KUALA LUMPUR: Maybank Investment Bank (Maybank IB) meramalkan purata kadar pengangguran 2024 berada pada paras 3.4% disokong jurang pertumbuhan dan guna tenaga yang stabil.
Katanya, kadar pengangguran kekal 3.3% untuk bulan kelima berturut-turut pada Mac 2024, disokong oleh jurang yang stabil antara pertumbuhan guna tenaga yang terus mengatasi pertumbuhan tenaga buruh.
"Keadaan itu menyaksikan bilangan pengangguran susut 3.8% dari tahun ke tahun (YoY) dan 0.1% dari bulan ke bulan (MoM) (Mac 2024: 566,600 orang ; Februari 2024: 567,000 orang)," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Menurut Jabatan Perangkaan (DOSM), pertumbuhan pekerjaan pada Mac 2024 meneruskan aliran menaiknya merentas semua sektor iaitu pembuatan, pembinaan, perlombongan & kuari, pertanian dan perkhidmatan seperti perdagangan borong & runcit, makanan & minuman dan maklumat & komunikasi.
Sementara itu, statistik pembuatan bulanan terkini untuk Mac 2024 menunjukkan momentum pertumbuhan yang mampan dalam guna tenaga pembuatan (Mac 2024: 0.5% YoY; Feb 2024: 0.5% YoY) manakala gaji & pertumbuhan gaji menjadi sederhana (Mar 2024: 0.7% YoY; Feb 2024: 1% YoY).
Bagaimanapun, trend berterusan kadar pengangguran yang rendah dan stabil serta penurunan dalam bilangan penganggur menunjukkan pekerja yang diberhentikan dapat mencari pekerjaan baharu.
Firma penyelidikan itu berkata, pengangguran belia kekal pada 10.6% untuk bulan kelima berturut-turut pada Mac 2024 (Feb 2024: 3.6%) dan kekal dalam julat 10.6%-10.8% sejak Ogos 2023, justeru masih melebihi paras terendah sebelum pandemik 9.9% dalam Disember 2019.
Sementara itu, kadar kurang guna tenaga berkaitan kemahiran turun sedikit kepada 11.8% bahagian daripada jumlah pekerja pada suku pertama 2024 (suku keempat 2023: 11.9%), tetapi kekal dalam julat 11.8%-11.9% sejak suku keempat 2022.
Segmen utama pekerjaan/pekerja tidak formal dalam ekonomi iaitu mereka yang berpendapatan harian bekerja sebagai peniaga kecil, penjaja, pengusaha gerai makanan serta pekebun kecil, pekerja sendiri dan pekerja gig telah berada dalam aliran meningkat sejak Januari 2021 (2.39 juta) dan telah mencecah paras tertinggi baharu pada 3.03 juta pada Mac 2024 (Feb 2024: 3.02 juta) kerana pertumbuhan (Mac 2024: 4.2%) mengatasi jumlah pertumbuhan guna tenaga (Mac 2024: 1.9% YoY). -DagangNews.com
Dagang News
Mon May 13 2024

Maybank IB meramalkan purata kadar pengangguran 2024 berada pada paras 3.4% disokong jurang pertumbuhan dan guna tenaga yang stabil. -Gambar fail/Dagang News

Sukan Asia 2026 tawar 11 pingat emas e-sukan
Pengumuman dibuat susulan mesyuarat tergempar Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara itu bagi Sukan Asia 2026.
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

'Saya terkejut polis jawab telefon, beritahu isteri meninggal'
Sebelum kejadian, dia bersama isteri menaiki kereta milik rakan membawa anak yang melecur terkena air panas ke hospital, bagi mendapat rawatan.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Chery akan bangunkan Taman Perindustrian Automotif Pintar di Hulu Selangor
Taman Perindustrian Chery Smart Auto akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun dengan pelaburan sebanyak RM2.2 bilion.

Pejabat Parlimen Lembah Pantai salur RM40,000 untuk 40 surau, semarak aktiviti Ramadan
Sumbangan itu diberikan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap surau untuk menyokong pelaksanaan aktiviti moreh.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

Pengangguran menurun kepada 3.2 peratus pada Nov 2024 - DOSM
Bilangan penganggur terus berkurang kepada 546,700 orang pada November 2024, dengan kadar pengangguran pada paras 3.2 peratus.

Bilangan penganggur terus menurun dengan kadar 3.2 peratus pada Sept 2024 - DOSM
Kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 30 tahun turun kepada 6.3 peratus, merekodkan 420,100 penganggur belia.

Kadar pengangguran diunjur berada pada paras 3.3% tahun ini - Maybank IB
Katanya, segmen tenaga kerja tertentu akan menyaksikan gaji yang lebih tinggi seperti contoh kenaikan gaji perkhidmatan awam.

Tenaga buruh Jun 2024 kekal trend positif, bilangan penganggur turun - DOSM
Ini sekali gus mencatatkan kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) yang lebih tinggi pada bulan Jun 2024 iaitu pada 70.4 peratus.

California terus berada di kedudukan teratas dalam kadar pengangguran di AS
California terus menerajui Amerika Syarikat (AS) dalam jumlah kehilangan pekerjaan sejak awal tahun ini.

Purata kadar pengangguran 2024 di Malaysia diunjur 3.4 peratus - Maybank IB
Katanya, kadar pengangguran kekal 3.3% untuk bulan kelima berturut-turut pada Mac 2024, disokong oleh jurang yang stabil antara pertumbuhan guna tenaga yang terus mengatasi pertumbuhan tenaga buruh.

Peningkatan kerentanan terhadap pengangguran satu kebimbangan - IDEAS
Peningkatan kerentanan terhadap pengangguran menjadi satu kebimbangan utama yang dijejaskan lagi oleh impak akibat pandemik COVID-19.

Bilangan penganggur menurun pada September - DOSM
Bilangan penganggur pada September lepas menurun 0.6 peratus kepada 573,700 orang berbanding 577,300 orang pada bulan sebelumnya.

Perkeso Kelantan kurangkan pengangguran menerusi lebih 37,000 penempatan pekerjaan
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan membantu mengurangkan pengangguran di negeri ini menerusi lebih 37,000 penempatan pekerjaan baharu dari Januari 2020 hingga September lepas.

Semua negeri merekodkan kadar pertumbuhan positif pada 2022
DoSM merekodkan pertumbuhan positif walaupun wujud ketidaktentuan ekonomi global, konflik geopolitik dan gangguan rantaian bekalan makanan.