JEMPOL: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan kini memantau keadaan kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang diselamatkan polis selepas disyaki menjadi mangsa dera ayah kandung dan ibu tirinya sejak Mac lalu.
Pengarah JKM Negeri Sembilan, Rosnah Sardi berkata, mangsa masih dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, namun dilaporkan berada dalam keadaan baik.
"Keadaan kesihatan mangsa dalam keadaan baik, namun masih diberi rawatan serta dipantau. Keadaan emosinya juga semakin baik.
"Nenek sebelah bapa mangsa ada menemaninya di wad dan JKM akan memantau keadaannya dari semasa ke semasa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Berkenaan adik beradik tiri mangsa, kata Rosnah, mereka yang berusia empat, tiga dan satu tahun tiga bulan pula kini berada di bawah jagaan nenek sebelah ibu mereka di Jempol.
Tambahnya, mereka semua berada dalam keadaan baik dan tiada tanda-tanda penderaan.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, bapa kandung dan ibu tiri mangsa ditahan selepas disyaki menderanya dalam kejadian di Bahau, Jempol pada Selasa.
Kejadian itu terbongkar selepas mangsa yang merupakan anak sulung daripada empat beradik melarikan diri dari rumahnya setelah tidak tahan diperlakukan sedemikian oleh pasangan tersebut.
Ketua Polis daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, mendapat maklumat berhubung kejadian kira-kira jam 2.30 petang sebelum diselamatkan oleh pihak polis.
“Terdapat kesan luka pada bahagian badan mangsa yang kemudiannya dibawa ke Hospital Jempol untuk rawatan lanjut.
“Siasatan awal mendapati mangsa didera sejak Mac lalu hingga kini, mangsa telah dipukul oleh ibu tiri dan bapa kandungnya menggunakan tangan, senduk kayu, ditendang dan dirotan,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 14 2023

Mangsa masih dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, namun dilaporkan berada dalam keadaan baik. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kes GISB: Empat beradik terpisah dengan bapa, mangsa dera diselamatkan
Empat beradik berusia enam hingga 11 tahun yang terpisah daripada bapa sejak 2021 adalah antara kanak-kanak yang diselamatkan polis dalam Ops Global di sebuah rumah di Tapah, Perak pada Sabtu lalu.

Budak perempuan maut disyaki didera, ibu dan ayah tiri ditahan
Pemeriksaan ke atas mangsa mendapati terdapat kesan lebam di muka, tangan, kaki dan badan mangsa dipercayai dicederakan dengan tangan atau kaki, tali pinggang, penyangkut baju dan senjata tumpul.

Budak lelaki mangsa dera minum air tandas, dibiar kelaparan
Luluh hati seorang ibu apabila mengetahui anaknya yang menjadi mangsa dera suaminya terpaksa minum air dalam tandas dan dibiarkan kelaparan.

'Kanak-kanak enam tahun mangsa dera masih dirawat, dipantau' - JKM
JKM Negeri Sembilan kini memantau keadaan kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang diselamatkan polis selepas disyaki menjadi mangsa dera ayah kandung dan ibu tirinya sejak Mac lalu.

Reman ibu, teman lelaki dera kanak-kanak lima tahun hingga mati dilanjutkan
Sebelum ini, kedua-dua suspek yang ditahan pada hari sama bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, telah direman selama seminggu dan tamat semalam.

Penjaga bagi kanak-kanak lelaki didera di Johor belum dimuktamadkan
Penjaga bagi kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dipercayai didera ibu dan rakannya di Pasir Gudang, Johor Jumaat lepas belum dimuktamadkan walaupun waris telah dikenal pasti.

Kanak-kanak dua tahun didera selamat, sedang dirawat - KPWKM
KPWKM memandang serius isu tular berkenaan kes penderaan seorang kanak-kanak berusia dua tahun oleh orang yang dikenali.

Dua kanak-kanak jadi mangsa dera pengasuh di Seri Kembangan
Dua kanak-kanak berusia empat dan tujuh tahun dipercayai menjadi mangsa dera pengasuh mereka dalam kejadian di Seri Kembangan seperti dalam sebuah video yang tular Selasa lepas.

Jenazah kanak-kanak mangsa dera selamat dikebumikan
Jenazah kanak-kanak lelaki yang dipercayai menjadi mangsa dera di Senggarang, Batu Pahat selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Gatom.

Jumlah Pelindung Kanak-Kanak perlu ditambah dengan segera - Rina
Nisbah ketika ini adalah seorang 'Pelindung' bagi setiap 50 hingga 100 kanak-kanak.