KUALA LUMPUR: Kadar penggunaan katil rawatan kritikal atau ICU COVID-19 di Lembah Klang secara keseluruhannya mencapai 90 peratus pada Ahad.
Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, enam buah hospital yang mempunyai katil ICU khusus bagi merawat pesakit COVID-19 dilaporkan melebihi ambang amaran iaitu 70 peratus penggunaan.
Jelas beliau, ia melibatkan Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang, Hospital Serdang, Hospital Selayang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, di mana ada di antaranya telah pun menghampiri 100 peratus.
Dalam pada itu, sebanyak 80 katil rawatan kritikal diwujudkan secara 'repurposed' di hospital sekitar Lembah Klang bagi memenuhi keperluan peningkatan jumlah pesakit COVID-19 yang kritikal.
Beliau berkata, jumlah katil itu juga akan ditambah mengikut keperluan di wad biasa yang ditukar fungsi kepada katil kritikal.
Hospital Sungai Buloh yang beroperasi sepenuhnya sebagai hospital COVID-19 akan meningkatkan kapasiti katil rawatan kritikal secara berfasa bagi memenuhi keperluan yang meningkat.
Dr Noor Hisham yang berkongsi keadaan terkini di Hospital Sungai Buloh berkata lebih 20 kes dirujuk ke ICU setiap hari dalam tempoh satu minggu.
KKM juga, jelasnya, membuat perolehan peralatan perubatan seperti ventilator sejak tahun 2020 lagi bagi membolehkan Hospital Sungai Buloh meningkatkan kapasiti katil rawatan kritikal apabila terdapat keperluan mendesak.
Tambah beliau, KKM akan terus bekerjasama dengan hospital-hospital swasta, pengajar atau universiti di sekitar Lembah Klang bagi meningkatkan kapasiti katil-katil kritikal.
Ia termasuk penyumberluaran pesakit bukan COVID-19 bagi kes dan prosedur tertentu untuk dirawat di hospital swasta dengan kos ditanggung oleh kerajaan pada caj rawatan yang telah dipersetujui.
Beliau turut menyatakan kebimbangan sekiranya trend peningkatan kes COVID-19 ini berterusan, maka kapasiti kesihatan akan berada pada tahap kritikal dan akan memberikan impak negatif kepada penyampaian perkhidmatan kesihatan awam secara keseluruhannya.
Dr Hisham turut menyeru agar pematuhan kepada SOP dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Hafizi Rosli
Sun May 02 2021
Kadar penggunaan katil rawatan kritikal COVID-19 di Lembah Klang secara keseluruhannya mencapai 90 peratus pada Ahad. -Facebook Noor Hisham Abdullah
AWANI Ringkas: Lagi perusuh diburu polis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Maldives kecam pembakaran hospital di Gaza oleh tentera Israel
Maldives pada Sabtu mengecam pembakaran Hospital Kamal Adwan di Gaza oleh tentera Israel, menyifatkannya sebagai jenayah perang.
Sultan Pahang berkenan rasmi Pasukan Keselamatan Kebakaran Istana
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Pasukan Keselamatan Kebakaran Istana (PKKI) negeri Pahang.
AWANI 7:45 [28/12/2024] – Tangisan duka | Lori jadi 'punca' | Laporan polis terhadap Hannah Yeoh
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz
1. Air mata berderai, anak mangsa nahas Ayer Keroh akhirnya tahu keluarga sudah tiada
2. Lebih 1,400 kematian akibat kemalangan libatkan lori
3. Dua dekad menanti kepulangan anak yang dipukul tsunami
4. Kerap sangat kalah, Ronaldo pertimbang ambil alih Manchester United
1. Air mata berderai, anak mangsa nahas Ayer Keroh akhirnya tahu keluarga sudah tiada
2. Lebih 1,400 kematian akibat kemalangan libatkan lori
3. Dua dekad menanti kepulangan anak yang dipukul tsunami
4. Kerap sangat kalah, Ronaldo pertimbang ambil alih Manchester United
Agenda AWANI Asia: Potensi Dan Trend Baharu Hubungan Malaysia-China
Sejauh mana pentingnya hubungan Malaysia - China pasca 50 tahun mendatang? Apakah potensi baharu yang dapat mendorong kerjasama global kedua-dua negara? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
WHO tidak temukan "Penyakit X" misteri di Congo
Pakar kesihatan antarabangsa percaya bahawa gelombang penyakit di wilayah terpencil Republik Demokratik Congo yang sebelum ini digelar "Penyakit X" disebabkan oleh patogen yang diketahui, lapor Agensi
Juara dunia catur tahun lalu tarik diri selepas didenda pakai jeans
Juara bertahan Magnus Carlsen telah mencetuskan skandal di Kejohanan Catur Pantas Dunia di New York akibat pilihan seluarnya.
AWANI Ringkas: Dua beradik menangis diberitahu ibu bapa meninggal dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Atlet silambam Malaysia raih 12 emas, juara keseluruhan Kejohanan Asia
Pasukan silambam Malaysia merangkul 12 pingat emas sekali gus muncul juara keseluruhan di Kejohanan Silambam Terbuka Asia di Qatar semalam.
#AWANIRingkas 28 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 28 Disember 2024
1️⃣ Dua beradik menangis diberitahu ibu bapa meninggal dunia
2️⃣ 13kg heroin bernilai RM1.2 juta dirampas
3️⃣ Najib perlu kemuka permohonan baharu kepada Lembaga Pengampunan
#awaniringkas
1️⃣ Dua beradik menangis diberitahu ibu bapa meninggal dunia
2️⃣ 13kg heroin bernilai RM1.2 juta dirampas
3️⃣ Najib perlu kemuka permohonan baharu kepada Lembaga Pengampunan
#awaniringkas
KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Penjual dan pengedar produk berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).
Kes denggi meningkat minggu lepas - KKM
Sepanjang tempoh tersebut 2,149 kes demam denggi dilaporkan, meningkat sebanyak 182 kes atau 9.3 peratus.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.
Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.
Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Genap tiga tahun negara 'diserang' COVID-19
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaan kepada kesemua staf barisan hadapan yang bertungkus-lumus sejak kes pertama dilaporkan.
KKM arah premis ditutup 14 hari berikutan insiden tikus 'jamah' ayam
Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media memberitahu, lokasi kejadian dikenal pasti di Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia
KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini.
Laporan kesihatan Najib: KKM terikat etika kerahsiaan pesakit - Dr Noor Hisham
Laporan kesihatan Najib hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan oleh badan perundangan itu.