TAWAU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang dilaporkan hanyut ketika menyeberang sungai bersama bapanya di Kampung Ranggu, Batu 8 di sini semalam ditemukan maut pagi ini.


Ringkasan AI
  • Putri Jimar, kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, ditemukan maut setelah hanyut ketika menyeberang sungai bersama bapanya di Kampung Ranggu, Batu 8.
  • Mayatnya dijumpai tersangkut pada dahan kayu kira-kira 800 meter dari lokasi kejadian oleh orang awam pada pukul 8 pagi.
  • Operasi mencari dan menyelamat bermula pada 6.58 pagi dan tamat pada 8.30 pagi, dengan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Jemishin Ujin berkata mayat kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Putri Jimar dijumpai orang ramai tersangkut pada dahan kayu di sungai itu pada 8 pagi tadi kira-kira 800 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hanyut.

"Semalam BBP Tawau menerima panggilan kecemasan pada 6.06 petang mengenai seorang kanak-kanak perempuan hanyut ketika cuba menyeberangi sungai bersama bapanya.

"Operasi mencari dan menyelamat mangsa pada hari ini bermula pada 6.58 pagi menggunakan kaedah pencarian 'surface rescue' bersama agensi penyelamat lain dan orang ramai di sekitar lokasi kejadian sebelum mayat ditemukan oleh orang awam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jemishin berkata operasi berkenaan tamat pada 8.30 pagi dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA