KUALA LUMPUR:Kadar pengangguran negara pada Ogos 2020 kekal pada4.7 peratus, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Bagaimanapun, bilangan penganggur pada bulan berkenaan turun sedikit sebanyak 3,500 orang kepada 741,600 berbanding Julai 2020, katanya dalam laporan Statistik Tenaga Buruh yang dikeluarkan pada Selasa.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata guna tenaga terus meningkat susulan lebih banyak pembukaan semula aktiviti ekonomi mulai Julai 2020 termasuk aktiviti pelancongan, pendidikan dan kesenian, hiburan dan rekreasi.
"Pada bulan itu, bilangan penduduk bekerja meningkat 0.5 peratus kepada 15.15 juta orang berbanding 0.6 peratus pada Julai 2020, berikutan peningkatan pekerjaan dalam sektor perkhidmatan terutamanya dalam aktiviti perdagangan borong dan runcit; penginapan dan makanan dan minuman serta maklumat dan komunikasi.
Selaras dengan itu, nisbah guna tenaga kepada penduduk yang menunjukkan kemampuan ekonomi untuk mewujudkan pekerjaan meningkat 0.3 mata peratus bulan ke bulan kepada 65.2 peratus (Julai 2020: 64.9 peratus)."
Dari segi status pekerjaan, kategori pekerja meningkat sebanyak 72,600 orang berbanding bulan sebelumnya dengan merekodkan 11.72 juta orang.
Guna tenaga yang bekerja sendiri merangkumi 2.42 juta orang, mencatat pertumbuhan positif buat pertama kalinya sejak April 2020.
Sementara itu, hanya 102,000 penduduk bekerja yang tidak bekerja buat sementara waktuberbanding 104,300 orang yang direkodkan pada bulan Julai 2020.
Dengan situasi penduduk bekerja dan penganggur pada Ogos 2020, tenaga buruhpada bulan ini adalah sebanyak 15.90 juta orang (Julai 2020: 15.82 juta orang).
Kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) meningkat 0.3 mata peratus kepada 68.4 peratus.
Sementara itu, luar daripada tenaga buruh turun 0.7 peratus kepada 7.35 juta orang.
Komposisi terbesar luar daripada tenaga buruh ini disebabkan oleh persekolahan, diikuti dengan kerja rumah/ tanggungjawab keluarga.
Ketua Perangkawan itu berkata pembukaan semula sektor ekonomi secara berterusan telah menyaksikan kedudukan tenaga buruh Malaysia semakin pulih pada Ogos 2020.
"Namun begitu, pemulihan berterusan ini tertakluk kepada situasi COVID-19 dalam negara," tambah beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 13 2020
![Kadar pengangguran Malaysia kekal pada 4.7 peratus pada Ogos Kadar pengangguran Malaysia kekal pada 4.7 peratus pada Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-04/81586502771_TBPEKERJA.jpg)
Bilangan penganggur pada bulan berkenaan turun sedikit sebanyak 3,500 orang kepada 741,600 berbanding Julai 2020. -Gambar hiasan
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![Pengangguran menurun kepada 3.2 peratus pada Nov 2024 - DOSM Pengangguran menurun kepada 3.2 peratus pada Nov 2024 - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733510765_TBOrangramai.jpg)
Pengangguran menurun kepada 3.2 peratus pada Nov 2024 - DOSM
Bilangan penganggur terus berkurang kepada 546,700 orang pada November 2024, dengan kadar pengangguran pada paras 3.2 peratus.
![Bilangan penganggur terus menurun dengan kadar 3.2 peratus pada Sept 2024 - DOSM Bilangan penganggur terus menurun dengan kadar 3.2 peratus pada Sept 2024 - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731055751_TBorangramai.jpg)
Bilangan penganggur terus menurun dengan kadar 3.2 peratus pada Sept 2024 - DOSM
Kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 30 tahun turun kepada 6.3 peratus, merekodkan 420,100 penganggur belia.
![Kadar pengangguran diunjur berada pada paras 3.3% tahun ini - Maybank IB Kadar pengangguran diunjur berada pada paras 3.3% tahun ini - Maybank IB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725944876_tbmaybankkadarpen.jpg)
Kadar pengangguran diunjur berada pada paras 3.3% tahun ini - Maybank IB
Katanya, segmen tenaga kerja tertentu akan menyaksikan gaji yang lebih tinggi seperti contoh kenaikan gaji perkhidmatan awam.
![Tenaga buruh Jun 2024 kekal trend positif, bilangan penganggur turun - DOSM Tenaga buruh Jun 2024 kekal trend positif, bilangan penganggur turun - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717218610_pekerja.jpg)
Tenaga buruh Jun 2024 kekal trend positif, bilangan penganggur turun - DOSM
Ini sekali gus mencatatkan kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) yang lebih tinggi pada bulan Jun 2024 iaitu pada 70.4 peratus.
![California terus berada di kedudukan teratas dalam kadar pengangguran di AS California terus berada di kedudukan teratas dalam kadar pengangguran di AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716035583_Californiapengangg.jpg)
California terus berada di kedudukan teratas dalam kadar pengangguran di AS
California terus menerajui Amerika Syarikat (AS) dalam jumlah kehilangan pekerjaan sejak awal tahun ini.
![Purata kadar pengangguran 2024 di Malaysia diunjur 3.4 peratus - Maybank IB Purata kadar pengangguran 2024 di Malaysia diunjur 3.4 peratus - Maybank IB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715574193_penganggurjpg.jpg)
Purata kadar pengangguran 2024 di Malaysia diunjur 3.4 peratus - Maybank IB
Katanya, kadar pengangguran kekal 3.3% untuk bulan kelima berturut-turut pada Mac 2024, disokong oleh jurang yang stabil antara pertumbuhan guna tenaga yang terus mengatasi pertumbuhan tenaga buruh.
![Peningkatan kerentanan terhadap pengangguran satu kebimbangan - IDEAS Peningkatan kerentanan terhadap pengangguran satu kebimbangan - IDEAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61611805903_IDEAS.jpg)
Peningkatan kerentanan terhadap pengangguran satu kebimbangan - IDEAS
Peningkatan kerentanan terhadap pengangguran menjadi satu kebimbangan utama yang dijejaskan lagi oleh impak akibat pandemik COVID-19.
![Bilangan penganggur menurun pada September - DOSM Bilangan penganggur menurun pada September - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694418536_DatukSeriMohdUzir.jpg)
Bilangan penganggur menurun pada September - DOSM
Bilangan penganggur pada September lepas menurun 0.6 peratus kepada 573,700 orang berbanding 577,300 orang pada bulan sebelumnya.
![Perkeso Kelantan kurangkan pengangguran menerusi lebih 37,000 penempatan pekerjaan Perkeso Kelantan kurangkan pengangguran menerusi lebih 37,000 penempatan pekerjaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642581452_Perkesopekerjamed.jpg)
Perkeso Kelantan kurangkan pengangguran menerusi lebih 37,000 penempatan pekerjaan
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan membantu mengurangkan pengangguran di negeri ini menerusi lebih 37,000 penempatan pekerjaan baharu dari Januari 2020 hingga September lepas.
![Semua negeri merekodkan kadar pertumbuhan positif pada 2022 Semua negeri merekodkan kadar pertumbuhan positif pada 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660107965_HBREAKEKONOMINEGARA.jpg)
Semua negeri merekodkan kadar pertumbuhan positif pada 2022
DoSM merekodkan pertumbuhan positif walaupun wujud ketidaktentuan ekonomi global, konflik geopolitik dan gangguan rantaian bekalan makanan.