Kerajaan memutuskan kadar gaji minimum yang ditetapkan untuk pekerja bermula Julai ini adalah RM1,000.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata keputusan itu diambil selepas melibatkan pelbagai aspek termasuk kos sara hidup dan perkembangan ekonomi negara.
Katanya, semakan kadar gaji minimum dibuat dua tahun sekali untuk memastikan produktiviti dan daya saing pekerja berada pada tahap terbaik.
"Kerajaan buat semakan dua tahun sekali. Ia selaras dengan Akta Gaji Negara dan mengambil kira pelbagai aspek termasuk kos sara hidup, daya produktiviti majikan dan sebagainya.
"Semakan seterusnya adalah pada 2018," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Su Keong Siong (DAP) yang bertanya status terkini perlaksanaan gaji minimum negara.
Dalam pada itu, Ismail memaklumkan kadar gaji minimum di Sabah dan Sarawak adalah RM920.
Tegasnya, mana-mana majikan yang gagal mematuhi kadar tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.
"Sejak 2014, sebanyak 692 majikan telah didakwa daripada 81,200 pemeriksaan yang dilakukan.
"Daripada jumlah itu juga, satu peratus atau 1,172 majikan didapati tidak mematuhi peraturan berkenaan," ujarnya.
Ismail memberitahu kadar itu turut melibatkan gaji pekerja asing yang bekerja di negara ini.
Wan Syamsul Amly
Tue Apr 05 2016

ISMAIL: Semakan kadar gaji minimum dibuat dua tahun sekali untuk memastikan produktiviti dan daya saing pekerja berada pada tahap terbaik. -Astro AWANI/Shahir Omar

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Kadar gaji minimum RM1,000 bermula Julai - Ismail
Semakan kadar gaji minimum dibuat dua tahun sekali untuk memastikan produktiviti dan daya saing pekerja berada pada tahap terbaik.