KUALA BERANG:Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan membuat pemantauan secara berterusan dan serbuan secara berkala terhadap syarikat atau pengedar berkaitan daging import tanpa sebarang notis pada bila-bila masa.
Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata kementerian belum 'cuci tangan' berkaitan isu tersebut dan pemantauan berterusan bertujuan memastikan semua daging yang diimport masuk ke Malaysia adalah halal.
"Kementerian juga memberi jaminan bahawa semua daging import yang ada di pasaran ketika ini adalah halal.....apa yang berlaku baru-baru ini, kita telah dapat bendung dan kenal pasti.
"Tanggungjawab kita memastikan semua daging yang nak masuk ke Malaysia wajib halal kecuali daging babi, ia dalam kategori yang lain," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan pematuhan skim harga maksimum musim perayaan Krismas yang turut dihadiri Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Mohd Kia di sebuah pasar raya di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata sebanyak 9,629 premis perniagaan di seluruh negara telah diperiksa oleh KPDNHEP bagi tempoh 22 Dis hingga 29 Dis untuk pemantauan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas kali ini.
Rosol berkata hasil pemeriksaan sepanjang tempoh itu hanya merekodkan 10 kes kesalahan sahaja dengan jumlah kompaun sebanyak RM1,100 dan jumlah sitaan RM386.
"Satu kes ialah gagal mempamerkan tanda harga khas (merah jambu) manakala sembilan kes lagi kerana tiada tanda harga barangan dipamerkan. Tindakan diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
"Ini menunjukkan skim pemantauan harga adalah efisyen kerana peniaga sudah mengikuti peraturan yang ditetapkan agar tidak mengambil kesempatan pada musim perayaan," katanya.
Selain itu, beliau berkata KPDNHEP juga telah memulakan Op Catut sebanyak tiga fasa untuk memantau harga barangan dan pakaian sekolah menjelang sesi persekolahan 2021 yang akan dibuka tidak lama lagi.
"Fasa pertama ialah dari 24 Dis hingga esok, fasa kedua pada 1 Jan hingga 19 Jan dan fasa ketiga dari 20 Feb hingga 7 Mac depan. Op ini bertujuan memastikan tiada peniaga yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga pakaian dan kelengkapan sekolah yang mana antara barangan diperiksa ialah seperti beg, kasut, stokin dan tudung," katanya.
Bagi operasi fasa pertama, sebanyak 279 premis telah diperiksa setakat ini melibatkan 1,154 barangan yang daripada jumlah itu, 271 notis pengesahan maklumat barangan dikeluarkan untuk tindakan lanjut.
Selain itu, Rosol berkata KPDNHEP juga akan melancarkan kempen 'Back To School' untuk memudahkan ibu bapa membuat persediaan membeli kelengkapan persekolahan dan setakat ini permohonan dari pasar raya atau premis perniagaan masih dibuka untuk menyertai kempen tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 30 2020

Rosol berkata kementerian belum 'cuci tangan' berkaitan isu tersebut dan pemantauan berterusan bertujuan memastikan semua daging yang diimport masuk ke Malaysia adalah halal. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Kartel daging: Syarikat LY Frozen, pengurus stor, akauntan dilepas, bebas ubah wang haram
Syarikat LY Frozen Food Sdn Bhd, pengurus stor dan akauntannya, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan lebih RM12 juta.

Jakim akan laksana tiga mekanisme elak isu 'kartel daging' berulang
Isu tersebut telah membuka mata banyak pihak terutamanya berkaitan kepentingan sistem pengurusan rantaian bekalan halal di Malaysia.

Kartel daging: 4 penguat kuasa MAQIS, seorang pemilik syarikat dihadap ke mahkamah
Mereka berhadapan tuduhan rasuah dan mengemukakan butiran palsu berhubung kes kartel daging.

Kartel daging: Syarikat, pengarah dan pengurus dituduh sekali lagi
Hari ini mereka didakwa atas empat pertuduhan bersabit kesalahan bersubahat dan memiliki barangan dilarang import bernilai RM643,465.39 pada Disember 2020.

Isu ketirisan daging import luar bidang kuasa DVS
Agensi itu hanya bertanggungjawab dalam menjalankan audit pemeriksaan rumah sembelih luar negara untuk tujuan kelulusan eksport ke Malaysia mengikut SOP ditetapkan.

Kartel daging: Polis kesan 7 lagi suspek
Datuk Huzir Mohamed, berkata dua lelaki turut dikesan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

36 pengarah, pengurus 20 syarikat kes kartel daging import ditahan
Semua mereka adalah daripada 20 syarikat yang dikenal pasti terbabit berkomplot dalam kegiatan pengedaran daging berkenaan.

Bukan daging sahaja, kayu pun cuba diimport secara tidak sah ke negara ini
Tiga kontena yang membawa masuk 83.966 meter kubik (MTQ) muatan kayu itu ditahan dalam pemeriksaan rutin di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), Butterworth, jam 5.32 petang Sabtu.

Kartel daging: Kertas siasatan diserah kepada Pejabat Peguam Negara dua minggu lepas - SPRM Johor
SPRM Negeri Johor sudah pun menyerahkan kertas siasatan berhubung kes kartel penyeludupan daging sejuk beku kepada Pejabat Peguam Negara dua minggu lalu.

Kartel daging: MAQIS kini boleh akses sistem pelabuhan untuk pemeriksaan
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) kini mempunyai akses ke dalam sistem pelabuhan untuk membuat pemeriksaan.