Malaysia tidak mungkin akan membenarkan perkahwinan sesama jenis seperti yang dilakukan oleh negara-negara lain termasuk Taiwan baru-baru ini.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ini kerana perkahwinan sesama jenis tidak mampu melahirkan zuriat seperti perkahwinan di antara lelaki dan perempuan.
"Saya tak faham perkahwinan sesama jenis ini. Perkahwinan ialah tentang anak. Kalau perkahwinan sesama jenis, boleh dapat anak?
"Apa mereka buat? Mereka ambil anak angkat, dan sebagainya," katanya dalam sesi soal jawab selepas majlis ucaptama Tun Dr Mahathir Mohamad di Cambridge Union pada Isnin.
Beliau diminta mengulas sama ada Malaysia, yang mengamalkan dasar pandang ke Timur, akan mengikut jejak langkah Taiwan meluluskan undang-undang perkahwinan sesama jenis.
Selain itu, Dr Mahathir berkata, kebebasan juga perlu ada batasnya kerana hak mutlak untuk melakukan 'apa sahaja' tidak wujud.
"Pada kami, ia pemikiran yang kebelakang. Hanya kerana kamu rasa manusia perlu bebas dan mereka boleh lakukan apa sahaja, mereka merasakan perkahwinan lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, 'Oh itu tidak apa, itu hak mereka'.
"Saya rasa hak (kebebasan) perlu atas batasnya. Tidak wujud hak mutlak untuk melakukan apa sahaja," kata Perdana Menteri lagi.
Dr Mahathir sebelum ini pernah berkata Malaysia bertegas bahawa amalan seperti Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT) tidak akan diterima sama sekali di negara ini.
Katanya, konsep kekeluargaan kekal sebagai pasangan lelaki dan wanita yang berkahwin, mempunyai anak, termasuk anak angkat.
Parlimen Taiwan pada Jumaat lalu, telah meluluskan undang-undang perkahwinan sesama jenis.
Negara yang merupakan salah satu negara 'Harimau Asia' itu mencatat sejarah sebagai yang pertama di benua berkenaan yang berbuat demikian.
Astro Awani
Sun Jun 16 2019
Dr Mahathir sebelum ini pernah berkata Malaysia bertegas bahawa amalan seperti Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT) tidak akan diterima sama sekali di negara ini. - Foto Astro AWANI
AWANI 7:45 [10/08/2024] – Nak mangsa suspek utama | Ancaman kepada pengguna bawah umur | Peluang tambah pingat
- Bimbang Malaysia menua, kerajaan galak pasangan tingkat kadar kelahiran
- 'Plot twist', tiga beranak maut bukan kerana kebakaran, tapi dibunuh
- Azizulhasni, Shah firdaus sandaran akhir misi emas olimpik negara
- Adele tolak lamaran peminat di konsert, sahkan telah bertunang
- 'Plot twist', tiga beranak maut bukan kerana kebakaran, tapi dibunuh
- Azizulhasni, Shah firdaus sandaran akhir misi emas olimpik negara
- Adele tolak lamaran peminat di konsert, sahkan telah bertunang
Mohamad Aniq gembira sukan angkat berat mula dapat perhatian
Angkat berat kini lebih dikenali terutamanya selepas Aniq membuktikan bahawa Malaysia mampu memberi saingan di temasya sukan terbesar dunia itu.
Perakam suara kokpit ditemukan di lokasi nahas pesawat Brazil
Tiada seorang pun yang terselamat dalam kemalangan itu, yang berlaku pada petang Jumaat.
Faisal Halim suntik semangat Selangor tundukkan Kelantan Darul Naim
Kemasukan Faisal Halim pada minit-minit terakhir, diiringi sorakan lebih 7,400 penonton.
Orang Asli 'gadai nyawa' kongsi jalan dengan lori balak
Setiap hari Orang Asli dari beberapa penempatan termasuk Pos Gob, Pos Simpor, Pos Balar, Pos Bihai, Pos Belatim dan Pos Tohoi berdepan risiko kemalangan.
Perkasakan belia untuk kemajuan masa depan - Adam Adli
Pengiktirafan Malaysia terhadap golongan itu adalah penting dalam usaha membentuk masa depan negara dan merujuk pengenalan Model Pembangunan Belia MADANI 2030 tahun lepas.
Situasi di Sidon, Lubnan semakin tegang
Dan ini merupakan perkongsian daripada Zainal Rashid Ahmad yang juga merupakan seorang wartawan bebas dan penulis sastera dari Lubnan.
Beliau berada di negara itu untuk memberikan perkembangan semasa situasi di sana susulan ketegangan di rantau Asia Barat.
Beliau berada di negara itu untuk memberikan perkembangan semasa situasi di sana susulan ketegangan di rantau Asia Barat.
Olimpik Paris 2024: Azizulhasni, Shah Firdaus sandaran terakhir misi emas
Wartawan Astro Arena, Zulhilmi Zainal Azam membawakan perkembangan terkini kontinjen negara di sukan Olimpik Paris 2024 khususnya acara Keirin melibatkan Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Shahrom.
Situasi di Sidon, Lubnan semakin tegang
Pengendali platform ZRA Strim, Zainal Rashid Ahmad berkongsi perjalanan ke Sidon, Selatan Lubnan yang menyaksikan ketegangan dengan Israel semakin memuncak.
Faisal Halim kembali beraksi selepas 97 hari disimbah asid
Pemain yang terkenal dengan julukan Mickey itu muncul pada minit ke 81 perlawanan, sekali gus menjadi penampilan pertama untuk Faisal selepas 97 hari insiden serangan asid yang menimpanya.
Kegusaran Barat dan Yahudi pro-Zionis terhadap suara Tun Dr Mahathir
Demokrasi juga merujuk kepada kebebasan dalam berfikir dan membuat tindakan.
Ucapan Cambridge Union: Penonton tertarik syarahan Tun Mahathir
Isu yang disampaikan tidak banyak berbeza daripada apa yang disampaikan di Oxford Union pada Januari, namun Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya menarik perhatian dewan.
'Kahwin sesama jenis... bolehkah dapat anak?' - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perkahwinan sesama jenis tidak mampu melahirkan zuriat seperti perkahwinan di antara lelaki dan perempuan.
Dr Mahathir akan lawat UK tiga hari, berucap di Cambridge Union
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan melakukan lawatan kerja tiga hari ke United Kingdom (UK) mulai 15 Jun di mana beliau antara lain dijadualkan berucap di Cambridge Union. Wisma Putra dalam