KUALA LUMPUR: Isu kenaikan harga barangan telah membawa kepada rungutan dalam kalangan masyarakat di seluruh negara, termasuk para peniaga.
Justeru, Astro AWANI telah meninjau Pasar Jalan Raja Bot di Chow Kit bagi mendapatkan gambaran lebih jelas berhubung isu kenaikan harga barangan asas itu.
Menurut Ah Seng, 51, yang merupakan seorang peniaga sayur sejak 30 tahun lalu, kenaikan harga sayur-sayuran import amat merunsingkan.
Tambahnya, kenaikan harga itu berlaku sejak Oktober lalu dan terus mencatatkan kenaikan dari semasa ke semasa sehingga menyukarkan peniaga.
"Kita ikut harga sana (pasar borong), kalau sana naik (harga) kita naik, sana turun sini turun. Kalau harga standard lagi senang jual, orang berniaga atau makan dekat rumah tidak perlu keluar wang banyak.
"Kalau barang mahal sangat kita kena buat aduan… ramai orang tak faham, dia cakap kita cekik darah, untung banyak.
"Kenaikan harga ini, bukan peniaga macam kami boleh kawal, kalau tidak saya dah kaya dah. Ini tengok barang, ada yang naik dari bulan Oktober lagi, dia naik sikit-sikit masuk 18 November banyak sayur macam lobak merah, bunga kobis… barang import naik harga dengan banyak," jelasnya.
Alasan harga minyak naik
Katanya, alasan yang diberikan pemborong ialah kenaikan harga barangan adalah disebabkan harga petrol dan diesel mengalami kenaikan.
"Bila cakap mahal sangat (harga sayur), pemborong dan pembekal cakap minyak diesel naik harga, petrol naik harga, lori punya tayar naik harga, tak boleh buat apa.
"Kita kena bayar semua benda walaupun mahal, terpaksalah, janji masih boleh hidup, okaylah," ujarnya lagi.
Harga naik luar biasa
Kami bertemu dengan seorang lagi peniaga, Heng Weng Heng, 42, yang turut meluahkan rasa yang sama.
Malah, menurutnya ada sayur yang meningkat harga dua kali ganda.
"Sudah satu bulan (kenaikan harga), sawi, kobis bunga, brokoli, lobak merah, kangkung, bayam dan kacang antara yang naik (harga).
"Saya tak tahu kenapa mahal, mungkin kurang barang (stok). Pasar borong semua naik, kita ikut sahaja. Pelanggan bising kenapa barang mahal, kita beli mahal jual pun mahal.
"Sekarang kacang RM9 dulu RM6, lobak merah RM5 dulu RM3.50, dia naik RM2… sangat tinggi. Brokoli sekarang RM15, dulu RM10… paling mahal pun RM12. Kobis bunga lagi tinggi, RM16, dulu baru RM7 hingga RM8,” jelasnya lagi.
Saban hari, rungutan diterimanya oleh pembeli yang rata-rata marah dengan kenaikan harga itu.
Namun sebagai peniaga, beliau cuba sedaya upaya untuk menjelaskan situasi sebenar.
Harga ayam meningkat RM9 sekilogram
Tidak hanya peniaga sayur, malah peniaga ayam juga turut terkesan dengan kenaikan harga.
Muhammad Arif Ali Amran, 23, ketika ditemui Astro AWANI turut menyatakan rasa hairan dengan kenaikan harga yang tidak munasabah.
Ujarnya, dalam tempoh setahun, lebih tiga kali harga ayam dari pembekal naik.
"Sekarang makin naik (harga), kami nak berniaga pun takut sebab harga mendadak sangat.
"Dulu beli RM7 sekilogram, sekarang sampai RM9 sekilogram. Agak susah sikit, sebab pembeli tengok makin susah dengan harga RM9 ini mahal sangat.
"Memang orang bising kenapa mahal, kita pun jawab tak boleh buat apa memang harga macam ni, sejak tiga bulan lalu lepas naik, naik dan naik," katanya lagi.
Meskipun terpaksa berdepan dengan kecaman pembeli, namun bagi Muhammad Arif, beliau mahukan agar kerajaan dapat menangani isu kenaikan harga ayam.
Tegasnya, ia bukan hanya mengakibatkan pembeli tertekan, malah peniaga kecil sepertinya turut tertekan gara gara harga ayam yang melambung tinggi.
"Saya sebagai penjual minta tolong orang atasan dapat tolong kami peniaga kecil macam ini.
"Tolong kawal harga sikit lah, kami dah tanggung susah macam ini, orang atas tolong bertanggungjawab juga lah," keluh beliau.
