Khabar gembira diterima oleh Kamarmahtum Abdul Wahab apabila pihak polis di Britain bersetuju untuk menerima surat yang ditulis dan menyerahkan kepada adiknya, Siti Aishah Abdul Wahab, lapor Hishamuddin Rais.
Hishamuddin melaporkan Pegawai Polis bernama Neil Hamilton akan menerima surat luahan hati Kamarmahtum itu di kedutaan Malaysia.
"Pegawai polis Neil Hamilton akan menerima surat dari cikgu Kamar. Ini akan dilakukan di kedutaan. Surat ini untuk disampaikan kepada adiknya Siti Aishah.
"Ini berita baik yang ditunggu-tunggu," tulis Hishamuddin diblognya, tukatiub.blogspot.com. Catatan itu dibuat pukul 1.30 waktu di London.
Sebelum ini pada Rabu, Hishamuddin menulis berita tentang Kamarmahtum yang menulis menulis sepucuk surat luahan isi hati kepada Siti Aishah.
"Suara hati kakak yang kehilangan adik, suara dan perasaan untuk melihat kembali perjalalan hidup. Air mata keluar ketika surat ditulis. Sedih dan sedih," coret Hishamuddin.
Siti Aishah adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan.
Dua lagi wanita terbabit ialah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian, 30 tahun.
Akhbar Daily Mail pada Selasa mendedahkan wanita termuda di antara ketiga-tiga tahanan itu bernama Rosie Davis.
Hishamudin yang hidup dalam buangan di London pada lewat 1970-an berasal dari daerah yang sama dengan Siti Aishah iaitu di Jelebu, Negeri Sembilan dan Kamar Mahtum merupakan adalah gurunya di sekolah menengah.
Mereka, Hishamudin dan Kamarmahtum berlepas ke London pada Selasa malam dan tiba awal pagi Rabu bersama wartawan The Daily Telegraph, Deen Nelson.
Editor majalah Astro AWANI, Zan Azlee Zainal Abidin yang juga anak saudara kepada Siti Aishah turut sama ke London namun tidak dibenarkan mengikut Kamar Mahtum dan Hishamudin.
Irwan Muhammad Zain
Thu Nov 28 2013
ASB latih skil inovasi, buka ruang pembelajaran langsung
ASB sebagai sebuah institusi tempatan, mengambil pendekatan langsung, memfokuskan pada Pembelajaran Tindakan atau Action Learning.
Yayasan RI salur dana RM6.21 juta pada UM, USIM untuk pembangunan ummah
Kerjasama dengan Universiti Malaya terbit terjemahan Kutub Sittah sementara dengan USIM pula berkolaborasi hasilkan al-quran versi OKU pendengaran.
AWANI Pagi: Lindungi Anak Dari Sentuhan Tidak Selamat
Saksikan perbincangan eksklusif #AWANIPagi bersama Tengku Yasmin Nastasha, Jurucakap, Children’s Protection Society yang akan membincangkan cara mendidik anak-anak tentang sentuhan selamat dan cara menangani sentuhan tidak selamat.
Devan tagih pemain Melaka FC yakin, tunjuk kemampuan saingi lawan lebih kuat
Biarpun pasukannya dianggap 'underdog', mereka tidak berada dalam tekanan untuk melayan kunjungan Sang Penyu di Stadium Hang Jebat.
AWANI Pagi: Turkish Airlines Penghubung Budaya Dunia
Suspek kes buli pijak penuntut UPNM tiba di mahkamah
Pelajar senior yang dipercayai terlibat dalam kes buli penuntut tahun satu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga mangsa mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak tiba di mahkamah, di sini, pagi ini.
Suspek berusia 19 tahun yang berdepan dengan pertuduhan di Mahkamah Msjitret 4 itu tiba kira-kira pukul 9.19 pagi.
Dia diiring pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara hingga setahun atau didenda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Suspek berusia 19 tahun yang berdepan dengan pertuduhan di Mahkamah Msjitret 4 itu tiba kira-kira pukul 9.19 pagi.
Dia diiring pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara hingga setahun atau didenda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Suspek kes buli, pijak penuntut UPNM tiba di mahkamah
Suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
AWANI Pagi: Penangguhan Rang Undang-Undang Pekerja Gig: Apa Implikasinya?
Saksikan perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia, yang akan mengupas isu penangguhan Rang Undang-Undang Pekerja Gig, serta implikasi terhadap pekerja gig dan industri e-hailing di Malaysia.
AWANI Pagi: Kes Tun Daim: Proses Mahkamah Selepas Kematian
Saksikan analisis eksklusif #AWANIpagi bersama Redza Zakaria, Pensyarah Kanan, Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, yang akan menjelaskan implikasi undang-undang selepas kematian tertuduh, serta tindakan yang boleh diambil oleh pihak mahkamah dan pendakwaan.
Banjir: 66 mangsa dipindahkan ke PPS di Perak, dua sungai di Kelantan pada paras berjaga-jaga
Kesemua mangsa dari Kampung Simpang Halt yang terjejas berlindung di PPS berkenaan sejak 10 malam tadi.
MCMC, PDRM rakam percakapan Hishamuddin Rais bagi bantu siasatan
MCMC dengan kerjasama PDRM telah merakam percakapan aktivis sosial Hishamuddin Md Rais di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields semalam.
Krisis pandemik serlahkan sifat kemanusiaan dalam diri kita - Hishamuddin Rais
Pandemik ini memperlihatkan warna sebenar manusia khususnya para pemain politik dalam bagaimana kita mengendalikan krisis yang tercetus disebabkannya.
COVID-19: Henti berpolitik, bersatu lawan COVID-19 - Hishamuddin Rais
Hishamuddin berkata beliau yakin hanya pendekatan Barisan Bersatu (United Front) Malaysia mampu mengalah penularan wabak COVID-19.
Suhakam persoal siasatan terhadap AKJ dan Hishamuddin
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mempersoalkan keputusan untuk menyiasat Datuk A Kadir Jasin dan aktivis sosial Hishamuddin Rais kerana penulisan mereka baru-baru ini.
'Method' Anwar kawal pemimpin dari penjara punca PKR berpecah - Hishamuddin Rais
Penulis berpendapat perbezaan pendapat dalam kalangan pemimpin PKR berpunca dari cara dan pendekatan atau method Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim mengendali dan mengurus pimpinan.
Tujuh individu direman dua hari bagi bantu siasatan himpunan Bersih 5 dan Baju Merah
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini membenarkan tujuh individu direman dua hari bagi membantu siasatan perhimpunan Bersih 5.
Bersih 5: Berlangsung aman tanpa drama
Himpunan Bersih 5 yang diadakan di ibu negara berlangsung dengan aman tanpa berlaku sebarang insiden yang tidak diingini sepanjang perarakan yang bermula sekitar jam 8 pagi Sabtu.
Deklarasi Mahathir: UMNO tetap tenang - Annuar Musa
UMNO tetap tenang dan tidak akan terburu-buru mengambil tindakan terhadap anggota parti itu yang terbabit dalam "Deklarasi Mahathir" baru-baru ini.
Tun M, pemimpin pembangkang tandatangani 'Deklarasi Rakyat' desak Najib letak jawatan
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menandatangani deklarasi bersama dengan bekas-bekas pemimpin kanan negara dan pemimpin-pemimpin pembangkang.
Aktivis Hishamuddin Rais dipenjara sembilan bulan kerana menghasut
Aktivis Hishamuddin Rais telah melakukan kesalahan mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan pada 13 Mei 2013.