PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan dengan keputusan majoriti 4-3, hari ini menolak rayuan seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun, yang bapanya warganegara Malaysia dan ibunya rakyat Filipina, bagi mendapatkan kerakyatan Malaysia.
Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf yang menyampaikan keputusan mahkamah itu berkata, kanak-kanak tersebut tidak memenuhi kriteria yang diperlukan di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk diisytiharkan sebagai warganegara Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang.
Kanak-kanak itu dilahirkan di Filipina pada September 2010 dan beberapa bulan kemudian, dia bersama ibu bapanya ke Malaysia sebelum pasangan itu mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia pada Februari 2011.
Presiden Mahkamah Rayuan itu berkata, pengesahan kanak-kanak berkenaan selepas kelahirannya menghalangnya daripada menjadi warganegara melalui kuat kuasa undang-undang di bawah Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan.
"Ini kerana peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan jelas bahawa kewarganegaraan berdasarkan undang-undang harus ditentukan pada saat kelahirannya, bukan setelah itu," katanya.
Kanak-kanak berkenaan, yang identitinya dirahsiakan, memohon untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia berdasarkan Perkara 14 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa seseorang adalah warganegara melalui kuat kuasa undang-undang atau bagaimana seseorang secara automatik menjadi warganegara jika syarat di bawah Persekutuan Jadual Kedua Perlembagaan dipenuhi.
Keputusan majoriti yang menolak rayuan kanak-kanak itu adalah oleh Rohana dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim manakala Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan dan Datuk Mary Lim Thiam Suan sebaliknya.
Bapa kanak-kanak itu telah mengemukakan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapatkan kerakyatan Malaysia bagi anaknya namun ditolak tanpa sebarang alasan yang sah pada 2012.
Kemudian melalui bapanya, dia memfailkan saman pemula memohon perisytiharan bahawa dia adalah warganegara Malaysia dan perintah mendesak ketua pengarah JPN mengeluarkan sijil kelahiran dan kad pengenalan Malaysia kepadanya.
Pada 23 Ogos 2017, Mahkamah Tinggi menolak saman pemula itu selepas memutuskan bahawa kanak-kanak tersebut tidak layak mendapat kerakyatan Malaysia kerana ibunya bukan warganegara Persekutuan Malaysia ketika dia dilahirkan.
Rayuannya turut ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 14 Feb 2019.
Kanak-kanak itu yang diwakili sepasukan peguam yang diketuai Datuk Dr Cyrus Das, memperoleh kebenaran merayu kepada Mahkamah Persekutuan pada 15 Okt 2019 bagi membolehkan empat isu perundangan dalam kes itu diputuskan.
Dalam penghakimannya, Rohana berkata, Seksyen 17 Bahagian III Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa kanak-kanak dilahirkan tanpa perkahwinan sah, adalah mengikut kewarganegaraan ibunya yang dianggap diperolehnya kerana telah menggunakan pasport yang dikeluarkan oleh kerjaaan Filipina semasa melakukan perjalanan.
Dalam keputusan yang membenarkan rayuan kanak-kanak itu, Tengku Maimun berkata, kanak-kanak itu telah memenuhi semua syarat untuk mendapatkan kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang kerana tidak ada pertikaian mengenai bapa kandung anak itu.
Beliau berkata perkataan "bapa" dalam Seksyen 1 (b) dalam Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan bermaksud bapa kandung anak itu, sambil menambah bahawa sama ada seseorang itu tidak sah atau tidak adalah fakta yang tidak relevan untuk menentukan hak mereka untuk kewarganegaraan dengan syarat bahawa identiti bapa kandung mereka diketahui.
Nallini dan Lim juga menyampaikan penghakiman berasingan dalam menyokong penghakiman Tengku Maimun itu.
"Untuk menghalang anak yang secara tidak sengaja waktu kelahirannya, dan status perkahwinan ibu bapanya, daripada kewarganegaraan, yang kedua-duanya tidak boleh dikawalnya, adalah membuatnya menderita akibat tindakan ibu bapanya. Adakah itu tujuan dan maksud peruntukan kewarganegaraan di bawah Perlembagaan Persekutuan?" katanya.