Fareez Azman
Sat Nov 27 2021
Kenaikan harga itu berlaku sejak Oktober lalu dan terus mencatatkan kenaikan dari semasa ke semasa sehingga menyukarkan peniaga. - Astro AWANI
MCMC rakam percakapan ADUN Sungai Burong mengenai hantaran di Facebook
MCMC telah merakam percakapan ADUN Sungai Burong Dr Mohd Zamri Mohd Zainuldin pada 7 Jan lepas, berhubung suatu hantaran palsu mengenai Perdana Menteri.
Israel kenakan sekatan baharu ke atas liputan media
Israel mengenakan sekatan baharu terhadap media yang membuat liputan operasi serangan rejim zionis itu untuk mengelakkan kebocoran tindakan yang menyalahi undang-undang.
Bayi cedera digigit: Pemilik, pembantu taska ditahan
Polis menahan tiga wanita bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi yang cedera dipercayai digigit.
UK akan perkenalkan sekatan baharu sasar dalang sindiket penyeludupan manusia
United Kingdom akan memperkenalkan undang-undang baharu bagi menyekat kemasukan pendatang asing tanpa izin dengan menyasarkan dalang penyeludupan manusia.
Kemiskinan tegar di Kelantan dinoktahkan, lebih 14,000 keluar kategori
Seramai 14,041 ketua isi rumah telah berjaya dikeluarkan daripada kategori miskin tegar di Kelantan tahun lalu.
[TERKINI] Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dihasilkan semula - Tiong
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dihasilkan semula dengan lebih terpirinci untuk mempromosi setiap negeri secara sistematik dan dijangka siap dalam tempoh seminggu.
Indonesia nyata hasrat bantu Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN - PM Anwar
Perdana Menteri berkata Indonesia telah menyatakan komitmen untuk membantu dan memberi kerjasama kepada Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN tahun ini.
Wanita dipenjara tiga tahun miliki bahan berkaitan kumpulan Daish
Seorang bekas pegawai pemasaran dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish.
Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei mara ke suku akhir penuh bergaya
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2025 dengan penuh bergaya.
[TERKINI] MCMC rakam keterangan ADUN Sungai Burong
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Mohd Zamri Mohd Zainuldin berkaitan hantaran yang didapati palsu dalam platform Facebook mengenai Perdana Menteri.
Krismas: 14 barangan di bawah Skim Harga Maksimum
Armizan berkata, penguatkuasaan itu akan berlangsung selama lima hari bermula 23 Disember ini.
Harga beras import dari India berjaya diturunkan hasil rundingan bersama - Anwar
Harga beras import dari India berjaya diturunkan sedikit hasil rundingan bersama kerajaan India, semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara berkenaan pada Ogos lepas.
Penjawat awam bimbang kenaikan gaji diikuti kenaikan harga barang
Kebanyakannya beranggapan, akan berlaku kenaikan harga barangan lagi pada Disember kelak.
KPDN pantau aktiviti pencatutan elak kenaikan harga barang susulan pelarasan gaji
KPDN akan memantau aktiviti pencatutan dengan segera bagi mengelakkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan susulan pengumuman pelarasan gaji melalui pengenalan SSPA.
Kamala Harris janji lancar manifesto minggu depan
Kamala Harris akan memberi tumpuan kepada pengukuhan ekonomi dan penurunan harga barang.
Usaha berterusan mengawal inflasi pasca penguatkuasaan subsidi - Fuziah
Kerajaan giat laksana pemantauan dan penguatkuasaan harga barangan bagi memastikan subsidi yang disasarkan dapat membantu mengawal inflasi.
Muat turun aplikasi 'Price Catcher' untuk bantu KPDN atasi kenaikan harga mendadak - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa Komuniti MADANI untuk memuat turun aplikasi "Price Catcher" bagi membantu menangani masalah kenaikan harga barang yang mendadak.
[KOLUMNIS] Subsidi bersasar, langkah tidak popular untuk rakyat dan negara
Pengumuman kerajaan pada Mei lepas yang bersetuju melaksanakan penyasaran subsidi ke atas bahan api diesel mencipta pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat Malaysia terutama di laman media sosial.
Penurunan kadar surcaj ICPT kepada syarikat besar dijangka dapat turunkan harga barangan
Penurunan kadar surcaj Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT) kepada pengguna komersial dan industri dijangka dapat menurunkan harga barangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pantau harga diesel supaya harga barang tidak naik - Pakar ekonomi
Mohd Afzanizam berkata, maklumat struktur kos perniagaan tidak diketahui umum, justeru ia memerlukan pemantauan berkala pihak berkuasa.