Gerakan Malaysia Mempertahankan Akta Hasutan 1948 akan bersaing dengan Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) di seluruh negara untuk merebut sokongan rakyat yang mahu terus mempertahankan Akta Hasutan 1948.
Fasilitatornya, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, gerakan yang hampir seminggu diwujudkan itu sudah mengumpul hampir 1,000 tandatangan petisyen di atas talian selain menerima hampir 4,000 'like' di laman Facebook mereka.
"Selaku fasilitator Gerakan Malaysia Mempertahankan Akta Hasutan 1948 yang telah di lancarkan pada 10 September lalu, kami menghormati hak kebebasan bersuara kumpulan yang ingin mendesak pemansuhan Akta Hasutan 1948 selagi mana kebebasan itu diekspresikan di dalam ruang lingkup undang-undang negara.
"Kami juga telah melantik 47 orang sukarelawan dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bagi membantu mengumpulkan tandatangan satu juta rakyat untuk menyokong Akta Hasutan 1948 di kekalkan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Mohd Khairul mengulas pelancaran besar-besaran GHAH oleh lebih 112 pertubuhan masyarakat sivil bersatu yang membantah penggunaan berterusan undang-undang Akta Hasutan 1948 yang akan berlangsung pada malam Isnin.
GHAH merupakan usaha berpanjangan kumpulan itu bagi menentang akta yang dianggap penindasan dan satu keganasan politik.
Dalam pada itu, kata Mohd Khairul, pihaknya sudah memulakan siri jelajah penerangan ke seluruh negara bagi menerangkan kepentingan mempertahankan akta itu.
"Kita menjangkakan dalam mengumpul sasaran satu juta tandatangan rakyat dalam masa dua bulan.
"Kami juga mengucapkan selamat berjaya kepada GHAH yang akan dilancarkan malam ini dan berhak menerima ucap selamat sama daripada mereka," ujarnya.
Sementara itu, aktivis dan bekas pemimpin pelajar Universiti Malaya, Hishamuddin Rais menjelaskan, kewujudan Gerakan Malaysia Mempertahankan Akta Hasutan 1948 merupakan perkembangan sihat yang dapat memberi pencerahan dari dua aspek berbeza.
"Ini perkembangan sihat iaitu kita akan dapat memberi pencerahan kepada dua pandangan berbeza dari satu akta yang menjadi hukum dan undang-undang negara," jelasnya.
Akta Hasutan 1948 sebelum ini telah dipinda sebanyak lima kali dah pindaan terakhirnya adalah pada tahun 1975.
Akta ini melalui seksyen 4(1) memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama. Bagi kesalahan yang kemudian, hukuman itu dinaikkan kepada penjara maksimum lima tahun.
Wan Syamsul Amly
Mon Sep 15 2014
![Kami akan 'lawan' GHAH jelajah negara untuk pertahan Akta Hasutan - Mohd Khairul Kami akan 'lawan' GHAH jelajah negara untuk pertahan Akta Hasutan - Mohd Khairul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-09/71410768286_295x200.jpg)
MOHD KHAIRUL: Kami akan 'lawan' GHAH jelajah negara untuk pertahan Akta Hasutan
![Wanita racun lima orang sebelum bunuh diri dengan sianida - Polis Bangkok Wanita racun lima orang sebelum bunuh diri dengan sianida - Polis Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721208356_Bangkokhotel.jpg)
Wanita racun lima orang sebelum bunuh diri dengan sianida - Polis Bangkok
Polis percaya seorang daripada enam pelancong, dua daripadanya juga memegang pasport Amerika Syarikat, adalah dalang di sebalik tragedi itu.
![Tiada dokumen buktikan Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary - Saksi Tiada dokumen buktikan Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679899391_MASHUP.jpg)
Tiada dokumen buktikan Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary - Saksi
Tiada dokumen yang menunjukkan bahawa Lim Guan Eng telah membatalkan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary semasa beliau memegang jawatan Menteri Kewangan.
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: 26 saksi dirakam keterangan - KP Selangor Kes bunuh Nur Farah Kartini: 26 saksi dirakam keterangan - KP Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720605165_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: 26 saksi dirakam keterangan - KP Selangor
Datuk Hussein Omar Khan berkata antara saksi yang dirakam keterangan mereka termasuklah rakan Allahyarham Nur Farah Kartini, rakan sekerja suspek dan saksi awam.
![27 anjing mati disyaki diracun, JPV kesal tiada aduan awal 27 anjing mati disyaki diracun, JPV kesal tiada aduan awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721213446_HngMooiLye.jpg)
27 anjing mati disyaki diracun, JPV kesal tiada aduan awal
Tiada tindakan lanjut dapat diambil termasuk siasatan punca kematian haiwan berkenaan kerana kelewatan melaporkan insiden itu.
![Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721019915_JoeBiden.jpg)
Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan
Biden sebelum ini berkata keadaan kesihatannya tidak memerlukan pemeriksaan tambahan, tetapi beliau bersedia jika doktor memintanya.
![Perundangan baharu diperkenal kawal selia Badan Berkanun Persekutuan - Pejabat PM Perundangan baharu diperkenal kawal selia Badan Berkanun Persekutuan - Pejabat PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696910524_PUTRAPERDANA.jpg)
Perundangan baharu diperkenal kawal selia Badan Berkanun Persekutuan - Pejabat PM
Satu perundangan baharu akan diperkenalkan bertujuan mengawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) serta syarikat-syarikat di bawahnya.
![MCMC siasat empat lagi individu, didakwa buat komen jelik dan provokatif MCMC siasat empat lagi individu, didakwa buat komen jelik dan provokatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721211871_MCMCKomenJelik.jpg)
MCMC siasat empat lagi individu, didakwa buat komen jelik dan provokatif
Secara keseluruhan enam suspek disiasat berhubung komen jelik dan provokatif menerusi siaran ulangan sesi Parlimen di platform media sosial
![Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717993469_RON.jpg)
Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
![38 makmal dianugerah status BNP Labs, usaha perkasa usahawan dan keupayaan inovasi 38 makmal dianugerah status BNP Labs, usaha perkasa usahawan dan keupayaan inovasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721211198_BNPLabs.jpg)
38 makmal dianugerah status BNP Labs, usaha perkasa usahawan dan keupayaan inovasi
38 buah makmal dianugerahkan status Bionexus Partners Laboratories (BNP Labs) ke arah memperkasakan keusahawanan dan keupayaan inovasi dalam industri bioteknologi dan berasaskan bio di Malaysia.
![Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721210176_TBFARAHMAYAT.jpg)
Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis
Polis percaya kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di sini adalah lokasi Nur Farah Kartini Abdullah, dipercayai dibunuh.
![Kami akan 'lawan' GHAH jelajah negara untuk pertahan Akta Hasutan - Mohd Khairul Kami akan 'lawan' GHAH jelajah negara untuk pertahan Akta Hasutan - Mohd Khairul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-09/71410768286_295x200.jpg)
Kami akan 'lawan' GHAH jelajah negara untuk pertahan Akta Hasutan - Mohd Khairul
Gerakan Malaysia Mempertahankan Akta Hasutan 1948 akan bersaing dengan GHAH di seluruh negara untuk merebut sokongan rakyat yang mahu terus mempertahankan Akta Hasutan 1948.
![PBB sambut ulang tahun ke-65 PBB sambut ulang tahun ke-65](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/71369911238_295x200.jpg)
PBB sambut ulang tahun ke-65
Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) memberikan penghormatan kepada anggota pengamannya.