Bekas aktivis politik dan sosial Kassim Ahmad yang mencetuskan kontroversi berhubung kenyataan berunsur anti-hadis baru-baru ini, ditahan penguat kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di rumahnya di Taman Kulim Perdana, Kelab Golf Kulim di sini tengah hari Rabu.
Kassim ditahan sepasukan 10 pegawai penguat kuasa JAKIM yang diketuai pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Anuar Salehuddin Mat Saad, dengan bantuan polis dan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Islam Kulim pukul 12.30 tengah hari.
Di Kuala Lumpur, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Paimuzi Yahya ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan Kassim.
Katanya Kassim akan didakwa di Mahkamah Syariah Putrajaya hari ini atas dua kesalahan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.
Beliau berkata dua kesalahan itu ialah menghina agama Islam dan melanggar fatwa.
"Kesalahan pertama, Dr Kassim akan didakwa mengikut Seksyen 7 Akta Jenayah Syariah kerana menghina Agama Islam.
"Kesalahan kedua mengikut Seksyen 9 akta yang sama kerana melanggar fatwa ataupun arahan pihak berkuasa agama," katanya.
Kassim mencetuskan kontroversi apabila mendakwa Islam sebenar di negara ini telah diseleweng dan menyamakan sistem ulama dengan kasta paderi dalam Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian pada 15 dan 16 Februari di Putrajaya baru-baru ini.
Pada seminar itu, Kassim dilaporkan turut menyinggung perasaan umat Islam apabila mendakwa masyarakat kini melakukan beberapa kesalahan seperti mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW dengan ungkapan syahadah serta menyatakan bahawa rambut bukanlah aurat bagi wanita.
Bernama
Thu Mar 27 2014


Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Mahkamah Rayuan putuskan pendakwaan ke atas Kassim Ahmad tidak sah dan batal
Mahkamah memutuskan penahanan dan pendakwaan ke atas bekas aktivis sosial dan politik Dr Kassim Ahmad kerana dikatakan menghina Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama, adalah tidak sah dan batal.

19 Dis keputusan Kassim Ahmad cabar tindakan Jawi
Peguam Rosli Dahlan dalam penghujahannya berkata tindakan Jawi mendakwa Kassim atas pertuduhan menghina agama Islam adalah tidak sah.

Hina agama Islam: Kassim Ahmad fail saman cabar keputusan pendakwaan
Dr Kassim Ahmad hari ini memfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk mencabar keputusan pihak pendakwaan yang mendakwanya terhadap dua pertuduhan.

Kassim Ahmad didakwa atas tuduhan menghina agama Islam
Bekas aktivis politik dan sosial itu mengaku tidak bersalah dan kes akan disebut semula pada 7 April ini.

Kassim Ahmad ditahan atas dakwaan menghina Islam dan melanggar fatwa
Kassim ditahan sepasukan 10 pegawai penguat kuasa JAKIM dengan bantuan polis dan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Islam Kulim.

Anti Hadis
Tun Dr. Mahathir Mohamad yang baru-baru ini dilabel sebagai penyokong Kassim Ahmad memberikan pandangannya tentang isu anti hadis.

MUIS mahu Kassim Ahmad bertaubat
Majlis Ulama ISMA berkata kefahaman yang dibawa Kassim Ahmad berkaitan dengan Islam adalah terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.

Jakim pandang serius isu yang dibangkitkan Kassim Ahmad
Kenyataan penuh Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha mengenai Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian.

JAWI buka kertas siasatan kes Kassim Ahmad
Orang ramai terutamanya umat Islam dinasihatkan supaya memberi kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menanganinya.

ABIM sedia debat dengan Kassim Ahmad
ABIM juga berpandangan sudah tiba masanya pihak berwajib mengambil tindakan terhadap Kassim sepertimana ajaran sesat yang lain.