Kerajaan diminta menimbang semula keputusan melantik bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor sebagai fasilitator baharu untuk proses keamanan di selatan Thailand.
Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff berkata tindakan melantik Abdul Rahim adalah tidak wajar kerana rekod bekas Ketua Polis Negara itu yang kurang meyakinkan dan dilihat tidak bersesuaian untuk memegang jawatan tersebut.
"Bagi saya Abdul Rahim Noor tidak mempunyai integriti dan beliau seorang individu yang berjawatan tinggi pada suatu ketika telah disabitkan kesalahan jenayah yang serius setelah mencederakan (bekas) pemimpin tertinggi negara.
"Disebabkan kes berkenaan beliau (Abdul Rahim) didakwa di Mahkamah Jenayah. Saya merasakan untuk proses damai yang efektif antara prasyarat utama untuk seorang yang dilantik sebagai orang tengah harus mempunyai kredibiliti yang tidak boleh dipertikaikan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Beliau turut bersetuju dengan bantahan yang dibuat Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menerusi catatan di Twitternya yang menyifatkan Abdul Rahim sebagai penyerang ganas ke atas seorang lelaki yang tidak bersalah.
Nurul Izzah dipercayai merujuk kepada peristiwa "mata lebam" apabila bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipukul ketika dalam tahanan polis selepas pemecatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998.
Abdul Rahim menggantikan Datuk Seri Ahmad Zamzamin Hashim sebagai fasilitator baharu untuk proses pendamaian di selatan Thailand antara kerajaan Thailand dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) dan Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (PULO) khususnya di selatan Thailand.
Abdul Rahim mengesahkan sendiri pelantikan tersebut ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.
Mohd Yusmaidi yang mengangkat sumpah sebagai senator semalam turut mencadangkan beberapa nama untuk dilantik sebagai fasilitator proses damai berkenaan antaranya bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Anwar yang merupakan Ketua Umum PKR.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 28 2018

YUSMADI: Orang tengah harus mempunyai kredibiliti yang tidak boleh dipertikaikan. - Facebook.com/Yusmadi Yusoff

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Prayuth puji Malaysia kerana memudah cara proses perdamaian di selatan Thailand
Prayuth juga berbincang dengan Dr Mahathir untuk membawa kumpulan bertanggungjawab terdiri daripada pelbagai kumpulan pemberontak di wilayah selatan ke meja rundingan.

Rahim Noor tahu rahsia di Selatan Thailand
Pelantikan Tan Sri Abdul Rahim Noor sebagai fasilitator baharu untuk proses damai di wilayah selatan Thailand adalah kerana beliau mempunyai pengalaman dan pengetahuan mengenai kawasan itu.

Itu kisah silam, saya dah pun jalani hukuman - Rahim Noor
Komen Nurul Izzah merupakan bantahan seorang anak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau bebas untuk mengeluarkan apa saja kenyataan, kata Abdul Rahim.

ISA bukan jaminan bendung gerakan militan - Rahim Noor
Bekas Ketua Polis Negara itu berpendapat gerakan militan akan tetap ada biarpun ISA dikembalikan.