahan yang menyebabkan perkara itu berlaku," katanya dan menambah JKDM perlu meningkatkan aktiviti pemantauan, pengintipan serta perkongsian maklumat bagi membanteras kegiatan sindiket pengedaran dadah melalui negara ini.
Media sebelum ini melaporkan pihak berkuasa Australia merampas 336 kg heroin dianggarkan bernilai AUD268.8 juta (RM789.56 juta) dalam sebuah kontena penghantaran dari Malaysia ke Brisbane pada 13 Mac lepas.
Polis Persekutuan Australia (AFP) dalam kenyataan dilaporkan berkata Pasukan Sempadan Australia (ABF) berjaya mengesan dadah berkenaan disorok dalam dua blok konkrit simen, yang masing-masing seberat 500kg.
Ditanya adakah anggota JKDM mencukupi ketika ini, beliau berkata beberapa Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) memerlukan penambahan anggota seperti di Sabah, Sarawak dan Johor, namun setakat ini perkara itu tidak menjejaskan operasi.
Mengenai AEO, Ahmad berkata sebanyak 136 buah syarikat telah mendapatkan akreditasi AEO daripada JKDM sejak 2022 hingga Mei tahun ini.
"JKDM menyasarkan sebanyak 41 syarikat baharu akan dapat diiktiraf sebagai AEO tahun ini. Saya gesa syarikat di luar secara sukarela sertai AEO," katanya.
Program AEO Nasional bertujuan memudah cara mekanisme pelepasan dagangan menerusi fasilitasi perdagangan secara bersepadu, memupuk tadbir urus lebih telus pihak berkepentingan serta memastikan pembayaran duti serta cukai yang lebih tepat untuk meningkatkan pungutan hasil negara.
Program itu diperkenalkan oleh Pertubuhan Kastam Sedunia (WCO) pada 2005 dan dilaksanakan oleh JKDM mulai 2010.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 13 2023
Ahmad berkata imbuhan atau hadiah tertentu diberikan sekiranya maklumat itu berjaya membawa kepada kejayaan penangkapan sindiket atau individu tertentu. - Gambar fail
Penduduk kampung beratur minum air rendam kaki Haji, Hajah
Difahamkan kejadian berlaku pada minggu lalu di sebuah perkampungan yang tidak didedahkan lokasinya.
Elak anak kerap kecacingan, banyakkan jenis makanan ini!
Petanda anak yang mengalami kecacingan adalah selalu gatal dan kerap menggaru di bahagian belakang terutama dubur.
PRK Sungai Bakap: Calon PN Abang Abidin selesai buang undi
Abidin hadir berkemeja putih pada jam 8.15 pagi tadi dan terus bergerak untuk proses buang undi.
Hello Kedah platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat
Pengunjung juga tidak melepaskan peluang 'terlibat sama' dalam beberapa aktiviti yang memfokuskan kepada pelbagai lapisan usia.
AWANI Pagi: Jojo sedia harumkan nama Malaysia di pentas dunia
Gelanggang #AWANIPagi akan dikunjungi sensasi Muay Thai, Johan 'Jojo' Ghazali untuk berkongsi perihal langkahnya yang semakin menyinar dalam sukan itu. Jangan ketinggalan saksikan eksklusif di AWANI Pagi 7.30 pagi Sabtu
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Ular tedung tercekik botol ubat batuk
Reptilia berkenaan dilihat seperti sukar bernafas dan bergelut untuk mengeluarkan botol dari rahangnya.
PRK Sungai Bakap: Warga emas bersemangat turun undi, bangun 4.30 pagi
Walaupun hanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke pusat pengundian, dia keluar lebih awal bagi mengelak kesesakan.
Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Pejabat Netanyahu bagaimanapun memaklumkan, masih terdapat jurang antara kedua-dua pihak.
Siapa wakil rakyat baharu di Sungai Bakap?
Sebanyak sembilan pusat mengundi membabitkan 65 saluran dibuka mulai jam 8 pagi hingga 6 petang sebelum proses penjumlahan undi berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi bagi tujuan PRK Sungai Bakap ini.
PRK Sungai Bakap: Sembilan pusat mengundi dibuka 8 pagi ini
Proses pengundian hari ini melibatkan 39,151 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.
ESSCOM hasrat libatkan pasukan khas JKDM, JIM dalam latih amal di ESS ZONE
ESSCOM berhasrat memperluas latih amal gabungan pasukan khas dengan JIM dan JKDM bagi mengukuhkan keselamatan di ESS ZONE.
Pegawai kastam tertembak diri sendiri ketika mahu cuba pistol rakan
Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa mahu mencuba pistol jenis CZ sebelum tertekan picu, dalam insiden 11 Jun lepas.
Kastam Perlis tahan 8 warga Thailand, gagalkan cubaan seludup diesel, petrol
JKDM Perlis berjaya mematahkan cubaan menyeludup minyak diesel dan petrol serta rampasan ke atas komoditi lain bernilai RM108,585.
Seludup rokok haram di Kelantan catat penurunan - JKDM
Kegiatan penyeludupan rokok haram di Kelantan menunjukkan penurunan sebanyak 73.2 peratus apabila merekodkan rampasan lebih 4.4 juta batang rokok sejak Januari hingga Mei lepas.
SPRM, JKDM, LHDN lumpuhkan sindiket penyeludupan terbesar di Pelabuhan Klang
Sindiket didalangi warga asing itu sudah 10 tahun beroperasi, dengan nilai ketirisan dianggar sekitar RM3.5 bilion
Kastam rampas pelbagai barangan seludup bernilai RM1.98 juta
JKDM menggagalkan cubaan mengedar pelbagai barangan seludup bernilai hampir RM1.98 juta menerusi Operasi Palang Timur dan Operasi Makmur III yang bermula 2 hingga 31 Mei lepas.
Pegawai kanan Kastam didakwa tidak serah rampasan sisik tenggiling kepada Perhilitan
Seorang pegawai kanan JKDM dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan tidak menyerahkan rampasan sisik tenggiling kepada Perhilitan.
Kastam Negeri Sembilan rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM600,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan menumpaskan sindiket pengedaran rokok dan bir tidak sah dianggarkan bernilai lebih RM600,000.
Kastam Melaka tumpaskan penyeludupan minuman keras, rokok hampir RM12.8 juta
JKDM Melaka menumpaskan dua kegiatan penyeludupan minuman keras dan rokok pelbagai jenama melibatkan rampasan bernilai hampir RM12.8 juta termasuk cukai di sekitar Johor pada Februari dan Mei.
Kastam rampas 154 kg methaphetamine, empat lelaki ditahan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 154 kilogram methaphetamine bernilai RM5 juta dan menahan empat lelaki warga tempatan di tiga lokasi pada 14 Mei lepas.