KUALA LUMPUR:Kadar peratusan individu yang kembali mendapat pekerjaan selepas terjejas akibat pandemik COVID-19 dilaporkan meningkat kepada 40 peratus sejak lima bulan lalu.
Perkara itu dimaklumkan Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi (MTE), Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali menerusi Agenda AWANI pada Rabu.
“Kalau kita lihat pada 31 Disember lalu, terdapat kadar replacement (penggantian), maksudnya daripada 100 yang hilang kerja, ada beberapa yang dapat kembali bekerja.
“Angka ini telah meningkat kepada kadar 40 peratus berbanding dengan semasa bulan lima tahun lalu, ia mencecah hampir 10 peratus.
“Jadi, bererti kita nampak bahawa aktiviti ekonomi itu semakin ada, dan memang angka-angka ini naik turun mengikut PKP.
“Jadi, saya tengok kepada contoh sektor perhotelan, kalau kita lihat yang terkini iaitu mencecah hampir 43.3 peratus.
“Saya percaya angka-angka ini akan turun, cumanya kita nak pastikan ada sokongan daripada peringkat yang tertentu,” jelasnya.
Beliau pada masa sama mengingatkan bahawa isu pengangguran atau kehilangan pekerjaan sentiasa perlu diberi perhatian.
“Pertamanya, dalam kita menghadapi krisis sepanjang tahun lalu, isu pengangguran ataupun kehilangan pekerjaan menjadi perkara pokok yang kita awasi setiap masa.
“Kita harus faham bahawa apabila ekonomi terhenti ataupun lembap, dalam konteks ini, sebahagian daripadanya mungkin terhenti.
“Ini bererti ada dua kategori, yang pertamanya adalah kehilangan pekerjaan, yang keduanya adalah yang mana kita kata ‘underemployed’, maksudnya mereka tidak dapat bekerja dengan jumlah masa yang mencukupi ataupun dengan imbuhan gaji yang cukup.
“Mereka bekerja, namun mereka are ‘not unemployed’, jadi memang saya perkara ini adlaah perkara yang penting.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual menerusi program Agenda AWANI pada malam Rabu mengenai kesan darurat dan pelaksanaan PKP 2.0 kepada Keseimbangan Ekonomi dan Kesihatan.
Faris Danial Razi
Wed Jan 13 2021
Kadar peratusan individu yang kembali mendapat pekerjaan selepas terjejas akibat pandemik COVID-19 dilaporkan meningkat kepada 40 peratus sejak lima bulan lalu. -Reuters
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Bilangan penganggur terus menurun dengan kadar 3.2 peratus pada Sept 2024 - DOSM
Kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 30 tahun turun kepada 6.3 peratus, merekodkan 420,100 penganggur belia.
Kadar pengangguran diunjur berada pada paras 3.3% tahun ini - Maybank IB
Katanya, segmen tenaga kerja tertentu akan menyaksikan gaji yang lebih tinggi seperti contoh kenaikan gaji perkhidmatan awam.
Tenaga buruh Jun 2024 kekal trend positif, bilangan penganggur turun - DOSM
Ini sekali gus mencatatkan kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) yang lebih tinggi pada bulan Jun 2024 iaitu pada 70.4 peratus.
California terus berada di kedudukan teratas dalam kadar pengangguran di AS
California terus menerajui Amerika Syarikat (AS) dalam jumlah kehilangan pekerjaan sejak awal tahun ini.
Purata kadar pengangguran 2024 di Malaysia diunjur 3.4 peratus - Maybank IB
Katanya, kadar pengangguran kekal 3.3% untuk bulan kelima berturut-turut pada Mac 2024, disokong oleh jurang yang stabil antara pertumbuhan guna tenaga yang terus mengatasi pertumbuhan tenaga buruh.
Peningkatan kerentanan terhadap pengangguran satu kebimbangan - IDEAS
Peningkatan kerentanan terhadap pengangguran menjadi satu kebimbangan utama yang dijejaskan lagi oleh impak akibat pandemik COVID-19.
Bilangan penganggur menurun pada September - DOSM
Bilangan penganggur pada September lepas menurun 0.6 peratus kepada 573,700 orang berbanding 577,300 orang pada bulan sebelumnya.
Perkeso Kelantan kurangkan pengangguran menerusi lebih 37,000 penempatan pekerjaan
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan membantu mengurangkan pengangguran di negeri ini menerusi lebih 37,000 penempatan pekerjaan baharu dari Januari 2020 hingga September lepas.
Semua negeri merekodkan kadar pertumbuhan positif pada 2022
DoSM merekodkan pertumbuhan positif walaupun wujud ketidaktentuan ekonomi global, konflik geopolitik dan gangguan rantaian bekalan makanan.
Kadar pengangguran belia 10.1 peratus suku pertama 2023 - KSM
Kadar pengangguran yang tinggi dalam kalangan belia dilihat sebagai fenomena global yang dihadapi kebanyakan negara di seluruh dunia.