Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Marudu, Rony Sikawan, berkata bomba menerima makluman berhubung kejadian itu pada 8.23 malam sebelum empat anggota bersama seorang penyelia dikerahkan ke lokasi berkenaan.
"Sebaik tiba di lokasi, pihak bomba mendapati tangan kanak-kanak itu tersepit pada permainan 'mini box' itu dan pihak bomba telah menggunakan 'bolt cutter' untuk mengeluarkan tangan mangsa," katanya ketika dihubungi, hari ini.
![Anggota bomba sedang menjalankan operasi berkenaan di Pekan Gohsen, Kota Marudu, malam tadi. - Bomba Kota Marudu](http://img.astroawani.com/2018-09/61537344919_freesize.jpg)
Beliau berkata, operasi itu tamat pada jam 8.41 malam dan mangsa kemudiannya dirujuk kepada pihak ambulans yang turut berada di tempat kejadian.
Tambah Rony, kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan serius dan punca tangannya tersepit pada mesin permainan itu juga tidak diketahui.