Sementara itu, Lim dalam keputusannya berkata, beliau berpendapat bahawa hakikat bapa kanak-kanak itu tidak menikahi ibunya pada saat kelahirannya tidak menghilangkan haknya untuk memperoleh kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang.
Responden diwakili sepasukan peguam kanan persekutuan yang diketuai oleh Shamsul Bolhassan. - BERNAMA
Bernama
Fri May 28 2021
![Kanak-kanak beribukan warga Filipina, bapa rakyat Malaysia gagal dalam rayuan berhubung kerakyatan Kanak-kanak beribukan warga Filipina, bapa rakyat Malaysia gagal dalam rayuan berhubung kerakyatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61620285343_TBSELEBRITIDIDAKWA.jpg)
Kanak-kanak tersebut tidak memenuhi kriteria yang diperlukan di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk diisytiharkan sebagai warganegara Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang, kata Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Tindakan segera diperlukan di Indonesia, pastikan ruang digital selamat untuk kanak-kanak Tindakan segera diperlukan di Indonesia, pastikan ruang digital selamat untuk kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739490486_Sobatkom.jpg)
Tindakan segera diperlukan di Indonesia, pastikan ruang digital selamat untuk kanak-kanak
Kandungan yang merangkumi keganasan fizikal dan lisan, unsur seksual, maklumat yang mengelirukan dan ucapan kebencian adalah berbahaya.
![80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy 80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737543854_HajahNancyHajiShu.jpg)
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Nancy berkata 475 lagi telah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 manakala lima lagi diserahkan kepada Orang yang Layak dan Sesuai (OYLS) mengikut akta sama.
![Tiga tebusan Israel berada dalam keadaan stabil - Pengarah Hospital Tiga tebusan Israel berada dalam keadaan stabil - Pengarah Hospital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737327541_tbhostagerecovery.jpg)
Tiga tebusan Israel berada dalam keadaan stabil - Pengarah Hospital
Tiga tebusan telah bertemu semula dengan keluarga masing-masing manakala pemeriksaan kesihatan akan mengambil masa beberapa hari.
![Dua lelaki mengaku salah miliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak Dua lelaki mengaku salah miliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737108837_SessionsCourt.jpg)
Dua lelaki mengaku salah miliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak
Dua lelaki mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak di dalam komputer masing-masing.
![107 anak-anak bekas anggota GISB tidak dituntut 107 anak-anak bekas anggota GISB tidak dituntut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737088345_NancyShukri.jpg)
107 anak-anak bekas anggota GISB tidak dituntut
Nancy berkata, seramai 448 kanak-kanak sudah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
![Amalan 'sharenting' buka ruang jenayah dalam talian libatkan kanak-kanak - Fahmi Amalan 'sharenting' buka ruang jenayah dalam talian libatkan kanak-kanak - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734419794_FahmiFadzil.jpg)
Amalan 'sharenting' buka ruang jenayah dalam talian libatkan kanak-kanak - Fahmi
Amalan 'sharenting' atau amalan menunjuk-nunjuk perkara berkaitan anak-anak oleh segelintir ibu bapa, membuka ruang kepada jenayah dalam talian.
![Jurulatih renang didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki Jurulatih renang didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729581448_courtgavelmahkam.jpg)
Jurulatih renang didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki
Seorang jurulatih renang mengaku tidak bersalah datas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki.
![FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024 FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731389860_tbBrightCowJunior.jpg)
FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit.
![Roblox akan mula halang kanak-kanak melepak dalam permainan mereka Roblox akan mula halang kanak-kanak melepak dalam permainan mereka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730952252_Roblox.jpg)
Roblox akan mula halang kanak-kanak melepak dalam permainan mereka
Roblox menyatakan bahawa langkah-langkah keselamatan baharu ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk memastikan keselamatan pemain, terutamanya kanak-kanak.
![Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730463418_TBmediasosial.jpg)
Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka.