Seorang kanak-kanak dan bapa saudaranya maut manakala seorang lagi kanak-kanak cedera apabila motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah lori ketika dalam perjalanan ke sekolah pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Md Asri A Wahab berkata mangsa, Muhammad Aryan Iman Abdullah, 7 tahun, yang mengalami kecederaan di bahagian dada dan Mohd Rozaini Ismail, 47 tahun, cedera parah di kepala meninggal dunia di lokasi kejadian di Jalan Teluk Piah, Kuala Selangor dekat sini.
Beliau berkata seorang lagi kanak-kanak yang merupakan anak kepada Mohd Rozaini, Muhammad Saifulbahari, 7 tahun, cedera di kepala dan patah bahu kirinya.
Menurut Md Asri, dalam kejadian pukul 6.40 pagi itu, Mohd Rozaini membawa kedua-dua kanak-kanak terbabit menaiki sebuah motosikal dari rumah mereka di Taman Bendahara, Kuala Selangor untuk ke Sekolah Kebangsaan Assam Jawa dekat sini, yang terletak kira-kira lima kilometer.
"Kejadian berlaku apabila motosikal mangsa dipercayai dilanggar dari arah belakang oleh sebuah lori.
Pemeriksaan mendapati hanya Mohd Rozaini yang memakai helmet ketika kejadian dan kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk rawatan serta tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata pemandu lori berkenaan membuat laporan polis sejurus kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Bernama
Tue Jan 15 2019

Kejadian berlaku pada jam 6.40 pagi. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Bayi maut jatuh ke dalam lubang tandas sebaik dilahirkan - Bomba Selangor
Seorang bayi lelaki meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang tandas sebaik sahaja dilahirkan di sebuah rumah di Parit 7, Sekinchan petang tadi.

Lori rempuh bas, pasangan suami isteri parah tersepit
Rempuhan kuat itu menyebabkan pasangan terbabit yang berusia awal 30-an parah di bahagian kaki.