KUALA LUMPUR: Jumlah Pelindung Kanak-Kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu ditambah dengan segera bagi menangani kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak, memandangkan jumlahnya ketika ini tidak mencukupi.
Meteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, nisbah ketika ini adalah seorang 'Pelindung' bagi setiap 50 hingga 100 kanak-kanak, sedangkan sasarannya ialah Pelindung bagi 30 hingga 35 kanak-kanak di seluruh negara.
Beliau berkata peranan Pelindung Kanak-Kanak ini dalam menyelamatkan dan menjamin kesejahteraan kanak-kanak yang menjadi mangsa dera perlu diperkasa, memandangkan kes-kes penderaan dan pengabaian kini kelihatan semakin bertambah kompleks.
Menurutnya Pelindung Kanak-kanak juga berperanan menyediakan laporan sosial untuk digunakan mahkamah dalam menentukan penempatan dan individu yang sesuai untuk menjaga kanak-kanak yang menjadi mangsa dera.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat dua kanak-kanak yang disyaki menjadi mangsa dera ibu saudara dan bapa saudara mereka di Hospital Ampang dekat sini hari ini.
Dua kanak-kanak yang berusia lapan dan enam tahun itu dilaporkan telah diselamatkan pihak Bomba apabila salah seorang daripada mereka cuba untuk terjun dari sebuah kondominum empat tingkat dalam usaha melarikan diri.
Rina berkata keadaan kedua-dua kanak-kanak itu kini semakin bertambah baik dan mereka kelihatan lebih ceria.
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak yang membuat aduan mengenai cubaan kanak-kanak itu untuk terjun dari kondominium itu yang mengakibatkan kes penderaan itu terbongkar.
Katanya, keprihatinan dalam komuniti terhadap kesejahteraan masing-masing seperti yang ditunjukkan oleh pengadu itu perlu dicontohi oleh semua dalam usaha menangani kes-kes sedemikian.
"Ini adalah peranan semua lapisan masyarakat untuk mengambil berat antara satu sama lain sebagai satu Keluarga Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 18 2022

Rina berkata, Pelindung Kanak-kanak juga berperanan menyediakan laporan sosial untuk digunakan mahkamah. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Jumlah Pelindung Kanak-Kanak perlu ditambah dengan segera - Rina
Nisbah ketika ini adalah seorang 'Pelindung' bagi setiap 50 hingga 100 kanak-kanak.