NILAI: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan campur tangan ahli politik dalam isu dominasi kartel industri penternakan ayam di seluruh negara.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata laporan terperinci diperlukan dalam menentukan kesahihan dakwaan penglibatan mana-mana pihak dalam isu berkenaan.
"Isu ini bukan perkara mudah, siasatan terperinci diperlukan, baru boleh dipastikan. Kalau ada orang terlibat ia memerlukan siasatan yang rapi, tidak boleh terlalu cepat kata ada kartel," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri 2022 dan Program Jualan Malaysia Rancak Aidilfitri di AEON Mall Nilai.
"Saya tidak menafikan dan juga tidak mengesahkan (isu kartel), lebih baik tunggu laporan MyCC. Apabila siasatan siap, bukan hanya melibatkan KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) tetapi kementerian lain juga kerana ia berkaitan bekalan dan sebagainya," tambahnya.
Beberapa media tempatan hari ini melaporkan campur tangan politik sejak sekian lama dalam isu membabitkan dominasi kartel dalam industri penternakan ayam di seluruh negara menyebabkan pihak terbabit terus bermaharajalela.
Laporan media berkenaan turut mendedahkan bahawa kartel turut menguasai pasaran harian berjumlah 1.5 juta ekor ayam, iaitu 70 peratus daripada keseluruhan 2.2 juta ekor ternakan itu yang dijual di seluruh negara setiap hari.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 26 2022
![Kartel ayam: MyCC siasat dakwaan campur tangan politik Kartel ayam: MyCC siasat dakwaan campur tangan politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71619067590_PASARBORONGSELANGOR.jpg)
Beberapa media tempatan hari ini melaporkan campur tangan politik sejak sekian lama dalam isu membabitkan dominasi kartel dalam industri penternakan ayam di seluruh negara. - Gambar hiasan
![Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720340181_Meninggaldunia.jpg)
Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan
Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA Kelantan, Rosdi Mohamed meninggal dunia selepas 10 jam menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar.
![HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717485168_tbStevenSim.jpg)
HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim
Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan tadbir urus di seluruh kementerian biarpun sebelum audit selesai termasuk di HRD Corp.
Hamas tepis dakwaan jadikan sekolah UNRWA sebagai markas
Pejuang Hamas menafikan menjadikan sekolah milik Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai pusat operasi mereka.
Ketua CIA dilapor ke Doha minggu hadapan
Ketua Agensi Risikan Pusat, Amerika Syarikat (CIA) William Burns dilaporkan akan ke Doha, Qatar minggu hadapan bagi menghadiri rundingan gencatan senjata di antara negara pengantara dalam misi menamatkan kekejaman rejim Israel ke atas Gaza.
![Tiga bulan bawa bas tanpa lesen Tiga bulan bawa bas tanpa lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720341019_BawaBasTiadaLese.jpg)
Tiga bulan bawa bas tanpa lesen
Sebanyak 16 kenderaan perkhidmatan awam telah ditahan untuk pemeriksaan antaranya melibatkan enam bas persiaran, enam bas ekspres, tiga bas kilang dan sebuah bas sekolah.
Taufan Beryl kategori satu dijangka membadai Texas
Bencana yang disebabkan Taufan Beryl tidak terhenti di negara kepulauan Carribean. Ia selepas hujan lebat turut melanda beberapa bahagian di Texas, Amerika Syarikat dan taufan kategori satu yang dijangka membawa ribut tropika akan melanda kawasan tersebut pada Isnin.
Perancis adakan pusingan kedua pengundian hari ini
Tinjauan pendapat meramalkan parti berhaluan kanan, National Rally (RN), bakal memperoleh undi terbanyak tetapi berkemungkinan tidak mencapai majoriti.
![Adira beri bayangan mahu rujuk dengan Datuk Red? Adira beri bayangan mahu rujuk dengan Datuk Red?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720339988_Dira.jpg)
Adira beri bayangan mahu rujuk dengan Datuk Red?
Dalam video itu, ibu empat anak itu turut meluahkan rasa malas untuk berkenalan dengan orang baharu.
Ambil iktibar sifat sabar, gigih Rasulullah
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengingatkan umat Islam supaya mengambil iktibar sifat sabar dan gigih Nabi Muhammad SAW ketika memperkenalkan sesuatu perkara baharu dengan memikirkan pendekatan strategik agar ia dapat disampaikan secara teran, jelas dan berkesan supaya dapat difahami serta diterima.
![PM ucap tahniah kepada penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1446H/2024M PM ucap tahniah kepada penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1446H/2024M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720337053_AnwarIbrahim.jpg)
PM ucap tahniah kepada penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1446H/2024M
Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada bekas Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad dan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Prof Dr Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi.
![Kartel ayam: MyCC lanjut tempoh representasi lima syarikat ke 19 Disember Kartel ayam: MyCC lanjut tempoh representasi lima syarikat ke 19 Disember](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71666781124_ROSOL.jpg)
Kartel ayam: MyCC lanjut tempoh representasi lima syarikat ke 19 Disember
Representasi itu bagi tujuan untuk pihak terbabit mengemukakan bukti sekali gus menafikan kesalahan menaikkan kuantum harga makanan ternakan itu sebelum ini.
![Hasil siasatan kartel ayam dibentang Isnin ini Hasil siasatan kartel ayam dibentang Isnin ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51655981602_AlexanderNantaLing.jpg)
Hasil siasatan kartel ayam dibentang Isnin ini
Pasukan khas menyiasat dakwaan perlakuan antipersaingan dalam industri ayam negara akan membentangkan hasil siasatan mereka pada Isnin ini.
![Siasatan berhubung kewujudan kartel ayam di peringkat akhir Siasatan berhubung kewujudan kartel ayam di peringkat akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652954296_menyusunayamuntuk.jpg)
Siasatan berhubung kewujudan kartel ayam di peringkat akhir
Datuk Rosol Wahid berkata beberapa saksi dalam kalangan penternak dan 'integrator' turut dipanggil untuk membantu siasatan.
!['Tak mustahil kartel ayam cari jalan belakang' 'Tak mustahil kartel ayam cari jalan belakang'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41653428713_NazirHussinAkhtar.jpg)
'Tak mustahil kartel ayam cari jalan belakang'
Walaupun penternak dan peniaga ayam berhak mendapat keuntungan lebih, tetapi dengan situasi sekarang mereka perlu meletakkan kepentingan rakyat dan negara ini terlebih dahulu.
![Isu bekalan ayam: Pergerakan Pemuda UMNO kemuka empat cadangan Isu bekalan ayam: Pergerakan Pemuda UMNO kemuka empat cadangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647506876_KetuaPemudaUMNOD.jpg)
Isu bekalan ayam: Pergerakan Pemuda UMNO kemuka empat cadangan
Selain bantuan khas, kewujudan beberapa agensi khusus dalam menangani isu ini dapat menyelesaikan krisis bekalan ayam yang dihadapi negara.
![Kartel ayam: MyCC siasat dakwaan campur tangan politik Kartel ayam: MyCC siasat dakwaan campur tangan politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71619067590_PASARBORONGSELANGOR.jpg)
Kartel ayam: MyCC siasat dakwaan campur tangan politik
Laporan terperinci diperlukan dalam menentukan kesahihan dakwaan penglibatan mana-mana pihak dalam isu berkenaan.