PUTRAJAYA: Kadar inflasi negara boleh mencapai unjuran 3.1 ke 3.3 peratus tahun ini jika kadar inflasi bulanan sedia ada kekal mereda, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Dalam sidang media Penerbitan Indeks Harga Pengguna (IHP) Februari 2023 di sini hari ini, beliau berkata kadar inflasi negara juga secara keseluruhannya telah mencapai tahap yang lebih stabil sejak Disember 2022.
"Setakat enam bulan ini daripada tahap tertinggi masa bulan September 2022 (4.5 peratus) dan berdasarkan angka-angka lain yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia(DOSM), tanda-tanda menunjukkan bahawa kita sedang melepasi kemuncak kenaikan harga barang.
"Kita berharap dari sebulan ke sebulan, ianya turun pada kadar 0.1 peratus tiap dua bulan dan pola menurun ini berterusan dalam bulan-bulan akan datang daripada 3.8 peratus (Disember 2022) turun kepada 3.7 peratus (Januari dan Februari 2023).
"Jika aliran ini berterusan sehingga akhir tahun ini, kita berpeluang untuk membawa inflasi ke paras sekitar 3.1-3.3 peratus," katanya.
Rafizi bagaimanapun menegaskan bahawa kadar inflasi turut bergantung kepada perkara di luar kawalan seperti gangguan bekalan bahan mentah yang disebabkan oleh faktor geopolitikal antarabangsa atau gangguan setempat seperti banjir.
"Kalau kita lihat kepada pola ini dengan beberapa data menunjukkan tanda-tanda kos pengeluaran makin berkurangan, maksudnya kita berada dalam unjuran baik ke arah itu...namun sudah tentu ia banyak dipengaruhi perkara lain.
"Sebagai contoh, faktor cuaca yang menyebabkan gangguan kepada bekalan bahan mentah dan boleh menimbulkan masalah.
"Saya berpendapat perkara lain (gangguan bekalan) sudah pun dalam perancangan kerajaan melalui inisiaitif jangka sederhana yang memberi fokus kepada menambah kapasiti bekalan bahan mentah kepada pengguna," katanya.
Mengulas kadar inflasi pada Februari 2023, Rafizi berkata penyumbang utamanya adalah kategori makanan dan minuman bukan alkohol (7.0 peratus) yang mana kejadian banjir meningkatkan harga sayur-sayuran.
Penyumbang lain adalah kategori restoran dan hotel (7.4 peratus) berikutan pertambahan bilangan pelawat domestik serta antarabangsa, katanya.
Selain itu, pada sidang media berkenaan, Rafizi turut mengumumkan mengenai aplikasi KitaJaga iaitu kemudahan bagi penyemakan harga, termasuk mampu mempamerkan harga harian untuk setiap barang mengikut lokaliti tertentu.
Inisiatif berkenaan adalah hasil kolaborasi antara Kementerian Ekonomi dan organisasi tempatan, KitaJaga yang membangunkan aplikasi tersebut serta ciri-ciri kegunaannya.
"Organisasi KitaJaga telah memanfaatkan data terbuka di laman web OpenDOSM yang dilancarkan beberapa bulan dahulu dan pembangun web dan kod digalakkan untuk terus menggunakan data OpenDOSM dalam produk yang memberi manfaat kepada rakyat," katanya.
Beliau berkata aplikasi KitaJaga itu juga membolehkan rakyat membuat pembelian secara bijak susulan kemudahan maklumat data harga barangan di hujung jari.
"Kementerian Ekonomi akan memulakannya dengan data harga barang runcit kerana kebanyakan kenaikan harga tertumpu dalam kategori ini dan seterusnya diperluaskan kepada kategori-kategori lain untuk kegunaan rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 27 2023
Kadar inflasi negara boleh mencapai unjuran 3.1 ke 3.3 peratus tahun ini jika kadar inflasi bulanan sedia ada kekal mereda, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli. - Gambar fail/BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Inflasi Malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
Subsidi bersasar RON95 boleh pengaruhi trend inflasi Malaysia - Pakar
Kadar inflasi Malaysia yang berkurangan kepada 1.9 peratus pada Ogos 2024 telah menimbulkan kebimbangan mengenai implikasi mekanisme subsidi bersasar RON95.
Inflasi Malaysia pada Jun terkawal, kekal 2% pada bulan pertama rasionalisasi subsidi
Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Jun 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.0 berbanding 130.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
MIDF semak semula unjuran kadar inflasi 2024 kepada 2.7 peratus
MIDF Research berpendapat kerajaan mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk menyelaraskan mekanisme pengagihan subsidi dan harga bahan api.
Inflasi April Malaysia kekal pada 1.8 peratus bagi bulan ketiga berturut-turut - DOSM
Mata indeks mencatatkan 132.4 berbanding 130.0 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Trend harga di Malaysia makin mahal - Inflasi, indeks harga pengeluar naik pada Feb dan Mac - DOSM
Trend harga di Malaysia memperlihatkan peningkatan inflasi 1.8% pada Februari 2024 selepas tiga bulan berturut-turut dilaporkan pada kadar 1.5 peratus.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
'Rasionalisasi subsidi bahan api, kenaikan cukai perkhidmatan berpotensi lonjak inflasi 2024'
Rasionalisasi subsidi bahan api dan peningkatan cukai perkhidmatan berpotensi mendorong inflasi tahun ini ke paras 3.2% hingga 3.6% berbanding purata 2.5% tahun lalu, kata RHB Investment.
Hiperinflasi tidak pernah berlaku di Malaysia - Kementerian Ekonomi
Hiperinflasi tidak pernah terjadi di Malaysia dan kerajaan berharap keadaan itu tidak akan berlaku, menurut Kementerian Ekonomi.