Bekas aktivis politik dan sosial Dr Kassim Ahmad hari ini memfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk mencabar keputusan pihak pendakwaan yang mendakwanya terhadap dua pertuduhan iaitu menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama.
Kassim, 81, yang hadir di mahkamah bersama-sama peguamnya Abdullah Khubayb Awaluddin, memfailkan permohonan itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas melalui Tetuan Lee Hishammuddin Allen & Gledhill.
Beliau menamakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Ibrahim Deris, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan kerajaan Malaysia sebagai responden.
Dalam permohonannya, beliau antara lain memohon suatu perintah certiorari untuk membatalkan keputusan Ketua Pendakwa Syarie pada 27 Mac yang mendakwanya terhadap dua pertuduhan iaitu menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya.
Beliau memohon supaya prosiding kesnya di Mahkamah Tinggi Syariah digantung sehingga permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman itu diputuskan.
Kassim juga memohon suatu perintah membatalkan tindakan dan keputusan pegawai-pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) yang menyerbu, menggeledah dan menyita bahan terbitannya, memeriksa, menahan, menangkap dan mengeluarkannya dari Kedah dan membawanya ke Wilayah Persekutuan.
Beliau juga mahu suatu perintah membatalkan apa jua waran tangkap, geledah, sita dan bon yang dikenakan kepadanya.
Kassim juga memohon suatu deklarasi bahawa tindakan pencerobohan pegawai JAWI dan pendakwaan terhadapnya adalah ultra vires dan bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Akta-Akta Syariah Wilayah Persekutuan dan Enakmen-Enakmen Syariah Kedah.
Beliau memohon suatu deklarasi bahawa kesalahan melanggar fatwa Wilayah Persekutuan hanya terpakai kepada pemastautin di Wilayah Persekutuan sahaja.
Sementara itu Abdullah Khubayb memberitahu pemberita bahawa pihaknya juga memfailkan permohonan itu bersama-sama sijil perakuan supaya kes itu didengar segera. Bagaimanapun katanya tiada tarikh ditetapkan mahkamah setakat ini.
Pada 27 Mac lepas, Kassim mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu di Mahkamah Tinggi Syariah. Kes itu akan dijadual disebut semula pada 17 Julai.
Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu dalam 'Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian Hala Tuju Bangsa dan Negara Malaysia Untuk 30 Tahun Akan Datang' di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8, Putrajaya, pada 15 dan 16 Feb lepas.
Kassim antaranya dituduh menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina selain mengingkari pihak berkuasa agama, perintah Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam, Majlis Agama Islam atau Mufti.
Kassim dituduh mengikut Seksyen 7 (b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 9 akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Bernama
Thu Jun 26 2014
![Hina agama Islam: Kassim Ahmad fail saman cabar keputusan pendakwaan Hina agama Islam: Kassim Ahmad fail saman cabar keputusan pendakwaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/71392098933_295x200.jpg)
Dr Kassim Ahmad - Gambar Fail
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Mahkamah Rayuan putuskan pendakwaan ke atas Kassim Ahmad tidak sah dan batal Mahkamah Rayuan putuskan pendakwaan ke atas Kassim Ahmad tidak sah dan batal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/61450707972_KassimAhmad.jpg)
Mahkamah Rayuan putuskan pendakwaan ke atas Kassim Ahmad tidak sah dan batal
Mahkamah memutuskan penahanan dan pendakwaan ke atas bekas aktivis sosial dan politik Dr Kassim Ahmad kerana dikatakan menghina Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama, adalah tidak sah dan batal.
![19 Dis keputusan Kassim Ahmad cabar tindakan Jawi 19 Dis keputusan Kassim Ahmad cabar tindakan Jawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-07/81405322486_295x200.jpg)
19 Dis keputusan Kassim Ahmad cabar tindakan Jawi
Peguam Rosli Dahlan dalam penghujahannya berkata tindakan Jawi mendakwa Kassim atas pertuduhan menghina agama Islam adalah tidak sah.
![Hina agama Islam: Kassim Ahmad fail saman cabar keputusan pendakwaan Hina agama Islam: Kassim Ahmad fail saman cabar keputusan pendakwaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/71392098933_295x200.jpg)
Hina agama Islam: Kassim Ahmad fail saman cabar keputusan pendakwaan
Dr Kassim Ahmad hari ini memfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk mencabar keputusan pihak pendakwaan yang mendakwanya terhadap dua pertuduhan.
![Kassim Ahmad didakwa atas tuduhan menghina agama Islam Kassim Ahmad didakwa atas tuduhan menghina agama Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/71392098933_295x200.jpg)
Kassim Ahmad didakwa atas tuduhan menghina agama Islam
Bekas aktivis politik dan sosial itu mengaku tidak bersalah dan kes akan disebut semula pada 7 April ini.
![Kassim Ahmad ditahan atas dakwaan menghina Islam dan melanggar fatwa Kassim Ahmad ditahan atas dakwaan menghina Islam dan melanggar fatwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/71392098933_295x200.jpg)
Kassim Ahmad ditahan atas dakwaan menghina Islam dan melanggar fatwa
Kassim ditahan sepasukan 10 pegawai penguat kuasa JAKIM dengan bantuan polis dan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Islam Kulim.
![Anti Hadis Anti Hadis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/51362050981_295x200.jpg)
Anti Hadis
Tun Dr. Mahathir Mohamad yang baru-baru ini dilabel sebagai penyokong Kassim Ahmad memberikan pandangannya tentang isu anti hadis.
![MUIS mahu Kassim Ahmad bertaubat MUIS mahu Kassim Ahmad bertaubat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/71392098933_295x200.jpg)
MUIS mahu Kassim Ahmad bertaubat
Majlis Ulama ISMA berkata kefahaman yang dibawa Kassim Ahmad berkaitan dengan Islam adalah terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.
![Jakim pandang serius isu yang dibangkitkan Kassim Ahmad Jakim pandang serius isu yang dibangkitkan Kassim Ahmad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/61377506089_295x200.jpg)
Jakim pandang serius isu yang dibangkitkan Kassim Ahmad
Kenyataan penuh Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha mengenai Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian.
![JAWI buka kertas siasatan kes Kassim Ahmad JAWI buka kertas siasatan kes Kassim Ahmad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/71392098933_295x200.jpg)
JAWI buka kertas siasatan kes Kassim Ahmad
Orang ramai terutamanya umat Islam dinasihatkan supaya memberi kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menanganinya.
![ABIM sedia debat dengan Kassim Ahmad ABIM sedia debat dengan Kassim Ahmad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/71392098933_295x200.jpg)
ABIM sedia debat dengan Kassim Ahmad
ABIM juga berpandangan sudah tiba masanya pihak berwajib mengambil tindakan terhadap Kassim sepertimana ajaran sesat yang lain.