KUALA LUMPUR: Pasaran buruh terus mencatatkan pemulihan stabil pada suku ketiga 2022 dengan kadar pengangguran berkurangan kepada 3.7 peratus berbanding 4.7 peratus pada suku yang sama tahun lepas dan perlahan-lahan kembali kepada keadaan sebelum pandemik.
Jabatan Perangkaan dalam kenyataan hari ini berkata bilangan penganggur turun 18 peratus kepada 611,800 orang berbanding 746,000 orang pada suku yang sama pada 2021.
"Dari segi penawaran buruh pada suku ketiga 2022, bilangan penduduk bekerja meningkat 3.6 peratus kepada 15.83 juta orang berbanding suku yang sama tahun sebelumnya sebanyak 15.70 juta orang.
"Pertumbuhan guna tenaga yang lebih tinggi daripada penurunan kadar pengangguran menyebabkan bilangan tenaga buruh meningkat 2.6 peratus kepada 16.44 juta orang pada suku itu. Justeru, kadar penyertaan tenaga buruh terus mengukuh sebanyak 1.1 mata peratusan kepada 69.4 peratus," katanya.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata pada suku ketiga 2022, peralihan negara ke fasa endemik mendorong rakyat Malaysia untuk kembali kepada kehidupan hampir normal selepas dua tahun berjuang melawan pandemik COVID-19.
Mengenai situasi guna tenaga tidak penuh, beliau berkata pengukuhan permintaan domestik sepanjang suku ketiga 2022 menyebabkan bilangan penduduk yang bekerja kurang daripada 30 jam seminggu terus menunjukkan trend penurunan dengan merosot 38.2 peratus berbanding suku yang sama pada 2021, iaitu sebanyak 287,200 orang (suku ketiga 2021: 464,600).
Mohd Uzir berkata bagi prestasi permintaan buruh, jumlah jawatan dalam sektor ekonomi terus bertambah baik dengan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 3.2 peratus kepada 8.68 juta jawatan (suku ketiga 2021: 8.41 juta), melepasi paras sebelum pandemik.
Beliau berkata prestasi keseluruhan pasaran buruh juga dilihat akan mengekalkan momentum positifnya dan lebih berdaya tahan, memberikan isyarat bahawa pasaran buruh Malaysia semakin pulih didorong perkembangan semasa aktiviti ekonomi.
Bagaimanapun Mohd Uzir berkata pandangan itu tertakluk kepada pelbagai cabaran dalam mengurangkan kesan pertumbuhan yang perlahan dalam ekonomi global dan aktiviti perdagangan serta kesan bencana banjir yang dijangka berlaku.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 17 2022

Mohd Uzir berkata pada suku ketiga 2022, peralihan negara ke fasa endemik mendorong rakyat Malaysia untuk kembali kepada kehidupan hampir normal selepas dua tahun berjuang melawan pandemik COVID-19. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Pengangguran menurun kepada 3.2 peratus pada Nov 2024 - DOSM
Bilangan penganggur terus berkurang kepada 546,700 orang pada November 2024, dengan kadar pengangguran pada paras 3.2 peratus.

Bilangan penganggur terus menurun dengan kadar 3.2 peratus pada Sept 2024 - DOSM
Kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 30 tahun turun kepada 6.3 peratus, merekodkan 420,100 penganggur belia.

Kadar pengangguran diunjur berada pada paras 3.3% tahun ini - Maybank IB
Katanya, segmen tenaga kerja tertentu akan menyaksikan gaji yang lebih tinggi seperti contoh kenaikan gaji perkhidmatan awam.

Tenaga buruh Jun 2024 kekal trend positif, bilangan penganggur turun - DOSM
Ini sekali gus mencatatkan kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) yang lebih tinggi pada bulan Jun 2024 iaitu pada 70.4 peratus.

California terus berada di kedudukan teratas dalam kadar pengangguran di AS
California terus menerajui Amerika Syarikat (AS) dalam jumlah kehilangan pekerjaan sejak awal tahun ini.

Purata kadar pengangguran 2024 di Malaysia diunjur 3.4 peratus - Maybank IB
Katanya, kadar pengangguran kekal 3.3% untuk bulan kelima berturut-turut pada Mac 2024, disokong oleh jurang yang stabil antara pertumbuhan guna tenaga yang terus mengatasi pertumbuhan tenaga buruh.

Peningkatan kerentanan terhadap pengangguran satu kebimbangan - IDEAS
Peningkatan kerentanan terhadap pengangguran menjadi satu kebimbangan utama yang dijejaskan lagi oleh impak akibat pandemik COVID-19.

Bilangan penganggur menurun pada September - DOSM
Bilangan penganggur pada September lepas menurun 0.6 peratus kepada 573,700 orang berbanding 577,300 orang pada bulan sebelumnya.

Perkeso Kelantan kurangkan pengangguran menerusi lebih 37,000 penempatan pekerjaan
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan membantu mengurangkan pengangguran di negeri ini menerusi lebih 37,000 penempatan pekerjaan baharu dari Januari 2020 hingga September lepas.

Semua negeri merekodkan kadar pertumbuhan positif pada 2022
DoSM merekodkan pertumbuhan positif walaupun wujud ketidaktentuan ekonomi global, konflik geopolitik dan gangguan rantaian bekalan makanan.