KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) disaran merangka satu pelan pemulihan untuk membimbing pelajar sekolah yang tercicir dalam sistem pendidikan nasional.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Untuk Malaysia, Zul Fikri Zamir, kajian di lapangan mendapati hampir 100,000 pelajar dianggap tercicir daripada sistem pendidikan dan ia realiti yang amat membimbangkan.
"Kita ambil contoh, kita ada lebih kurang 25,000 (pelajar) berdaftar mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tapi tidak hadir.
"Kebanyakan mereka ini, kita percaya memang tidak hadir ke sekolah... oleh sebab mereka tidak minat atau tidak berniat mengambil SPM... (tapi) nama mereka didaftarkan oleh guru atau sekolah masing-masing.
"Kedua kita ada lebih kurang 45,000 anak-anak SPM yang tidak berjaya mendapatkan sijil SPM mereka. Antaranya kerana tidak lulus Bahasa Melayu dan Sejarah.
"Ada lebih kurang 400,000 yang menduduki SPM tapi peratusan yang tidak mendapat sijil ini amat menakutkan iaitu lebih kurang 12 peratus," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Isnin.
BACA: KPM pandang serius isu keciciran pelajar - Fadhlina
Beliau berkata, selain itu ramai juga pelajar yang tercicir disebabkan faktor-faktor lain yang angkanya mencecah kira-kira 30,000 setiap tahun.
Mengulas lanjut, katanya penutupan sesi persekolahan selama 42 minggu akibat pandemik COVID-19 sebelum ini juga antara punca keciciran.
Lebih membimbangkan ujarnya, kesan jangka masa panjang terhadap kualiti hidup golongan pelajar tercicir berkenaan.
"Ini memberi kesan kepada kehidupan mereka di luar sana, jika tidak berjaya dapat sijil SPM, ada keberangkalian mereka akan mendapat pendapatan lebih rendah seumur hidup.
"Jadi ramai anak-anak ini tidak bekerja dapat gaji setimpal... tidak dapat bekerja. Saya difahamkan misalnya, kedai-kedai serbaneka biasa memerlukan syarat sekurang-kurangnya kelulusan SPM.
"Oleh sebab itu setiap tahun kita jangkakan lebih kurang 70,000 anak-anak kita yang tercicir SPM sama ada tidak hadir atau tidak berjaya mendapatkan sijil.
"Dikhuatiri sepanjang hidup mereka kehilangan pendapatan 'bermaruah' seperti diguna pakai oleh Bank Dunia," katanya.
Justeru, ujarnya satu sistem pemulihan perlu dirangka dalam menyelamatkan golongan pelajar yang tercicir agar hak pendidikan itu diberikan kepada semua rakyat di negara ini.
"Kalau kita tahu berapa besar masalah kita hadapi, lebih mudah kita menyediakan pelan pemulihan yang sesuai.
"Kalau kita confirm data keciciran kita 100,000 pelajar setiap tahun dan 10 tahun menjangkau satu juta anak-anak... jadi kita boleh memanfaatkan semua pihak untuk bekerjasama.
"Kalau ia lebih besar daripada itu iaitu sama tara dengan negara Thailand (1.2 juta keciciran), kita juga harus cari cara bagaimana nak jejak anak-anak ini, ke mana mereka pergi sekarang... di mana mereka akan bekerja dalam masa dua hingga lima tahun selepas ini, supaya kita dapat membuat kira-kira berkenaan produktiviti negara.
"Semua ini memberi kesan bukan sahaja ekonomi negara, tapi kesan kepada produktiviti negara dalam masa lima hingga 10 tahun," katanya lagi.
Fareez Azman
Mon Jan 02 2023

Kajian di lapangan mendapati hampir 100,000 pelajar tercicir daripada sistem pendidikan dan ia realiti yang amat membimbangkan. - Gambar hiasan/Sinar Harian

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Kadar keciciran pelajar sekolah rendah dan menengah menurun - KPM
2,873 pelajar merangkumi 883 murid sekolah rendah dan 1,990 murid sekolah menengah telah dikembalikan ke sekolah pada tahun lepas.

Intervensi bukan kaedah baharu, mampu kurangkan keciciran calon SPM - Wong
Langkah itu lebih bersifat pemujukan dan memberi kesedaran kepada setiap calon berkaitan kepentingan menduduki peperiksaan tersebut.

KPM sentiasa buka peluang buat golongan tercicir SPM - Fadhlina
Kementerian Pendidikan melaksanakan pelbagai intervensi bagi membantu golongan yang tercicir di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Keciciran pelajar bukan hanya disebabkan kemiskinan
Antara faktor lain keciciran pelajar dalam pendidikan ialah persekitaran sekolah, taraf pendidikan keluarga termasuk kreativiti guru.

Faktor kemiskinan antara punca keciciran murid, pelajar - Fadhlina
Faktor kemiskinan dikenal pasti antara punca masalah keciciran dalam kalangan murid dan pelajar, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Desakan ekonomi keluarga punca pelajar sekolah menengah pilih bekerja - Lim Hui Ying
Kadar keciciran dalam kalangan pelajar sekolah menengah lebih tinggi berbanding sekolah rendah kerana kebanyakan pelajar memilih untuk bekerja ekoran desakan ekonomi keluarga.

'Kaji punca sebelum hukum penjara' - PIBGN ulas isu keciciran pelajar peringkat menengah
Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) menyarankan kerajaan untuk mengkaji punca keciciran pelajar di peringkat menengah sebelum mengambil tindakan bersifat denda.

100,000 pelajar tercicir daripada sistem pendidikan negara setiap tahun - Zul Fikri
KPM disaran merangka satu pelan pemulihan untuk membimbing pelajar sekolah yang tercicir dalam sistem pendidikan nasional.