IPOH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan pemasangan perkhidmatan Internet satelit Starlink di Kampung Orang Asli Tonggang, Ulu Kinta dekat sini.
Anwar berkata beliau akan meminta Kementerian Komunikasi dan Digital melalui Menterinya Fahmi Fadzil memastikan penduduk kampung itu mendapat akses Internet.
"Apabila saya turun ke sini hari ini, kualiti jaringan Internet sedia ada hampir tiada sedangkan ada 435 penduduk yang tinggal di sini dan jika ada boleh dihantar satu kit Starlink ke sini kelak.
"Penggunaan Starlink ini sebagai penyelesaian sementara dan ia akan diselesaikan segera agar penduduk di sini dapat menikmati jaringan internet yang stabil," kata beliau ketika berucap pada program Lawatan Kerja Bersama Penduduk Orang Asli Kampung Tonggang di sini hari ini.
Anwar berkata ia akan dilaksanakan melalui projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) sebagai usaha membantu rakyat dalam mendapatkan kemudahan jaringan internet yang baik.
Perdana Menteri turut mengumumkan kelulusan peruntukan bagi menambah baik jalan raya ke kampung itu yang memerlukan pembaikan segera melalui Pejabat Daerah dan Tanah Kinta.
Beliau berkata kerajaan turut meluluskan peruntukan RM400,000 untuk pembinaan blok bangunan baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tanjung, Kampung Tonggang.
"Saya telah tanya kepada Pengarah Pendidikan Negeri dan mereka menunggu kelulusan tanah daripada kerajaan negeri dan kita harapkan ia dapat disegerakan.
"Bajet ini dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, jadi telah diluluskan RM400,000 namun jika tidak mencukupi maka saya akan tambah," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 24 2023
![Kampung Orang Asli Tonggang bakal dapat Starlink - PM Anwar Kampung Orang Asli Tonggang bakal dapat Starlink - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692874719_AnwarIbrahim.jpg)
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bergambar bersama kanak-kanak mesyarakat Orang Asli pada program lawatan kerja bersama Masyarakat Orang Asli Kampung Tonggang Ulu Kinta hari ini. - Foto BERNAMA
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Pakej P-hailing Rahmah: Usaha kerajaan wajar dipuji Pakej P-hailing Rahmah: Usaha kerajaan wajar dipuji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706089728_TBPAKEJPHAILING.jpg)
Pakej P-hailing Rahmah: Usaha kerajaan wajar dipuji
Pakej P-hailing Rahmah untuk pemandu dan penunggang p-hailing, membuktikan keprihatinan kerajaan dalam membantu golongan berkenaan.
![Fasa dua pindaan akta berkaitan jenayah seksual kanak-kanak pada sesi Parlimen akan datang Fasa dua pindaan akta berkaitan jenayah seksual kanak-kanak pada sesi Parlimen akan datang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71680783628_AzalinaOthman.jpg)
Fasa dua pindaan akta berkaitan jenayah seksual kanak-kanak pada sesi Parlimen akan datang
Ia turut mengambil kira pandangan daripada Civil Society Organisations (CSOs), Pesuruhjaya Kanak-kanak, pakar akademik dan pihak berkepentingan lain.
![Hasrat miliki penyedia perkhidmatan internet untuk luaskan rangkaian Hasrat miliki penyedia perkhidmatan internet untuk luaskan rangkaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/51485155479_telcotower.jpg)
Hasrat miliki penyedia perkhidmatan internet untuk luaskan rangkaian
Katanya, negeri ini tidak boleh bergantung kepada syarikat telekomunikasi sedia ada semata-mata kerana keutamaan mereka adalah luas dan tidak tertumpu sepenuhnya kepada keperluan rakyat Sarawak.