KUALA LUMPUR: Hiperinflasi tidak pernah terjadi di Malaysia dan kerajaan berharap keadaan itu tidak akan berlaku, menurut Kementerian Ekonomi.
Kementerian itu menjelaskan kadar tertinggi inflasi yang pernah dicatatkan Malaysia terjadi pada 1974, iaitu sebanyak 17.3 peratus.
"Kenaikan inflasi pada tahun tersebut adalah disebabkan oleh krisis harga minyak mentah dunia.
"Oleh kerana kepelbagaian sumber ekonomi, negara tidak begitu terdedah kepada mana-mana punca yang menyebabkan peningkatan inflasi secara mendadak," menurutnya dalam jawapan bertulis Dewan Negara bertarikh 27 November 2023, yang disiarkan di laman web Parlimen.
Kementerian Ekonomi menjelaskan demikian bagi menjawab soalan Senator Abdul Nasir Idris mengenai kesediaan kerajaan supaya tidak berlaku hiperinflasi disebabkan oleh pengapungan harga ayam, pemansuhan subsidi diesel dan kenaikan harga beras.
Kadar inflasi diukur melalui Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi menilai perubahan harga purata item di dalam bakul tetap barangan dan perkhidmatan untuk satu tempoh masa tertentu dab kadar inflasi yang optimum biasanya bertumbuh di sekitar dua hingga tiga peratus, tambahnya.
Kementerian itu memaklumkan, berdasarkan laporan oleh Bank Dunia, hiperinflasi akan berlaku sekiranya pertumbuhan inflasi melebihi kadar 50 peratus.
Antara punca dan faktor berlakunya hiperinflasi ialah kejatuhan atau peningkatan harga minyak secara mendadak serta kedudukan fiskal yang tidak mampan telah mendorong kepada kejatuhan nilai mata wang tempatan dan mendorong kepada peningkatan inflasi, menurutnya.
Kementerian itu juga menjelaskan tindakan bank pusat yang mencetak mata wang secara berlebihan dan kegagalan melaksanakan dasar yang bersesuaian mengikut keadaan ekonomi semasa turut menyumbang kepada hiperinflasi.
Kerajaan sentiasa cakna dengan isu semasa melibatkan kepentingan rakyat terutama berkaitan peningkatan kos sara hidup dan inflasi.
"Kerajaan telah memutuskan untuk menamatkan subsidi dan kawalan harga ayam pada 1 Nov, 2023 setelah mengambil kira kedudukan inflasi makanan yang semakin mereda," tambahnya.
Selain itu, langkah untuk menyemak semula subsidi diesel pula dijangka tidak memberi kesan yang besar kepada inflasi memandangkan cadangan semakan semula subsidi diesel hanya melibatkan kenderaan persendirian, tambahnya.
"Bagi perkhidmatan pengangkutan dan barangan pula, kerajaan pada masa ini, masih melaksanakan pemberian subsidi. Namun peruntukan subsidi akan dikurangkan apabila langkah penyasaran semula subsidi dilaksanakan," jelasnya,
Menurut Kementerian Ekonomi, bagi memastikan tidak berlaku hiperinflasi disebabkan oleh kenaikan harga beras, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah mengumumkan beberapa langkah intervensi termasuk melancarkan Program Khas Beras Putih Tempatan sebagai langkah jangka pendek bagi mengatasi isu kekurangan bekalan beras putih tempatan.
"Berdasarkan kestabilan dan asas ekonomi negara yang kukuh dan berdaya tahan, kerajaan yakin akan dapat mengurus ekonomi dengan lebih baik bagi memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara.
"Ini disokong oleh dasar berstruktur yang diumumkan seperti Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12, Dasar Pelaburan Baharu (NIP), Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2023 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang akan menarik lebih banyak pelaburan bagi meningkatkan lagi ekonomi negara," tambah kementerian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2023
Kadar tertinggi inflasi yang pernah dicatatkan Malaysia terjadi pada 1974, iaitu sebanyak 17.3 peratus. - Gambar hiasan
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Inflasi Malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
Subsidi bersasar RON95 boleh pengaruhi trend inflasi Malaysia - Pakar
Kadar inflasi Malaysia yang berkurangan kepada 1.9 peratus pada Ogos 2024 telah menimbulkan kebimbangan mengenai implikasi mekanisme subsidi bersasar RON95.
Inflasi Malaysia pada Jun terkawal, kekal 2% pada bulan pertama rasionalisasi subsidi
Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Jun 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.0 berbanding 130.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
MIDF semak semula unjuran kadar inflasi 2024 kepada 2.7 peratus
MIDF Research berpendapat kerajaan mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk menyelaraskan mekanisme pengagihan subsidi dan harga bahan api.
Inflasi April Malaysia kekal pada 1.8 peratus bagi bulan ketiga berturut-turut - DOSM
Mata indeks mencatatkan 132.4 berbanding 130.0 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Trend harga di Malaysia makin mahal - Inflasi, indeks harga pengeluar naik pada Feb dan Mac - DOSM
Trend harga di Malaysia memperlihatkan peningkatan inflasi 1.8% pada Februari 2024 selepas tiga bulan berturut-turut dilaporkan pada kadar 1.5 peratus.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
'Rasionalisasi subsidi bahan api, kenaikan cukai perkhidmatan berpotensi lonjak inflasi 2024'
Rasionalisasi subsidi bahan api dan peningkatan cukai perkhidmatan berpotensi mendorong inflasi tahun ini ke paras 3.2% hingga 3.6% berbanding purata 2.5% tahun lalu, kata RHB Investment.
Hiperinflasi tidak pernah berlaku di Malaysia - Kementerian Ekonomi
Hiperinflasi tidak pernah terjadi di Malaysia dan kerajaan berharap keadaan itu tidak akan berlaku, menurut Kementerian Ekonomi.