KUALA LUMPUR:Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang dilaporkan hilang semalam telah dijumpai.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata susulan hebahan media dan talian Nur Alert, Muhammad Afif Faiq Mohd Izmeet Iskandar disahkan berada di bawah jagaan bapa kandungnya.
Menurut Rajab, pihaknya menerima laporan kehilangan itu daripada bapa angkatnya berusia 57 tahun.
"Lelaki itu tinggal berdua bersama kanak-kanak tersebut di sebuah pangsapuri di Setapak Jaya di sini.
"Dia menyedari kehilangan kanak-kanak itu setelah pulang dari kedai.
"Lelaki tersebut cuba mencari anak angkatnya di kawasan kediaman itu, namun gagal," katanya sepertimana dilapor Sinar Harian.
Rajab berkata, lelaki berkenaan telah hadir ke balai polis berhampiran untuk melaporkan kejadian tersebut.
"Tindakan hebahan melalui siaran media dan talian Nur Alert telah dibuat. Hasil siasatan lanjut, kita mendapati kanak-kanak tersebut dalam jagaan bapa kandungnya," katanya.
Beliau berkata, terdapat sedikit salah faham antara bapa kandung dan bapa angkat kanak-kanak itu sehingga mengakibatkan terjadinya isu berkenaan.
"Hasil pemeriksaan awal, kanak kanak tersebut dalam keadaan sihat dan tidak mengalami apa-apa kecederaan.
"Kanak-kanak tersebut telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju. Kita sedang merakam keterangan kesemua pihak termasuk kanak-kanak tersebut," katanya.
Rajab berkata, selesai proses dokumentasi, kanak-kanak itu diserahkan semula kepada bapa angkatnya untuk tindakan lanjut.
"Kita menyeru agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak betul.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pihak atas maklumat dan tindakan segera yang diterima daripada orang ramai sehingga selesainya kejadian ini," katanya.
Astro Awani
Thu Dec 03 2020

RAJAB: Hasil pemeriksaan awal, kanak kanak tersebut dalam keadaan sihat dan tidak mengalami apa-apa kecederaan. -Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Kanak-kanak dilapor hilang rupanya bersama bapa kandung
Terdapat sedikit salah faham antara bapa kandung dan bapa angkat kanak-kanak itu sehingga mengakibatkan terjadinya isu berkenaan.

Suspek hempas kucing ke lantai beri keterangan kepada polis
Lelaki berumur 36 tahun itu didakwa melakukan tindakan tersebut di lot parkir deretan kedai di Jalan Rejang, Setapak, pada Isnin.

Pengawal keselamatan mangsa pukul tampil beri keterangan - Polis
Keterangan lengkap mengenai kejadian telah diambil oleh pegawai penyiasat kes dan mangsa telah memberikan kerjasama penuh dalam membantu siasatan.

Polis tahan lelaki warga Nepal bantu kes pukul pengawal keselamatan
Polis menahan seorang lelaki warga Nepal bagi membantu siasatan kes pukul pengawal keselamatan dalam kejadian yang tular di media sosial.

Polis buka kertas siasatan video tular pengawal keselamatan dipukul
Siasatan mendapati kejadian itu berlaku di tempat letak kereta sebuah kondominium di Jalan Madrasah, Wangsa Maju pada 7 Julai lepas.

Lelaki pukul pengawal keselamatan dengan kayu golf ditahan
Suspek akan direman untuk siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Seorang cedera dalam kejadian berbalas tembakan di ibu negara
Kejadian berlaku apabila anggota polis sedang memeriksa seorang lelaki yang dikehendaki polis.

Warga emas maut dilanggar kereta api
Mangsa dipercayai dilanggar kereta api dari arah Tumpat menghala ke Gua Musang.

Berhati-hati guna jalan Gua Musang-Lojing - Polis
Jalan Gua Musang-Lojing di Kilometer 97 di sini, kini boleh dilalui semua kenderaan selepas runtuhan tanah dari lereng bukit yang menimbus sebahagian laluan itu, telah dibersihkan.