KUALA LUMPUR: Kadar penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan serta 11 negeri lain adalah di bawah 50 peratus setakat 20 Feb, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, negeri-negeri itu adalah Perlis; Kedah; Pulau Pinang; Perak; Selangor; Negeri Sembilan; Pahang; Terengganu; Kelantan; Sabah dan Sarawak.
"Katil ICU yang disediakan di Putrajaya adalah enam dan hanya mencatatkan satu penggunaan manakala bagi Labuan sebanyak tujuh katil disediakan dan tidak mencatatkan sebarang penggunaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata antara negeri yang mencatat kadar peratusan penggunaan katil ICU yang rendah ialah Negeri Sembilan iaitu lapan peratus; Sarawak (13 peratus); Pahang (14 peratus); Kedah (15 peratus); Putrajaya (17 peratus); dan Terengganu (20 peratus).
Beliau berkata, secara keseluruhan, Kementerian Kesihatan mendapati kapasiti fasiliti kesihatan di hospital awam masih boleh menampung kes COVID-19 dan bukan COVID-19.
Namun begitu, setiap negeri telah bersiap siaga dengan pelan tindak balas cepat sekiranya berlaku peningkatan kes, katanya sambil memberitahu tiga negeri menunjukkan peratusan penggunaan katil ICU lebih 50 peratus iaitu Johor (70 peratus); Kuala Lumpur (65 peratus); dan Melaka (50 peratus).
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 26,832 kes COVID-19 dilaporkan semalam menjadikan kes kumulatif kepada 3,221,680 dan daripada jumlah kes baharu itu, 1,438 kes dimasukkan ke hospital.
Beliau berkata, bagi kes baharu, 133 daripadanya adalah kategori tiga, empat dan lima manakala 26,699 terdiri daripada kategori satu dan dua.
"Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19," katanya.
Mengenai kes sembuh, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 18,459 kes dilaporkan semalam menjadikan kes kumulatif sembuh di negara ini adalah 2,937,655. - BERNAMA
Bernama
Mon Feb 21 2022
![Kadar penggunaan katil ICU di 11 negeri di bawah 50 peratus - Dr Noor Hisham Kadar penggunaan katil ICU di 11 negeri di bawah 50 peratus - Dr Noor Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71644226432_DrNoorHishamAbdul.jpg)
Kadar penggunaan katil ICU hospital di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan serta 11 negeri lain adalah di bawah 50 peratus setakat 20 Feb, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![COVID-19: Lima negeri catat penggunaan katil ICU melebihi 50 peratus - Dr Noor Hisham COVID-19: Lima negeri catat penggunaan katil ICU melebihi 50 peratus - Dr Noor Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51643641020_TBCOVIDMAEPS.jpg)
COVID-19: Lima negeri catat penggunaan katil ICU melebihi 50 peratus - Dr Noor Hisham
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan lima negeri mencatatkan penggunaan katil kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU) COVID-19 melebihi 50 peratus di hospital dan Pusat Kuarantin
![Kadar penggunaan katil ICU di 11 negeri di bawah 50 peratus - Dr Noor Hisham Kadar penggunaan katil ICU di 11 negeri di bawah 50 peratus - Dr Noor Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71644226432_DrNoorHishamAbdul.jpg)
Kadar penggunaan katil ICU di 11 negeri di bawah 50 peratus - Dr Noor Hisham
Negeri-negeri itu adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak.
![Penggunaan katil ICU tinggi halang Pahang beralih ke Fasa Tiga PPN - Wan Rosdy Penggunaan katil ICU tinggi halang Pahang beralih ke Fasa Tiga PPN - Wan Rosdy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81629728248_WanRosdy.jpg)
Penggunaan katil ICU tinggi halang Pahang beralih ke Fasa Tiga PPN - Wan Rosdy
Kadar penggunaan katil dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pahang yang masih tinggi menjadi penghalang kepada negeri itu untuk beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) lebih awal.
![Sistem kesihatan negara hadapi tekanan besar - Dr Noor Hisham Abdullah Sistem kesihatan negara hadapi tekanan besar - Dr Noor Hisham Abdullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61621675535_katilhospital.jpg)
Sistem kesihatan negara hadapi tekanan besar - Dr Noor Hisham Abdullah
Kadar penggunaan katil di ICU di di Lembah Klang sudah mencecah 113 peratus atau bersamaan 344 katil ICU untuk 377 pesakit COVID-19.
![ICU lapangan di Hospital Kepala Batas beri 27 katil tambahan ICU lapangan di Hospital Kepala Batas beri 27 katil tambahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61621339849_PengerusiDAPPulau.jpg)
ICU lapangan di Hospital Kepala Batas beri 27 katil tambahan
Mesyuarat melibatkan pelbagai agensi yang berkaitan sudah diadakan dan mereka kini sedang melihat keperluan untuk hospital itu.
![Katil wad ICU capai 100 peratus, penduduk Pulau Pinang bimbang, harap rakyat patuh SOP Katil wad ICU capai 100 peratus, penduduk Pulau Pinang bimbang, harap rakyat patuh SOP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61620735550_SwabTest.jpg)
Katil wad ICU capai 100 peratus, penduduk Pulau Pinang bimbang, harap rakyat patuh SOP
Rakyat Pulau Pinang bimbang dengan perkembangan terkini pandemik COVID-19.
![COVID-19: Penggunaan katil rawatan kritikal di Lembah Klang lebih 90 peratus - Dr Noor Hisham COVID-19: Penggunaan katil rawatan kritikal di Lembah Klang lebih 90 peratus - Dr Noor Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71619920346_statistik.jpg)
COVID-19: Penggunaan katil rawatan kritikal di Lembah Klang lebih 90 peratus - Dr Noor Hisham
Enam buah hospital yang mempunyai katil rawatan kritikal atau ICU merawat pesakit COVID-19 dilaporkan melebihi ambang amaran dan ada antaranya telah hampiri 100 peratus penggunaan katil.