BANTING: Kementerian Pendidikan melaksanakan pelbagai intervensi bagi membantu golongan yang tercicir di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk sistem pengesanan untuk golongan itu dalam tempoh dua tahun.
Menterinya Fadhlina Sidek berkata dalam tempoh tersebut, banyak intervensi boleh dilakukan pihaknya untuk membantu golongan berkenaan dan bukan setakat menduduki semula SPM semata-mata.
"Dalam sistem pengesanan kita di peringkat KPM, kita ada sistem pengesanan golongan ini untuk dua tahun dalam radar kita dan sekurang-kurangnya kita boleh membuat intervensi pelbagai contohnya, mereka yang berhasrat sambung belajar di Tingkatan Enam... kita bagi bantuan," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Perpaduan Madani 2023 Sempena 'Top 10 World's Best School Prizes' di Sekolah Kebangsaan Kanchong Darat, di sini hari ini.
Menurut Fadhlina, KPM pada masa sama membuka seluas-luasnya Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk mereka yang berminat sekali gus bekerjasama dengan yayasan-yayasan negeri bagi memberikan bantuan.
Beliau berkata kementeriannya juga sentiasa membuka peluang kepada mana-mana pelajar yang mahu mengulangi semula peperiksaan SPM.
"Kita (KPM) sentiasa bagi peluang, kita terus sambut apa yang Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) cakap semalam. Soal peluang kedua, soal tentu hala tuju, bimbingan dan kaunseling kita akan bantu.
"Jika mereka (golongan tercicir SPM) memerlukan apa-apa sokongan lain barangkali kewangan, melihat kepada kes, apa yang boleh kita bantu, kita akan bantu," katanya.
Media semalam melaporkan, Anwar mengarahkan Fadhlina untuk mencari hampir 30,000 pelajar yang tercicir peperiksaan SPM pada tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2023

Fadhlina berkata, banyak intervensi boleh dilakukan pihaknya untuk membantu golongan berkenaan dan bukan setakat menduduki semula SPM semata-mata. - Gambar fail

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Sijil Alternatif Sekolah Menengah dikeluarkan 26 Feb ini
Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2024 bagi MBPK telah selesai dilaksanakan pada 7 Jan lepas.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.

KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina
KPM tidak pernah membenarkan mana-mana syarikat swasta atau sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan masuk ke sekolah-sekolah.

Kadar keciciran pelajar sekolah rendah dan menengah menurun - KPM
2,873 pelajar merangkumi 883 murid sekolah rendah dan 1,990 murid sekolah menengah telah dikembalikan ke sekolah pada tahun lepas.

Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb - KPM
STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik.

KPM pertimbang perluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru
Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan untuk memperluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru pada masa akan datang.

KPM beri jaminan tiada pemotongan Bantuan Awal Persekolahan
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang pemotongan Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Pengetua, pihak sekolah diingatkan tidak sembunyi sebarang kejadian buli - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengingatkan pengurusan sekolah khususnya pengetua, guru besar dan guru pentadbir, agar tidak menyembunyikan kejadian buli dalam kalangan pelajar.

GISB: KPM selaras semula keperluan pendidikan anak-anak
KPM sedang menyelaraskan semula keperluan pendidikan anak-anak yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).

KPM tetap teruskan peperiksaan SPM, sedia hadapi gelombang kedua banjir
KPM telah bersedia sepenuhnya untuk meneruskan peperiksaan SPM sekiranya berlaku gelombang kedua banjir, dengan persediaan itu dilakukan sejak Oktober lepas.