Mahkamah TInggi Kuala Lumpur telah menjatuhi hukuman penjara sembilan bulan ke atas aktivis Hishamuddin Rais atas kesalahan mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan pada 13 Mei 2013, lapor Bernama hari ini.

Hishamuddin, 64, telah didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Jalan Maharaja Lela, Dang Wangi antara jam 8.55 malam dan 11.15 malam pada 13 Mei 2013.

Kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000, atau kedua-duanya sekali.