KUALA LUMPUR: Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) menyarankan kerajaan untuk mengkaji punca keciciran pelajar di peringkat menengah sebelum mengambil tindakan bersifat denda atau hukuman penjara.
Presidennya Prof Madya Mohamad Ali Hassan berkata siasatan terperinci perlu dilakukan bagi mencari penyelesaian kepada masalah keciciran pelajar ini termasuk melalui kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah.
"Saya melihat ada beberapa perkara yang menyebabkan mereka (pelajar) tidak mahu ke sekolah, antaranya disebabkan kemiskinan keluarga atau mereka itu beranggapan pendidikan yang diperoleh di peringkat menengah itu tidak membantu di alam pekerjaan kelak.
"Golongan ini wajar diberikan kaunseling bukan sahaja kepada pelajar tetapi ibu bapa atau penjaga," katanya kepada Bernama.
Pada 22 Mac Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dilaporkan berkata tindakan undang-undang terhadap ibu bapa bukan satu-satunya jalan penyelesaian untuk memastikan tiada pelajar tercicir daripada mendapat pendidikan di peringkat menengah.
Sebelum ini, draf cadangan untuk mewajibkan pendidikan di peringkat sekolah menengah telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara oleh Kementerian Pendidikan (KPM).
Mohamad Ali berkata beliau menyambut baik cadangan tersebut tetapi kerajaan wajar menyediakan keperluan kepada golongan kurang berkemampuan antaranya melibatkan yuran persekolahan, kelengkapan sekolah, elaun harian dan asrama.
Sementara itu, seorang ibu Rosnita Mohd Zaki, 45, menyokong cadangan kerajaan untuk mewajibkan pendidikan di peringkat menengah kerana ia peluang kepada pelajar memasuki alam pekerjaan dengan mudah.
"Mereka ini akan lebih matang dan ada peluang pekerjaan lebih bagus dengan masa depan terjamin jika berusaha di peringkat menengah," kata pekerja swasta yang mempunyai dua orang anak.
Bagi suri rumah, Norzawani Abdul Latiff, 39, pula berkata bagi mengatasi isu keciciran dalam kalangan pelajar, kerajaan sebaiknya perlu melaksanakan pendidikan percuma terutamanya di peringkat rendah dan menengah.
"Apabila nak daftar sekolah banyak guna duit...tak semua orang mampu...tetapi sekiranya pendidikan itu percuma dengan bantuan semua tersedia, maka wajar ambil tindakan undang-undang kepada ibu bapa yang enggan hantar anak mereka ke sekolah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 24 2023

Siasatan terperinci perlu dilakukan bagi mencari penyelesaian kepada masalah keciciran pelajar termasuk melalui kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah. - Gambar hiasan

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Kadar keciciran pelajar sekolah rendah dan menengah menurun - KPM
2,873 pelajar merangkumi 883 murid sekolah rendah dan 1,990 murid sekolah menengah telah dikembalikan ke sekolah pada tahun lepas.

Intervensi bukan kaedah baharu, mampu kurangkan keciciran calon SPM - Wong
Langkah itu lebih bersifat pemujukan dan memberi kesedaran kepada setiap calon berkaitan kepentingan menduduki peperiksaan tersebut.

KPM sentiasa buka peluang buat golongan tercicir SPM - Fadhlina
Kementerian Pendidikan melaksanakan pelbagai intervensi bagi membantu golongan yang tercicir di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Keciciran pelajar bukan hanya disebabkan kemiskinan
Antara faktor lain keciciran pelajar dalam pendidikan ialah persekitaran sekolah, taraf pendidikan keluarga termasuk kreativiti guru.

Faktor kemiskinan antara punca keciciran murid, pelajar - Fadhlina
Faktor kemiskinan dikenal pasti antara punca masalah keciciran dalam kalangan murid dan pelajar, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Desakan ekonomi keluarga punca pelajar sekolah menengah pilih bekerja - Lim Hui Ying
Kadar keciciran dalam kalangan pelajar sekolah menengah lebih tinggi berbanding sekolah rendah kerana kebanyakan pelajar memilih untuk bekerja ekoran desakan ekonomi keluarga.

'Kaji punca sebelum hukum penjara' - PIBGN ulas isu keciciran pelajar peringkat menengah
Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) menyarankan kerajaan untuk mengkaji punca keciciran pelajar di peringkat menengah sebelum mengambil tindakan bersifat denda.

100,000 pelajar tercicir daripada sistem pendidikan negara setiap tahun - Zul Fikri
KPM disaran merangka satu pelan pemulihan untuk membimbing pelajar sekolah yang tercicir dalam sistem pendidikan nasional.