Penganjuran Karnival Kerjaya Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Sabah 2017 adalah antara medium yang tepat dalam mempertemukan keperluan industri dan penjana tenaga kerja, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching.
Beliau berkata karnival itu adalah platform terbaik untuk meningkatkan kebolehpasaran para graduan yang dijana oleh institusi TVET di Sabah.
"Saya difahamkan seramai 158 graduan TVET di Sabah telah berjaya ditawarkan pekerjaan dan 296 orang lagi sedang menunggu panggilan sepanjang karnival itu yang dilaksanakan selama dua hari sejak Jumaat.
"Saya juga dimaklumkan bahawa karnival kerjaya TVET yang dilaksanakan pada tahun lepas telah berjaya meningkatkan kebolehpasaran graduan di Politeknik Kota Kinabalu sebanyak 20.2 peratus," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Karnival Kerjaya TVET Sabah 2017, di Politeknik Kota Kinabalu, dekat sini pada Sabtu.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik Prof Datuk Dr Mohd Ismail Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) Datuk Dr Mohd Yaakub Johari dan Pengarah Politeknik Kota Kinabalu Zainab Othman.
Lebih 1,000 peluang pekerjaan ditawarkan daripada 28 agensi pelbagai industri pada karnival anjuran bersama Politeknik, Kolej Komuniti dan Kolej Vokasional serta SEDIA dan Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sabah.
Yap berkata karnival itu juga bertindak sebagai medan perkongsian maklumat dengan memberi pendedahan kepada pelajar tentang senario Revolusi Industri Keempat yang diperlukan oleh dunia pekerjaan pada masa kini.
Revolusi perindustrian pertama tertumpu pada penggunaan mesin berkuasa wap, kedua pada elektrik untuk mengubah barisan pemasangan dan ketiga berkisar kepada penggunaan teknologi maklumat (IT) untuk terus mengautomasikan lagi barisan pengeluaran.
Revolusi perindustrian keempat pula akan menyaksikan Internet of Things (IoT) membaik pulih bukan sahaja perniagaan, tetapi hampir semua aspek kehidupan seharian.
Sehubungan itu, Yap berkata pelaksanakan karnival kerjaya itu perlu diteruskan pada masa-masa akan datang dengan sokongan dan kerjasama semua pihak industri kepada institusi TVET di Sabah yang akan melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam memenuhi aspirasi industri keempat negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 12 2017
Mary Yap berkata karnival itu adalah platform terbaik untuk meningkatkan kebolehpasaran para graduan yang dijana oleh institusi TVET di Sabah. -Gambar fail
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
Lebih 120,000 ekspatriat berada di Malaysia, sumbang 4.8 peratus daripada KDNK
Sebanyak 120,183 pegawai ekspatriat berada di Malaysia setakat 31 Okt lepas.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Bekas pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Pemandu mabuk sebabkan kematian suami isteri didakwa
Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas dua pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian pasangan suami isteri pada 16 November lalu.
PKR rai ulang tahun 25 tahun dengan penganjuran karnival 11 Mei ini - Nurul Izzah
PKR akan meraikan ulang tahun ke-25 penubuhannya dengan menganjurkan satu karnival terbuka di Sentul Depot, Kuala Lumpur 11 Mei ini.
Gabungan usahawan, selebriti dalam satu karnival bantu rancakkan jenama tempatan dalam pasaran
Penglibatan artis dan atau pempengaruh pula dapat membuka peluang untuk menyerlahkan sesuatu produk yang diusahakan.
KPDNHEP rancang adakan KBM lebih besar tahun hadapan
Karnival itu akan diadakan seperti MAHA yang mengumpulkan semua barangan tempatan di One-Stop Showcase.
AKM Perlis: JKNP nasihat pengunjung patuh SOP, tidak merokok
Orang ramai diingatkan supaya tidak menghisap rokok di kawasan kompleks tersebut kerana premis itu adalah kawasan larangan merokok.
Seram, roda Ferris bergoyang dan gagal berpusing
Kejadian itu berlaku di sebuah karnival di Sakon Nakhon, Thailand pada malam Ahad lepas.
4,000 jawatan kosong ditawar di Minggu Karnival PenjanaKerjaya Merdeka 2020
Lebih 4,000 kekosongan jawatan ditawarkan oleh 85 syarikat yang menyertai Program Minggu Karnival PenjanaKerjaya Merdeka 2020 yang sedang berlangsung di seluruh negara sehingga Sabtu ini.
Rakyat berpeluang ketahui peranan tentera pada Hari Terbuka ATM
Hari terbuka berbentuk karnival bertemakan "Tentera dan Rakyat Berpisah Tiada" sempena Hari ATM ke-86 juga bagi memperingati jasa pahlawan negara.
Karnival Pantai Terengganu beroperasi 24 jam hingga lewat malam Sabtu
Beri peluang kepada mereka yang terlibat dalam Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud untuk turut sama merasai kemeriahan karnival.
Tiga kanak-kanak antara yang maut di letupan karnival
Tiga kanak-kanak antara lapan yang terbunuh dalam letupan gas semasa perarakan Karnival Bolivia di Oruro Sabtu lalu.
Karnival kerjaya tingkat kebolehpasaran graduan - Yap
Karnival merupakan platform terbaik untuk meningkatkan kebolehpasaran para graduan yang dijana oleh institusi TVET di Sabah.